my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sayur Goreng Kacang Panjang

Suka tak makan kacang? Kak pb suka sangat jenis-jenis kekacang ni. Dulu-dulu wajib beli kacang Cap Tangan untuk makan bila menonton tv. Tapi sekarang dah jarang, malah dah lama sangat tak membelinya. Tak dapat makan kacang, ganti dengan sayur pun bagus. Orang kata sayur begini mengandungi serat yang tinggi, melancarkan pembuangan air besar dan mengurangkan kolestrol. Selain dari itu katanya bagus juga untuk mereka yang menghidap kencing manis.

Info lebih lanjut ada kat blog Adry@Daun ni.....



Kalau goreng sayur kacang, kak pb suka patah-patahkan saja. Jika di potong menyerong, ia mudah lembik dan berair. Begini lebih sedap, terasa kerangupannya. Tapi terpulang kepada tukang masak dan kesukaan famili masing-masing. Ada setengah orang anak-anak dia tak makan kalau potong begini.

Cara kak pb masak ni simple je.....

Patah-patahkan kacang panjang
5/6 ekor udang
1 biji telur
2 ulas bawang merah kecil
sedikit belacan
2 batang cili hijau

Tumbuk kasar cili hijau, bawang kecil, belacan.
Tumis bahan tumbuk dan masukkan sayur kacang dan udang.
Bila sayur hampir empok, pecahkan telor.
Letakkan garam dan perasa (biasanya kak pb letak stok ayam/ikan bilis)
Makan dengan nasi ketika panas-panas.........kak pb suka ratah sayur ni.

Tapi......sedap bagaimana pun ibu masak, anak dia taknak juga makan sayur. Kenapa eh? Takkan semuanya nak kena mesin barulah di makan. Agak-agak umur berapa baru dapat telan sayur?

10 ulasan:

  1. sedap lauk ni...mabeles n simple...

    BalasPadam
  2. salam kak
    sy nk kutip udang tu dulu boleh..he hheee pastu bru amik sayur tue..:)

    BalasPadam
  3. sedap jugak kak masak begini ye...buh telur lagi sedap ye..

    BalasPadam
  4. simple2 camni la sedap...n selera mkn pun leh bertambah2.

    BalasPadam
  5. Rahel nak kacang panjang tu jer...hehe..

    BalasPadam
  6. Assalam zana,
    sayur goreng macam nilah sedap simple2 boleh bertambah nasi ni..buat ratah2 pun jalan juga..

    BalasPadam
  7. salam kak zana,
    menu akak ni same cam saya, sbb hubby suka makan kcg panjang..

    BalasPadam
  8. As salam tuan umah...,
    Singgah pagi2 tgk sayur kacang pjg kat sini. TQ folo me ye.

    BalasPadam
  9. mcm2 leh masak dgn kacang panjang ni kan...selain grg,letak dalam dalca,buat kerabu pun sedap...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)