my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Minum petang, biskut dan sambal tumis

Salam petang Jumaat....

Eh, pelik ke kak pb update petang-petang hari ni? Saja je.....terlebih rajin, tak salah kan? Agaknya apa hidangan adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu kat luar sana petang begini ye.....

Kak pb ingat nak buat apam macam Hasue buat baru2 ni tapi malas pulak nak memerap kuih. Kita ni bukan jenis sabar menunggu, tak suka lama-lama kat dapur. Tambah pula musim panas di KK sekarang ni....eh...ada ke musim lain selain dari panas dan hujan?

Pagi tadi kak pb buat nasi lemak sambal udang besau-besau. Ada la lagi lebihnya untuk makan petang nanti, itu pun kalau nak makan nasi.  Ni... haaa.....sememeh je mangkok tu, malas nak cantik-cantik.....

Hubby campak pulak belen ikan bilis goreng dalam mangkok sambal. Tengok sambal tumis ni, teringat kat emak kita tu. Tadi kakak talipon, panjang benar ceritanya. Sedih ada, gembira pun ada.....bila seronok tu, mengelikek kami ketawa tapi bila kisah yang mengejutkan (biasa la kisah adik beradik kan?), nak marah ada, sakit hati pun ada.

Dulu-dulu masa emak berniaga nasi lemak, hari-hari tolong dia mesin lada dan bawang. Setiap hari mesti tanya banyak mana nak letak, cukup ke mak? Kita orang ni, walau dah tua-tua begini, masak dengan emak mesti nak tanya dia, bukan apa......nak memuaskan hati dia.

Kalau balik dari kerja (masa belum berdua ler cite ni...) suka sangat cedok sambal tumis mak, bawak lari naik ke bilik dan tutup pintu. Ngadap tv, santai-santai makan sambal tumis dengan apa? hehe......





Biskut cream creaker Hup Seng kegemaran kak pb. Letakkan sambal di tengah antara dua biskut dan rasailah nikmatnya.......ermmm...sedap sangat (apa tak sedapnya? biskut tu penuh dengan kandungan yang kita nak elakkan) Tapi pembalut Hup Seng dulu lain, sekarang dah upgrade. Kalau masa zaman sekolah dulu, biskut ni dalam tin besar kan? Kalau nak beli, guna timbang, takde peket-peket macam sekarang.

Itu je nak tulis sebenarnya, kenangan sambal tumis emak yang selalu dapat pujian dari saudara mara. Emak buat sambal merah menyala pun, ia tak pedas dan cucu-cucu emak yang kecil pun boleh makan. Terror tak emak? hehe....sekarang keterroran (perosak bahasa, jangan ikut) emak tu dah menurun sikit kat anaknya.......saya la tu!!

Terima kasih sudi baca kisah kak pb dulu dan sekarang, tetap memilih sambal tumis dan biskut untuk kudapan di tahap kebosanan melanda.

10 ulasan:

  1. waaa.. sambal tumis.. klau ada mcm2 boleh dipelbagaikan.. nk buat nya malas.. veragan gak .. klau makan dengan mee siput grg mmg mabeles..

    BalasPadam
  2. sambal udang? Krimkracker? dua2 feveret saya.

    BalasPadam
  3. Sedap tu sambal tumis cicah biskut kering..hihii

    BalasPadam
  4. tak pernah lagi dicuba cara makan cam n...kot-kot cicah ngan lempeng atau roti biasalah...hmmm...sedap kak nengok kuah sambal tu...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. mengelikek itu perkataan yang saya dah lama x jumpa

    haha

    BalasPadam
  7. SAlam Kak.. memang terbaik! hehhee mudah dan cepat.. rasanya jangan cerita.... kirim salam bonda akak yaa..:))

    BalasPadam
  8. Salam k.Zana.sypun sama kalau memasak dg mak bila sesekali balik kg sukalah bertanya ini..itu.. letak byk mana...nak tambah apa lagi...saja nak korek rahsia mak masak...hi..hi... sambil sembang di dapur..menceriakan suasana.biskut hup seng tu biskut sy suka mkn masa pantang utk sarapan dan minum ptg....mmg buat stok..hi..
    re;kat Egypt jam lewat 6 jam dr Msia...org Msia dah mkn tgh hari...kami baru nak bekfas...

    BalasPadam
  9. Salam kak zana! kita kalau ada sambal tumis byk, kita suke mkn dgn roti kosong gitu jerr sedapp! dgn beskut pun suke jugak :D beskut lemak hup seng tu ada jual kat sini hihihi.. ank kita suke mkn beskut tu dgn milo :D

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)