my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan Balado

Salam sejahtera di pagi jumaat yang mulia.

Terima kasih pada teman2yang sudi singgah dan komen. Dua tiga hari ni kak pb sibuk waktu pagi sebab sediakan hidangan untuk hubby yang keluar pagi. Lepas tu buat sarapan sekali untuk anak murid dia yang training kriket, tak la ramai, 4 orang je.

Dua hari lepas hubby ada bagitau nak bawa kak pb sekali pergi Sandakan sebab dia stay sana tiga atau empat hari sebagai pengadil kriket. Naik legam kak pb tengok rupa dia, berjemur tengah padang seminggu ni. Suara pun dah serak2 rock gitu.

Bosan kan fikir nak masak apa hari-hari. Kena pulak bahan yang nak di buat kajian tak ada kat rumah. Kalau hubby dah keluar pepagi, memang takde harapan nak ke pasar ke....nak sarpan kat luar ke....melangut la depan pc ni tengok resipi kat blog2 korang yang sedap2 tu.

 Ikan sulik yang di lumur dengan garam dan limau kasturi....

 Ikan ni memang banyak sisek tapi takpe, sedap!

Ni kak pb buat petang semalam, ikan balado style minang katanya. Den tak ponah masak lauk orang minang ni....kalau silap tolong betul kan eh....Resipi daripada junjs11@myresipi.

IKAN BALADO
@blogsurirumah
sumber: junjs11@myresipi

  • 2-3 ekor ikan kembung- kak pb guna ikan sulik
  • garam
  • air limau nipis
  • 1 biji tomato-cincang
  • 1 sudu kecil cuka
  • bahan tumbuk kasar:-
  • cili merah/cili kering
  • bawang merah
  • garam

Cara-cara

  1. ikan dibersihkan, lumur ngan garam n air limau. goreng ikan n simpan air perapan ikan untuk diguna kemudian.
  2. tumis bahan tumbuk dengan minyak bekas goreng ikan tadi, masukkan tomato n air perapan ikan.
  3. masukkan cuka, sket gula (jika suka), gaul rata n tutup api. tuang atas ikan tadi n hidangkan. 
  
Ada lebih lagi ikan semalam ni, kak pb panaskan dan makan dengan nasi lemak.....manalah nak dietnya...
Kalau isteri2 yang kerja tu, boleh masak ikan balado ni pepagi, sekejap je buatnya. Balik petang tinggal panaskan.

15 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Zana...

    hari ini kakcik bercuti. Suami 'terbang' ke Kota Bharu. Anak-anak pula dah ke sekolah (Along mengajar, Bangcik dan Adik belajar). Pagi ini dapatlah kakcik 'berjalan' dengan sesuka hati di maya ini. :)

    BalasPadam
  2. Sedapnye. Nak2 klu ikan tu garing kan? Peh!!! Msk mcm nie sbnrnye fav sy. Selalu gak msk. Kdg2 sy gantikan tomato dgn buah bacang...

    =D

    BalasPadam
  3. Sy x penah makan ikan nie....sisiknya tu mmg kene greng sekali ke kak? x bole buang ke?

    BalasPadam
  4. Berlado tu bercililah ye Zana... sedap nie tapi itulah kakak nama ikan memang fail. baru hari ini tahu nama ikan sulik...

    BalasPadam
  5. SAlam... wahh menyelerakan dan teramat mudah sangat... terima kasih share resipe yaa...:)) muahhhzzz

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Salam kenal kak zana-pb,
    Cantik nama ikan tu, sulik :) Isi ikan ni lembut macam ikan merah ke kak, dan kulitnya garing2? Wah.. sedap.
    Terima kasih sbb follow. Salam ukhuwwah, kak. :))

    BalasPadam
  8. Kak Zana...

    Kita pun hari2 pening bila mikirkan menu masakan. Mujur la kita tak bukak restoran kan Kak.. kalau tak mesti 2 kali ganda pening.. :D

    BalasPadam
  9. Salam,ikan kalau ada ladonyo memang enak betul...bertambah nasi kat pinggan..hehe.Oh ya,terima kasih sudi singgah dan follow dapur Rahel...

    BalasPadam
  10. ikan sulik?den x ponah jumpo ikan ni..sodap ko?salam ukhwah...i followwww...

    BalasPadam
  11. @Asyifa Mustaffa:
    sisek tu akak dah kikis tp masih ada lagi sikit...kalau tak buang, tak sedap pula nak makan kan?

    BalasPadam
  12. @Kakzakie:
    org Sabah kata sulik, kat tempat kita taktau la ikan apa..

    BalasPadam
  13. @indahhouse:
    Isinnya lembut tapi tak mcm ikan merah. Macam ikan talapia rasanya...

    BalasPadam
  14. @SURIA AMANDA:
    hehe...den konal pun sejak dok Sabah ni dik.

    BalasPadam
  15. baru hari ni saya tau nama ikan tu Ikan Sulik. Hehehe.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)