Semalam, pb try buat kuih talam sagu berlapis.....sambil layan tv, sambil menggodeh kuih ni. Pb buat tu sebab nak habiskan stok sagu biji dalam kabinet. Beli tak banyak mana tapi sebab jarang guna, lambatlah nak habisnya. Pengat pun jarang buat.
KUIH TALAM SAGU BERLAPIS
copypaste: yatie memories
sumber asal: kak wan
Bahan-bahan
- 80gm sago (saya guna 100 gm)- ikut macam yatie
- 230gm tepung beras
- 100gm tepung ubi / tepung sagu
- 400ml santan pekat KARA - pb guna santan biasa je
- 350ml air
- 350gm gula
- 300ml air
- 3 helai daun pandan - takde daun, paste pandan
Cara-cara :
- Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
- Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
- Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)- pb guna warna merah.
- Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
- Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
- Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
Terima kasih Yatie dan Kak Wan kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Mudah2an dapat pahala kita dan izinkan kawan-kawan copy paste kat sini.....ngeeee...
Assalam kak, bestnyer org Malaysia cuti yer..org Malaysia kat sini tak cuti pun..nasib baik saya hari-hari cuti:D
BalasPadamSedap tgk kuih talam akak ni...warna pun menarik.
Salam kak, ehehe mcm kak nieza org mesia yg kat sini pun tak cuti jugak :D tp mmg cuti hari2 jugak ehehe... lamaaaa sgt tak melapis mcm dah takde keyakinan nak main lapis2 hihihi.. tp suke sgt jenis2 kuih mcm ni :D
BalasPadamsalam kak zana...cantik kaler kuih tu, Liza bab melapis tu kena tunggu angin R datang...ekkkeke
BalasPadamsalam zana...
BalasPadamkuih talam ni mmg my fav... tp saya lum pernah sekali pun buat kuih ni... belum sampai seru!!!
anyways... selamatbercuti...
salam kak
BalasPadamx der buat apa kt umh kak..duk nk menerai resepi yg byk disimpan tp x dibuat2 lg..he heee
cantik lapis tu..pink lg...suka tgk
nampak senang je resepi ni...kite book mark je dulu...heheh..terima kasih kak!
BalasPadamsedap buat minum petang nii...
BalasPadamaslmkum zana.. mmg sedap mgadap kuih lapis yg cantik ni di kala minum petang.. akk baru nk gosok2 mata cari menu ni..
BalasPadamrajinnya melapis kuih cuti2 yup...
BalasPadamberselera pulak tengok...
Assalamualaikum Zana,
BalasPadamCantik kejadian kueh talam sagu Zana, very colourful, pekena petang petang dengan kopi panas mesti best....
Sedap-sedap..
BalasPadamAssallamualaikum kak Zana..
BalasPadamWahh..cantiknya kaler kuih akak ni.. Mmg best kuih ni kan kak. Dulu Naz pun pernah buat.. So sweet warnanya..