“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Good Friday dan cenderahati dari Niezza
Terima kasih pada Our Journey Begins, NIEZZA kerana susah payah buatkan cenderahati untuk kawan-kawan bloggers. Tak dapat pegang bunga yang real, dapat tatap gambar pun jadilah. Bagi kak zana, Niezza seorang yang baik budi dan peramah. Walau kita belum pernah bersua muka (jumpa kat blog dengan facebook je) kak zana rasa mesra sangat seolah dah kenal lama dengan Niezza. Tak sombong walau kakzana ni tak berkerjaya macam orang lain. Setengah blogger tu akan pilih-pilih kawan yang dia suka (jangan ada yang terasa ye, ini kenyataan) Harap persahabatan kita berkekalan hingga Niezza pulang menetap di Malaysia....eh tak....hingga bila-bila. Amin.
Hari ni Good Friday bagi mereka yang beragama Kristian. Pb tak pernah pula tanya pada mereka-mereka ni walau ada jiran yang kerap ke gereja. Majoriti jiran pb depan, kiri kanan dan belakang semuanya beragama Islam. Jadi pb google sikit untuk pengetahuan kita.
*assalamualaikum Berikut sedikit informasi saya kutip dari laman Wikipedia: Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan. Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi. Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan
Pb tak pernah tengok mereka ni memberi telor dan sebagainya.
Kita telah ketahui bahawa Hari Easter merupakan hari di mana penganut agama Kristian mempercayai bahawa pada hari itu Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan). Hari Easter atau dengan nama lain sham al-nasim dll turut dikongsi sama perayaannya oleh bangsa Firaun kuno, Yunani kuno, Yahudi dll yang berlaku perkembangan & perubahan. Aktiviti mewarnakan telur dengan warna merah (walaupun kini telah diwarna warnikan) itu melambangkan darah Jesus Christ. Justeru, merayakan Hari Easter & menjayakannya adalah bertentangan dengan akidah Islam. Adapun hukum memakan telur itu tidak dibolehkan & seboleh mungkin jangan diterima langsung pemberian telur & barang-barang lain yang berkaitan dengan perayaan Hari Easter ini, kerana;
1-Barang-barang tersebut adalah syiar perayaan Hari Easter.
2-Mereka (penganut agama tersebut) memakannya sebagai ibadat
3-Perbuatan menerima, memakan dll akan menyebabkan kita tasyabuh (bersikap menyamai mereka) & seolah-olah membenarkan agama mereka.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku."
sumber :iluvislam
Semoga serba sedikit dapat membantu kita dan mungkin ada kawan-kawan lain nak share, silakan komen.
nota: terima kasih pada yang rajin singgah blog picisan ni, sangat menghargainya dan insyaAllah, masa terluang kak pb jelajah blog korang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
goog info kak zana. sebelum ni tak tau pun pasal celebration ni. tau2 tiket JB-KL naik mendadak hari ni sbb kan Good Friday:(
BalasPadamnwy, nanti afta kahwin kalau ada rezeki ke sabah, kitorang dtg rumah akak ye:)
As salam kak...
BalasPadampeneraangan yg menarik...akan sy ingt nie...
tq sudi kongsi info...
Sebab good firdaylah semua boss kakak dtg M'sia - mereka bercuti. Ada hadiah buat kami biasanya (seekali jumpa)...
BalasPadamMereka percaya pada re-carnation - kita dgn pegangan kita kalau mati mana boleh hidup kembali..
Tulip Nieza memang cantik baru lagi tu dia snap masa dia bercuti tempohari.
Semoga kita tidak terikut2 sesuatu budaya yang kita tidak tahu asal-usulnya mahupun yang jelas menyimpang dari ajaran agama kita.
BalasPadamSalam di pagi Jumaat PB... Bagus untuk kita ingat mengingati kan seperti surah 'Demi masa"...
BalasPadamKak Zana, kat sini tak terasa kemeriahan Good Friday. Mmg takde lgsg. Heheheh......
BalasPadamAssalam Kak Zana Cayang, sungguh terharu bila akak sudi ambil bunga ni.tq kak.Suka dpt kenal dgn akak yg ramah juga. Syukur dari alam blog ni juga kita diperkenalkan..semoga kita ditemukan dialam realiti pula satu hari nanti..InsyaAllah. tq kak:)
BalasPadamsaya kat sini selalu dapat telur coklat tu kalau hari easter tapi tak pernah mkn pun biasa kami buang jer sebab tak tau coklat tu apa kandungan dia..mcm was-was nk mkn...baik buang jer.
salam kenal kak Zana...seronok baca pasal easter ni..sy pon xtau citer ni..smg umat Islam tau membezakan yg betul atau sebaliknya..
BalasPadam@SarahSyafiq:
BalasPadamDi persilakan....Sarah n Syafiq.
@Asyifa Mustaffa:
BalasPadamSama-sama..
@Kakzakie:
BalasPadamSeronok ler dpt hadiah..
@kakcik:
BalasPadamBegitulah harapan kita..
@Naz / Nadz COSK:
BalasPadamUntuk diri sendiri juga ni Nadz..
@Pok Amai-Amai:
BalasPadamAkak pun sb tmn tmpt kami ni bnyk masjid.
@Nieza:
BalasPadamHarap niezza tak kecewa brkenalan, berjiran, bersaudara dgn akk ye! Insyaallah dpt juga jumpa nnti.
@ummiaisyah:
BalasPadamTerima kasih dik n slm kenal dr akk.