my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Koci Kacang Merah

Assalammualaikum, bertemu lagi teman-teman blogger sekalian.....

Bermula hari ini, kak pb update blog pepagi, fresh dari oven. Tak main simpan dalam draf dah......sebabnya dua minggu ni encik hubby sibuk dengan kriket dia. Minggu lagi satu dia akan ke Sandakan pula, bawa budak sekolah lawan kriket di sana. Tak tau lagi kak pb ni kena jadi bodyguard ke tak......hehe...kalau di bawa, best jugak. Tapi anak bujang sekolah.....mungkin tak ikut kot.

Semalam petang kak pb puas fikir nak buat apa dengan inti kacang merah/hitam dalam peti ais tu. Dulu dah buat pau, banyak lagi lebihnya. Fikir punya fikir, buat kuih koci la....suruh hubby ambil daun pisang belakang rumah yang tak sekangkang kera tu!

Dapatlah dalam 15 biji kuih koci, bagi kat makcik di King Fisher sebab anak bujang tidur sana. Dah 2 minggu ni asyik kesana je. Kita pun berbudi la sikit kat mereka kan?


 Bungkusannya agak kurang menarik, bab2 membungkus kuih, nasi lemak.....memang fail, dapat markah f.

Resipi ni ikut suka suki kak pb ye.....

KUIH KOCI KACANG MERAH
 di olah oleh: blog surirumah

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan kacang merah/hitam yang segera
Air untuk menguli tepung (agak2 ler)
Daun pisang

Untuk intinya:
1/2 biji kelapa parut putih
1 keping gula melaka/merah
sedikit gula pasir
paste pandan/daun pandan

Cara membuatnya:
Gaulkan tepung pulut dan kacang merah bersama air. Uli hingga tidak melekat di jari.
Untuk inti kelapa, masak air gula hingga pekat dan masukkan kelapa parut.

Ambil adunan tepung sekepal, leperkan dan masukkan inti kelapa.
Bulatkan atau bujurkan, letak atas daun pisang.
Bungkus elok2 tau, kalau tak nanti dah masak, dia tersenyum lebar.....hehe..
Kukus dalam 20 minit atau hingga masak.
Untuk santan dia tu, kak pb masak santan dengan tepung beras dan garam.

 Walaupun kejadiannya agak tidak memuaskan hati, bila makan.....ermmm...sedap la pulak. Sebab dah lama sangat tak buat, nak beli kat luar pun takde yang jual. Rasanya dah macam dok luar negeri je kak pb ni.

nota pb: ada yang adun tepung dengan santan tapi kak pb saje je.....nak kurangkan kononnya, tak juga...pagi ni bedal nasi lemak!

11 ulasan:

  1. lama tak mkn kuih koci mcm ni..selalu mkn yg inti kelapa jer...

    saya belum sarapan lg ni..

    BalasPadam
  2. Bagus juga inti kacang merah. Jarang inti macam ini - anak-anak kakak suka inti kacang merah...

    BalasPadam
  3. Sy tak nah mkn. Tp koci fav sy. Koci tepung pulut berintikan kelapa gula merah tu. Yummeh!

    BalasPadam
  4. salam
    kdg2 kalau terjumpa kat pasar malam...beli jugak kuih koci ni sbb suka makan...nak buat tak berbaloi...saya sorg ja yg makan..

    BalasPadam
  5. wahhhhhh sodapppnyerrrr tapaukan untuk mak dara sikitttttt hehehehe

    BalasPadam
  6. saya mmg suka makan inti kacang dari inti kelapa....sedapppsss

    BalasPadam
  7. Aslmkm...dtg nak beli kue koci... peberet ni tp x pernh wat sdri..heeee

    BalasPadam
  8. Aw, terliur just by looking at your pictures....

    Sampai hati buat saya terliur sebegini banyak :3

    Nisa'

    BalasPadam
  9. Ala..menggoda laaa pulak koci kcg merah ni..tp stok takde lak..
    nanti leh try nih kak..sedap ye kak..lwh buat snmn muke kunyah kuih berasaskn tpg pulut ni.hehe..

    BalasPadam
  10. As'slaam Kak PB

    kuih koci suka makan kak, tapi nak buat tu angin rajin tak mai lagi..hehehe

    selalu makan berintikan kelapa aje, kacang merah tak pernah cuba lagi :)

    BalasPadam
  11. salam kak
    sy suka btul makan koci..tp mmg x pernah buat..klu kacang merah pun x pernah lg rasa..mesti sedap kan..tgh membyangkan camner rasanya...:)..thnks kak resepi tue..mmg nk cuba..:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)