my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mushroom Soup



Assalammualaikum, dah pun hari khamis. Cepatnya masa berlalu. Isnin lepas anak bujang kak pb meraih kemenangan tempat pertama dalam pertandingan menari antara sekolah daerah kami. Lepas ni nampaknya akan menjadi wakil sekolah kemana2 pertandingan. Susah hati dia tu, sebab dia tak minat menari. Tidak apa, menari juga boleh merangsang minda dan otak anak-anak agar menjadi aktif dan cergas. Itu sebab ibu tak kisah, bukan ibu nak suruh jadi penari sampai besar. Daripada pergi main dengan kawan-kawan yang tak tentu arahnya, baiklah pergi berlatih menari kat sekolah tu.

Semalam kak pb masak mushroom soup dengan roti, ikut macam ARAH tapi roti kita tak cantik macam dia. Sup je yang sedap, habis kena hirup encik hubby. Cakap kat dia, apa kata kalau kita melantak hari-hari macam ni? Dia angguk-angguk......dalam hati kak pb macam tak ikhlas je angguk tu! Ni resipi orang nak diet ni.....kak pb copy je la ye..cuma ubah sikit.




MUSHROOM SOUP
Resepi Asal : Minami133@myr

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)>>cuma letak300ml susu segar dan 200ml whipping cream
  • 1 ketul kiub ayam- kak pb ganti kiub ikan bilis
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto- guna perencah ayam tumix
  • 1 cawan tepung gandum>>yg ni kita tak masukkan semua

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti. 

Roti yang tak seberapa nak cun tu pun ambil resipi kat blog Ika, boleh tengok blog Ika sebab hari ni kak pb tak berapa nak rajin mengcopy paste segala2nya. Marah pulak orang asyik copy paste je. Bukan kata kat Ika, dia ok tu......lebih2 lagi baru balik bercuti, berjimba-jimba kat mana tah....

12 ulasan:

  1. Salam kak,tq sudi singgah blog DMI.pagi2 dh tgk sup..mmg sedap dpt bfast sup..

    BalasPadam
  2. salam kak zana,
    sedapkan sup n rotinya.sy pun baru membuatnya minggu lepas.bagai tak puas lg nk mnjamahnye

    BalasPadam
  3. Sdpnye kak! Sy suke mushroom homemade nie. Ley try resipi nie.. Yummeh!

    BalasPadam
  4. Singgah nak makan soup ngan roti, sedap tuuuu

    BalasPadam
  5. QH pon dh penah buat dh...mmg sedap kalau mkn mushroom soup ni dgn roti...perghhhh

    BalasPadam
  6. Sib baik baru makan semalam. Kalau tak, mesti terkulat-kulat tengok mushroom soup Zana yang menyelerakan ni...

    BalasPadam
  7. Salam Kak Zana..sedap betul mushroom sup ni lebih-lebih lagi dapat time panas-panas..sesuai sgt buat cicahan roti tuuuuu

    BalasPadam
  8. Salam k.Zana.mushroom sup ni mmg sedap....kalau masak mmg anak2 suka.buat 1 adunan kejap je licin.

    BalasPadam
  9. mushroom soup tu nampak sedap kak, saya pun dah copy paste masuk simpanan resepi saya...nanti nak buat jugak

    BalasPadam
  10. Sedap kan mushroom soup nih kak..terliur lak nengok malam2 nih..hehe.

    p/s: sy dah update gmbr acuan yg saya guna utk kuih jepun tu kak..nanti ada ms leh tgk ye. :)

    BalasPadam
  11. Assalam PB,
    Tahniah anak bujang menang tempat pertama dalam pertandingan menari tu ya..

    mushroom soup ni nampak sedappp sanagt..kecur pulak kita tengok malam2 buta ni..heheh dapat makan buat supper pun baik juga ni..tapi inilah kita tengah kayuh basikal pelan2 sorang2 nak balas kunjungan..
    terimaksih ya pb for the supoort tempoh hari tentang kejadian maling tu..rasa terharu mempunyai kawan yang prihatin disekiling...

    BalasPadam
  12. waa..sedapnyerrr mushroom tuh akak..
    resipi pon ada tuh,leh la ana try jgk ehh..heheheeeee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)