my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Fried Chicken Chop

Assalammualaikum.....

Petang semalam hujan lebat sangat, sampai rasa berdebar-debar dada kak pb. Bila rumah dekat dengan laut, kak pb mudah benar runsing. Betul, ajal maut dimana-mana sahaja boleh berlaku. Dalam tidur pun boleh habis nyawa. Cuma kena selalu beringat, sepanjang masa bila rasa takut dan resah, banyakkan selawat, insyaAllah.




Petang semalam kami sekeluarga tak lalu nak makan nasi sebab paginya dah makan nasi lemak. Sebelum tu (semalam) kak pb dah perap ayam dalam peti ais. Cara kak pb perap tak sama dengan resipi chicken chop yang di ambil dari blog kak wan. Perap ikut selera sendiri je.

Ayam bahagian dada dan peha dibuang tulang.
2 sudu besar sos tiram
2/3 ulas bawang putih
sedikit gula
Gaulkan semua bahan atas ayam.

Sup cendawan tu sama seperti biasa cuma kak pb tak guna ayam. Gantikan dengan jejari ketam yang di rebus dulu sekejap, lepas tu potong kecil dan masukkan dalam sup.

Salutan untuk goreng ayam sama seperti Kak Wan
1 biji telur di pukul
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan breadcrumbs

Caranya:
1. Gaul tepung pada ayam yang telah di perap beberapa jam tadi.
2. Celopkan ayam kedalam telor dan salut rata dalam breadcrumbs.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. (kak pb goreng guna dapur letrik je, ayam biar tenggelam dalam minyak)

Masa goreng ayam ni rasa tak yakin, dah masak ke belum. Tapi bila breadcrumb dah agak gelap, terus angkat. Bila makan, alhamdulillah cukup masak dan lembut pula tu. Senang anak bujang nak potong dengan pisau, dah ala-ala matsaleh tau makan dengan pisau segala.



 Hubby makan sambil geleng-geleng kepala, ingatkan sebab hidangan tak lengkap sebab takde coleslaw dan kentang goreng. Rupanya sebab sedaaaaap sangat! hehe...buat suspen je cik abe akak tu....




 Ada sesiapa nak cuba? Senang kan? Rajin dengan malas je......




nota pb: kak pb balas komen yg berbentuk soalan je kat sini,
selebih tu kak pb ronda blog korang ye!











11 ulasan:

  1. rasanya ina kalau nak mkn ni..tuju ke restoren je la..nak buat sdiri tggu mood yg sgt2 rajin luar biasa hihi

    BalasPadam
  2. Kakak pun samalah macam inazamri tu kalau nak buat entah bila, sup tu oklah cepat, tapi nak perap-perap tu tak rajin betul... tengok pb punya meleleh air liur..

    BalasPadam
  3. akakk.. best tu.. sempi.. laporr nengok makanna kat sini.. haishh...

    BalasPadam
  4. Pagi ni kakcik sarapan biskut lemak dengan milo je...

    BalasPadam
  5. sedapnyer.. ayu lom pernah buat sendiri pun chicken chop.macam senang pulak.bahan2 nye pun simple je kan...

    BalasPadam
  6. Wahhh, sedapnye kak, ada Chicken chopkat sini..mau, mau, mau

    BalasPadam
  7. sedapnya tgk chicken chop akak ni...lama tak mkn terliur lak rasa.

    BalasPadam
  8. As Salam zana. TQ sudi singgah blog k.ani. Kita link ye......chicken chop ni fav anak2 k.ani jugak ni.

    BalasPadam
  9. zana ni memang rajin masak.
    betullah kata zana..nak dengan taknak aje.semua dah sedia ade dlm internet kan..

    BalasPadam
  10. salm kak
    makanan omputih yerr..h ehehee sedap kan kak..kita pun suka ..klu malas nk makan nasi wt camginie jew..senang ..:)

    BalasPadam
  11. Salam Kak Zana,
    Sedapnya chicken chop. Saya suka sos banyak-banyak kalau makan. hehe... memang puas hati kalau masak customer makan sampai geleng kepala sedap. hehehe...

    Re: Kat istanbul waktu kami pergi baru masuk musim bunga kak. bunga2 baru nak berkembang, suhu pun baru nak panas. Orang turki memang suka yogurt. sampai minuman pun air yogurt :)

    Ijan

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)