Puas hati tengok ABPBH semalam? Mana yang tak puas hati tu, simpan je la......tahun depan undilah artis kesayangan masing2 lagi. Sekadar 'bintang popular' apalah sangat kan? Ada yang kata, trofi bukan boleh bawa masuk kubur pun....hemm...bukan kak pb cakap tau.
Ok, semalam pb buat biskut lagi. Saje je isi masa lapang sambil nak beri sikit kat mak saudara yang rajin bawa anak bujang pb makan angin ke Kundasang. Katanya mereka ke Mesilau, Poring Hot Spring dan banyak tempat lagi. Alhamdulillah cuaca di sana elok je.
Jadi semalam, pb sediakan satu bekas biskut untuk mereka. Makcik pula pelawa makan ramai-ramai di Restoran Gayang yang kami pun belum pernah jejak. Iyelah......jauh dari rumah kami, kalau setakat nak pergi makan jauh-jauh memang tak kuasa, melainkan ada gathering dengan famili atau kawan-kawan. Kiranya semalam tu makcik nak berkumpul ramai-ramai di restoran seafood ni sebab kebetulan lalu sana. Kami berjumpa di sana.
Hidangan ikan kerapu bara, ketam lembut yang di goreng, sayur apa tah tak tau namanya (macam taugeh), siput (pb tak makan), udang segar dan puding kelapa. Sambil makan sambil borak.....licin pinggan!
Ketam goreng tepung tu yang cepat habis, sedap sangat.....tu la makcik dan pakcik (muda lagi tu tapi dah pangkat makcik, nak buat macamana kan? terima je la) yang baik hati selalu layan anak pb....sebabnya...
melayan budak berdua ni la....nak tengok bunga raflesia kononnya, tapi tak jumpa pun....
Itu pun masih tak puas lagi main dengan anak bujang pb. Dah 3 hari bersama, tak bagi balik, suruh datang lagi hujung minggu ni. Dia bagi pinjam cd Adnan Sempit 2 dan kena pulangkan sabtu ni, kena tinggalkan lagi anak bujang dengan dia semalaman. Ish....sayang benar dengan Aziz.....dulu2 selalu merajuk, asal gaduh sorang naik atas.....sorang bawa diri main sendiri. Sekarang ni makin besar, makin memahami diri masing-masing, merajuk pun dah kurang. Harap berkekalan persahabatan mereka ni walaupun kekadang terlepas cakap yang kasar, nama pun budak.
Oh ye, restoran Gayang ni terletak di kawasan Tuaran. Kalau dari rumah kami perjalanan makan masa 40 minit. Dari KK mungkin dalam 30 minit jika tidak menempuh kesesakan. Boleh tengok SINI untuk lebih detail. Pb pun tak round seluruh restoran, besar sangat.
nota pb: terima kasih makcik/pakcik...
terima kasih daun keladi, ada rezeki kami join lagi...hehe..
rasa mcm nak selit2 jek antara cik kak cik kak tu nak join sama makan free. hehehe
BalasPadamKak, sy menyimpan hasrat nak mkn seafood kat Sabah satu hari t. Geram!
BalasPadamBanyaknya makanan boleh habis juga sebab makan ramai-ramai memang menyelerakan...
BalasPadamsalam kak zana.. sape menang ABP.. semalam.. x tengok pulak hihi ... sekadar nak tahu je.. betol kata kak zana setakat popular atas dunia ...bestnya dapat makan free penuh satu meja ... sedap3 pulak tu
BalasPadamsalam kak
BalasPadamcuti masak la yer..he hee sedapnya dapat makan ramai2 mcmtu..lbh2 lg free wahhhh sukaa:)
@izahdaut:
BalasPadamnanti akak selit gmbr izah kat situ eh?
@Pok Amai-Amai:
BalasPadamjom kumpul duit, kita mkn ramai2 kat sini.
@Kakzakie:
BalasPadamhehe...licin kakzakie.
@Wani:
BalasPadamAbg AA la, sape lagi...
alhamdulillah wani, org belanja.
@zila 4ever:
BalasPadamw'slm zila, tak juga cuti cuma kurangkan memasak...hehe..