my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ayam Masak Lemak Pedas

Salam sejahtera semua....

Dah pun hari Selasa kan, besok cuti lagi.......bestnya...cuti gosok baju. Tapi memasak wajib kan? Kalau tak makan luar pulak, bosan jugak kat sini kalau makan luar selalu sebab di sini tak macam kat KL. Orang kata petik jari atau tunjuk je nak makan apa, semua ada.

Pb tak nak membebel banyak hari ni. Nak blog walking blog kawan-kawan kejap lepas ni sebab hubby sekolah pagi.....yeayyyy! Suka sangat laki takde kat rumah pepagi, sebabnya pc ni selalu dia yang control, buat assignment kawan dia.

Resipi ayam masak lemak pedas ni biasa emak masak. Jadi, bila masak semalam, sepanjang masa teringat kat dia. Harap emak diberi kesihatan yang baik ye mak. Anak emak ni rindukan emak, rindukan masakan emak, rindukan tawa riang emak, suara emak yang nyaring marahkan cucu tu terngiang-ngiang kat telinga. Dengan masakan ni, walau tak sama rasanya, dapat juga mengubat rindu.





AYAM MASAK LEMAK PEDAS
sumber: blog surirumah

Ayam sebelah di potong kecil/ikut suka
2 biji kentang
1 cwan susu cair
2 keping asam keping
2 batang serai di titik
Cili kering yang di kisar halus (dlm 3 sudu besar, kalau nak pedas lebihkan)
1 labu bawang merah besar, dikisar
4 ulas bawang merah kecil, dikisar
sedikit halia, dikisar
sedikit kunyit hidup, dikisar
minyak untuk menumis
garam dan gula

Cara membuatnya:

Tumiskan cili kering kisar bersama bawang, halia, kunyit hingga masak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan.
Masukkan serai yang di titik dan asam keping.
Kentang dibelah empat dan masukkan sekali bersama ayam tadi.
Masa ni api jangan terlalu besar, biarkan sederhana sahaja untuk mengempukkan ayam dan kentang.
Bila ayam hampir empuk, boleh masukkan susu cair dan tambahkan sedikit air sekiranya terlalu pekat.
Biasanya emak gunakan santan tapi pb saje guna susu cair, nak habiskan susu dalam peti ais.
Letakkan garam dan sedikit gula pasir.
Boleh diangkat bila dah pekat atau ayam dah empok.
Makan dengan nasi, roti keping atau roti canai....sedaaaaaap!


nota pb: suka sangat lauk ni dulu, pilihan utama kalau emak yang masak..

23 ulasan:

  1. Salam Zana :)

    semlm pun Hawa masak lemak cili padi kaler merah tapi tak ltk kentang...
    lauk anak2 :P

    alahai rindu ngan mak yer...

    BalasPadam
  2. Salam kak zana! hihihi... sampai daaaa kita kat rumah akak kikiki... kita jap lagi sibuk lah kak takut tak sempat nk BW baik kita marathon awal2 pagi :D sedap ni kak kalau pedas2 gituuuu sampai berpeluh makan hihihi... daging steak tu carik kat supermarket tak pun g kedai yg hanya jual daging lembu sbb nanti dia leh slice kan sekali :D kat sini g jer butchery, order nak apa nak apa, nanti dia slicekan n bg daging utk steak ke, biasanyer daging utk steak ni ada 2 jenis, carik yg lembut senang sikit budak2 nak makan :D

    BalasPadam
  3. salam kak zana
    wahh pagi2 dah ada ayam masak lemak..
    kgmaran kita jgk nie..biasanya makan dgn roti..nak tang kuah tu byk2 sedapnya..:)

    BalasPadam
  4. salam kak zana
    wahh pagi2 dah ada ayam masak lemak..
    kgmaran kita jgk nie..biasanya makan dgn roti..nak tang kuah tu byk2 sedapnya..:)

    BalasPadam
  5. Zana: awak ni berjaya membuat perut saya berkeroncong di pagi hari..
    zarincepp73.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Hehehehe...mcm comel je akak kate sonok bile hubby takde pagi. Kdg2 mmg mcm tu. Lappy klu ade kat umah, mmg selalu hubby yg conquer kan? Kite nie mengalah jelah...

    BalasPadam
  7. akakkk.. sama la kita. lauk ni mmg febret saya. klau kenduri, mak saya la sokmo tukang masak lauk ni. kami panggil masak lemak cili kering. mmg air tangan mak kita la slalu nyer paling sedapkan. kalau dulu sah la dengan ayam kampung. ala akak buat saya sangat kerinduan nih. haishhh..

    BalasPadam
  8. Memang sedap!! Resepi kalau ikut selera mak kita mesti kita terkenangkan dia sebab kita membesar dgn airtangnnya...

    BalasPadam
  9. Assallamualaikum kak Zana..

    Kak, mmglah kan. W/pun dah ada suami dan anak2, dah boleh masak sendiri utk makan,still miss masakan mak2 kita kan. Mmg tak kan sama bila kita buat dgn air tangan mak..huhuhuh..rindu nak balik kg.. Tumpang makan lauk akak ni dululah..

    BalasPadam
  10. sesekali ddk rmh sesorang..layan ciklappy memang sonoklah zana. dunia..ana yg ampunya..hehe

    BalasPadam
  11. @Mama Hawa/Mama Nani:
    W'slm...rindu sgt ni mama. Yang ni bukan masak lemak cili api, guna cili kering je.

    BalasPadam
  12. @ijayuji:
    Akk x pernah masak steak la ika, tu yg xtau nak cari daging mcmna.

    BalasPadam
  13. @zila 4ever:
    A'ah zila..masak lebih bole mkn dgn roti esoknya.

    BalasPadam
  14. @izahdaut:
    Haha....jom la kita merindu bersama-sama...

    BalasPadam
  15. @Kakzakie:
    Sebab masakan kita x sama mcm mak...

    BalasPadam
  16. @'idun sa'idun:
    Kat gmbr je, realitinya mcm asm pedas.

    BalasPadam
  17. @Naz / Nadz COSK:
    W'slm nadz....akk ni lagi jauh nk balik selalu, nadz pun kg jauh ke?

    BalasPadam
  18. @Kak Yon:
    A'ah kakrose, lps tu pinggan berlumut kt sinki, baju x bersidai, bilik x berkemas.....laki balik baru tonggang langgang buat, kan?

    BalasPadam
  19. hi kak zana,
    dtg melawat....

    sedap nehhh nampak mcm kari...then akak pakai susu cair...bagus tu utk kesihatan :)

    BalasPadam
  20. lupe plak akak pon duk sabah...sama la kite..kalo x masak, pendek kata x makan la jawabnya...susah nak cari makanan yang kene dengan selera kite...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)