my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Carrot


Salam sejahtera.....

Rupanya semalam hari rabu.......bolehkan pb terlupa hari, sampai ke petang bw ke blog sorang tu, terpandang wordless wednesday....laaaa...hari rabu ke? Bayangkan betapa sibuknya pb semalam sampai tak hengat hari. Bukan sibuk apa, sibuk kat dapur, pergi beli barang, gitu begini buat kerja, hari pun boleh lupa. 'Cikgu hubby' ada kat rumah pun buat kerja dia. Minta tolong, baru dia datang.

Oh ye....sibuk2 gempa semalam kan, teringat masa pb kat Kajang (rumah tinggi) asal gempa je, berlari turun ke bawah. Pucat lesi muka masing-masing. Jiran sebelah pb India, siap dukung nenek dia sebab tak boleh jalan. Bila dah reda dan dapat kebenaran dari pihak bomba, naik balik. Setiap kali gempa, kami yang kat rumah ni susah hati. Nak mandi pun tak senang, kalau boleh nak mandi dengan baju......apa2 hal senang nak cabut!

Hari ni khabarnya dah di tarik balik amaran tsunami katanya. Alhamdulillah, pb pun risau, belakang rumah laut luas. Walau berbenteng, tak senang hati juga. Jadi, kita sebagai umat yang beragama Islam, berdoalah selagi mampu agar dilindungi olehNYA. Ajal maut bukan kehendak kita dan kita hanya manusia biasa.

Beralih ke resipi pula, sempat lagi buat kek carrot ni dalam sibuk2 tu. Sebabnya, anak pb tak makan sayur, memang susah dan degil kalau di suruh makan. Jadi cara paling mudah, buatkan kek yang ada sayur begini, letakkan krim, confirm dia makan. Resipi dari Nadz,  
Pernah buat kek carrot sebelum ni tapi selalu tak update kat blog, resipi ambil dari kawan blogger. Minta izin copy paste ye Nadz, kak pb buat setengah adunan je, guna loyang empat segi yang kecil.

KEK CARROT
copy paste : Nadz
sumber asal: newbie 123

Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan parutan carrot - pb letak 1 cwn je
  • 4 biji telur - guna 2 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran - 1/2 cwn minyak
  • 1 1/2 cawan gula putih - gantikan gula perang
  • 2 cawan tepung gandum - 1 cwn tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat - 1/2 s.t
  • 1 1/2 sudu teh baking powder- 3/4 s.t
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - yang ni tak letak, tak suka
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) - takde stok
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang - sama spt Nadz, ganti dgn raisin
Cara menyediakan :
  1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek. 
  6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak.
 tengoklah hiasan cream cheese tu, hentam saja la labu.....janji berkrim, nak makan sendiri dan nak cepat..


Terima kasih pada tuan punya resipi walau di mana anda berada. Kak pb memang suka sangat kek carrot, lebih2 lagi berkrim macam ni. Asyik nak makan je.....walaupun kismisnya duduk kat bawah...huhu...


nota pb: nak cuba lagi sampai puas hati.

13 ulasan:

  1. alangkah indahnye kalau leh hulur2 kat pc ni.ina sgt suka kek carrot ni tp tak reti buat dan cuba buat pun tak lg.Hari ni dah Khamis so mood hepi coz esk dah jumaat

    BalasPadam
  2. Salam kak zana!! kita nakkkk!! dulu2 jakun dgn kek karet nii almaklomlah bhn2 yg digunakan specis sayur, tapi bila dah rasa dgn lawankan dgn creamcheese sedapppnyerrrr! eheheh...

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum Kak Zana.

    Wah dlm sibuk2 panic sbb gegaran smlm tu, smpt akak buat kek ni ye. Alhamdulillah x de apa2 perkara buruk yg trjadi kn kak.

    Sedapnye.. Nk buat lg lah.. Naz kalau kek lain setakat ni, kalau mkn x bnyk.. 1-2 slice je. Tp kek carrot resepi newbie123 ni ari tu, ber'slice'2 Naz perabiskn. Anak2 pun suka..Minta sikit kak. Ada lg ke.

    BalasPadam
  4. Terliur kakcik tengok kek tu. Mehle anto sikit kat kakcik di spital ni. :)

    BalasPadam
  5. Zana... kakak pernah buat tapi nak tahu apa jadi... kek tak balance gebunya - bawahnya basah macam tak masak dan tak gebu tapi atas je yg ok... tengok zana punya geram betul kakak tau:)

    BalasPadam
  6. kak zana.menarik nya.kalau la boleh jadi serajin kak zana. boleh try mcm2.hehe

    BalasPadam
  7. Smlm Alin buat kek karamel...pehtu makcik alin suruh buat kek carrot plak..kena buat jugak satu hari nanti

    BalasPadam
  8. sedapnye tgok..xpernah lagi rase kek ni..

    BalasPadam
  9. lucu la akak ni..kite ni pulak, dah petang2 sikit rasa mcm hari ahad pulak.

    inilah kek yang sangat dirindui selama 2 tahun. pernah makan yang seorang kawan tu buat. sedap sgt2...tapi sampai skrg segan nk minta resepi dia..kene try resepi lain dulu la agaknya.

    BalasPadam
  10. wahh.sedapnya suka carat kek nii..tapi kat rumah tu anak2 tak berapa suka la pulak..kalau beli tu maknya la jd tukang penrabisnye..

    BalasPadam
  11. salam kak hana
    kita aritu baru berangan-angan nk buat..tp x terbuat2 jgk..entah bila la nk mencuba..tgok akk show nie..bertambah2 la..teringin..:)

    BalasPadam
  12. Waaa toping chesse lagi bertambah kebest an nyer tu.. Alhamdulillah.. Smoga Allah mlindungi kita semua kan.. Akak take care ye. Risau gak umah dekT ngan pantai tu

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)