Seorang budak lelaki berumur 10 tahun di suruh gurunya masuk pertandingan menari, sebelum ni dia tak pernah menari. Cuma biasa naik pentas ambil piala, berlakon zaman tadika.
Dia tak berminat tapi cikgu dah pilih, dia terima tanpa bantahan. Setiap hari ada latihan menari dari pagi hingga petang.
Satu hari ada seorang guru pelatih yang di jemput datang mengajar, seorang lelaki lembut.
Mungkin kerana ramai yang belum pernah menari, agak sukar cikgu tu melatih.....penat campur nak marah.
"eh....keling....bla...bla...bla.." tapi yang di panggil keling buat tak tau je.
"kenapa kamu buat tak tau masa saya panggil tadi" tanya cikgu tu.
"oh...cikgu panggil saya ke? tapi nama saya Aziz, dah banyak kali saya cakap nama saya Aziz, bukan 'keling'" jawab murid tu.
Cikgu tergamam......tak terkata apa pun. Mungkin rasa di sindir atau malu.
Esoknya, berlatih lagi dan cikgu terpanggil keling juga tapi......eh...sori...sori..katanya.
Nampaknya tektik Aziz Iskandar menjadi.
Walaupun orang selalu buli dia dengan panggilan najis, keling, hitam...ntah apa2 lagi....ibu bangga sebab anak ibu dapat mengatasi masalah dengan sendiri tanpa keluar airmata.
Perhatian pada mereka yang di luar sana, bagi saya perkataan 'keling' bukan satu penghinaan tetapi sebagai kanak-kanak yang masih belum sepenuhnya mengenali permainan dunia, gurau itu amat memalukan dia. Sebagai ibubapa kamilah tempat dia mengadu dan kamilah pemberi semangat dan kata nasihat agar dia tidak menyimpan dendam kepada mereka diluar sana. Janganlah sampai anak-anak ini tidak boleh dikawal kemarahannya dan mengambil tindakan yang bukan-bukan satu hari nanti.
Sambil tu, apa kata kita baca cerita yang kak pb copy paste di sini....saja-saja baca sambil berfikir...
Cuit: Alkisah India di India dan India di Malaysia
Oleh Zaini Hassan, Utusan Malaysia
(yang berada di kota raya Hyderabad, India dari 29 November-4 Disember menghadiri Forum Editor-Editor Sedunia)
BERADA
di kota raya tua India, Hyderabad selama seminggu minggu lalu amat
memberi kesedaran kepada diri ini. Setiap inci persegi tanah di
kota-kotanya dihuni oleh ratusan insan. Setiap kilometer persegi dihuni
oleh ratusan ribu insan dan setiap bandar raya di negara keramat itu
dihuni oleh jutaan manusia. Dan India ialah tanah bagi 1.2 bilion umat
manusia. Angkanya bertambah setiap saat.
Berada
di India bererti kita berada dalam satu realiti kemanusiaan yang
sebenar. India ialah tanah bagi manusia ramai. Jurang hidupnya adalah
antara langit dan bumi. Yang papa terlalu papa, yang kaya terlalu kaya.
Yang kaya, tidak pandang ke bawah, yang bawah tetap di bawah.
Kasta,
darjat atau keturunan masih diamalkan secara tebal di seluruh India. Ia
semacam satu agama. Kasta atas tidak boleh bersatu kasta rendah.
Jalan
rayanya haru-biru. Suasananya hiruk-pikuk. Bas, lori, kereta, basikal,
teksi roda tiga, kereta lembu, kuda bersimpang siur. Bunyi hon adalah
wajib. Pegang sahaja stereng, bunyi hon dulu. Di belakang bas dan lori
tertulis `tolong hon’. Tiada siapa marah jika dia dihon. Hon ialah
nyawa.
Semasa dalam perjalanan
menghadiri makan malam perpisahan di Istana Chowmohalla (dibina pada
1780 oleh Nawab Nizam Ali Khan, Asaf Jah II), pemandu bas yang membawa
kami tiba-tiba turun lari meninggalkan bas yang dibawanya. Hilang dalam
lautan manusia dan kenderaan. Kami terpinga-pinga. Dua lelaki preman
masing-masing memegang submesingan jenis sterling yang mengawal
keselamatan kami dalam bas berkata ``jangan bimbang’’. Pemandu tadi
sebenarnya turun untuk meleraikan kenderaan-kenderaan yang sudah
berpintal di atas jalan raya. Dia bertindak menjadi polis trafik.
Sambil
dia menyelesaikan kekusutan itu, saya melihat di seberang sana seorang
penumpang turun dari teksi roda tiga yang dinaikinya menolak kenderaan
itu yang mati di atas jalan raya. Tiada rasa marah pun di muka penumpang
itu yang menolong menolak teksinya yang rosak.
Tiada
siapa peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Polis trafik pun
menjalankan apa yang terdaya, tanpa memperlihatkan sedikit pun kekerutan
di dahinya. Trafik lalu lintas tetap berjalan lancar, walaupun dalam
suasana kekecohan.
Sebelah malam,
di tepi-tepi jalan insan-insan tidur merata-rata. Ada yang telah
nyenyak membungkus tubuh dengan kain selimut daripada kedinginan kota
itu. Yang belum tidur, duduk mencangkung sambil memandang ke satu tujuan
yang tidak diketahui.
Hampir dua
jam bergelut kami tiba di istana bereka bentuk masjid itu. Di sepanjang
dinding tembok istana tertulis tulisan dalam bahasa Inggeris ``Ini
tempat suci jangan kencing’’. Kencing berdiri sambil si anunya memancut
ke dinding adalah pemandangan umum yang biasa. Mungkin kerana terlalu
ramai manusia, tandas bukan lagi pilihan. Awas, setiap pagi berhati-hati
berjalan di kaki-kaki lima kerana terlalu banyak jerangkap samar dari
isi perut manusia berlonggok di sana-sini. Suasana serupa juga juga
khabarnya boleh dilihat di bandar raya lain termasuk di Mumbai.
Sampainya
di istana itu, kami dibawa masuk ke dalamnya. Satu suasana antara
langit dengan bumi. Kawasan istana lama itu diwarnai dengan lampu-lampu
berwarni yang menyenangkan perasaan. Bagaikan berada dalam kisah Hikayat
1001. Tarian-tarian Bollywood dari era 50-an hingga kini dipersembahkan
kepada kami. Selesai persembahan kami dijamu dengan juadah Hyderabad
tersohor di dunia, nasi beriyani.
Kami
makan beriyani kambing dan ayam, tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Ia
terlalu sedap tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana restoran Malaysia,
waima Hameediah di Campbell Street, Pulau Pinang mahupun Mahbob di
Bangsar.
Di luar tembok sana,
suasananya adalah terlalu kontras. India yang penuh warna-warni. India
yang penuh dengan drama. Di dada-dada akhbarnya konflik di mana-mana. Di
Parlimennya pun haru-biru seperti di atas jalan rayanya juga.
Televisyen memaparkan bagaimana seorang speaker dewannya tidak
diendahkan oleh ahli-ahli Parlimen yang memboikot sesi soal-jawab.
Akhbar Deccan Chronicle dalam karikatur muka satunya (macam Senyum
Kambing) keesokan harinya mencuit: Mengapa mereka tidak mahu buat sesi
soal-jawab dalam kantin saja, kan di situ tempatnya ahli Parlimen selalu
melepak?
India tetap India.
Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok
wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.
Namun,
kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama.
Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam
dan kini menjadi ahli politik. Di Malaysia hanya orang India yang
pandai-pandai sahaja yang sering buat bising. Mereka menguasai Majlis
Peguam dan kini mereka sudah ramai di Parlimen, bukan mewakili MIC, tapi
mewakili DAP dan PKR.
Kerana
mereka lantang dan suka buat haru-biru, suara mereka sering kedengaran.
Salah seorangnya ialah N. Kulasegaran yang kini memegang jawatan Naib
Pengerusi DAP Perak. Beliau lantang mempersoalkan hak-hak orang Melayu.
Katanya,
beliau tidak faham mengapa setelah bertahun lamanya masih ada kelompok
manusia percaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi
daripada satu kaum lain.
Kita
tidak pasti apakah beliau ikhlas dengan kenyataannya itu. Dia tahukah
apa yang dia cakap? Tapi yang pasti kenyataannya itu cukup sensitif dan
akan membuat kumpulan lain marah. Tapi seperti biasa orang Melayu
marahnya tidak lama. Tak apalah. Orang Melayu tidak seperti orang India,
walaupun ada juga Melayu yang darah keturunan Keling (DKK), tapi darah
Melayu yang lembut banyak menguasai mereka.
Jika
di India, mungkin kita akan sentiasa dikawal oleh pengawal bermesingan.
Kulasegaran perlu mengambil cuti. Pergilah melawat ke India, dan
hayatilah erti kehidupan di sana, hayatilah erti kasta dan darjat,
miskin dan kaya, seperti yang saya alami minggu lalu.
Seburuk-buruk Malaysia, inilah tanah tumpah darah kita.
Sumber dari Malaysia Today dan kalau ada masa boleh juga baca di sini sini.
nota pb: entry agak panjang sekadar berkongsi rasa hati..
Biasa la tuu..manusia ni punya mcm2 perangai tak piki soal hati dan perasaan org lain..cube dia plk yg kene org buat mcm tuu apa rasa...
BalasPadambagus aziz buat mcm tuu..baru dia tersedar sikit..jgn panggil org sesedap mulut jer..
astaghfirullah...sebagai seorang cikgu x sepatutnya dia panggil org mcm tu..even bkn cikgu pon, masih x sepatutnya berperangai demikian..sungguh kurang sopan..sepatutnya tunjukkan teladan yg baik buat anak2..nway,buat aziz..tahniah..aunty pon rasa bangga yg amat...
BalasPadambagus kak zana. patut sgt dia buat mcm tu. ada pendirian. kalau tak senang2 je kena pijak. cikgu patut nya jadi contoh.
BalasPadamsampai hati cikgu tu kan..
BalasPadamsbnrnya anak Alin pun penah diejek ngan kawan2 masa kat sekolah agama sampai menagis2 xmo pi sekolah..Bila tanya xmo jawab.Alin pi sekolah jumpa ustazah. depan ustazah baru nak citer kata kawan2 ejek. Dia jd malu & stress nak ke sekolah.
Bila ustazah pujuk2 dan alin bg kt semangat baru dia nak ke sekolah. Alhamdulilah..sekrang dah okay.
sampai macam tu sekali? tak sangka...
BalasPadamwahh...bagus aziz.... jgn mudah mengalah dan dibuli....
BalasPadamcikgu zaman sekarang...muda dan mentah dgn akhlak...tak salahkan mereka ..lihatlah apa sukatan pelajaran mereka gunakan sebelum atau semasa pengajian mereka utk menjadi pendidik...
BalasPadammanusia makin kurang nilai sivik..dah tak rasa bersalah menghina atau mjatuhkan air muka org lain..x tau nasib generasi 10thn akan datang..hmm
BalasPadamanak saya pun selalu jadi bahan ejekan kerana warna kulitnya yang gelap, botol kicap & sebagainya tu biasa, tapi paling sedih ada cikgu yang memanggilnya Michael Jackson :(
BalasPadamsyabas aziz... acik ijah sukeee sikap gitu.. susah la nak cari budak tegas tapi suci hama gitu.. bagusss.. rasanya mesti sikap ni diambil dari makayahnya kan.. syabas kak zana dapatmendidik n memberi semangat buat anak2.. org yang suke panggil mcm2 ni hati dia 'hati kering'.. atau pun pemikiran dia sangat kebudak budakkan..
BalasPadamsebab gurauan mcm tu la nama pelik2 mcm tu akan jd nama timangan smpai mati. tak suka jugak kalau smpai memalukan
BalasPadamKadang2 panggilan keling tu d tuju pd orang yg suka auta... cakap berbelit2 dan tidak boleh dipercayai walaupun kulitnya putih mulus macam amoi. Guaner gamok? Anak keling, perangai cam keling, cakap cam keling, warna keling bla bla... Jgn marah. Permisi.
BalasPadamsedih pulak baca entry ni..tp kalau dia dh pandai berdikari mcm ni, takdelah risau sgt dia dibuli kan?
BalasPadam