my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Muffin Coklat Mentega

Assalamualaikum semua.....

Mungkin ini adalah entry masak memasak kak pb yang terakhir untuk minggu ni. Kenapa? Kita nak jalan jauh laaaa.....nak ke mana? Ada ler tempatnya......tapi bukan luar negeri.....hehe....dalam Sabah juga. Saje nak mengekor encik suami bertugas sambil tu kita boleh le ketik-ketik kaki atas katil hotel. Cuti masak beberapa hari ni, halus ler tapak tangan sang isteri!!

Oh ye, muffin ni kak pb tengok resipi kat rumah MAKCIK MUFFIN. Tengok rupa macam senang nak buat sebab kak pb nak habiskan stok coklat masakan dalam peti ais tu. Baca kat blog Izah, katanya muffin ni tak payah kacau lama sangat. Lepas tu akhir sekali katanya kalau bancuhan tu berketul-ketul, tak pe, biarkan je. Kak pb kata dalam hati, ni kalau tak jadi ni, siap ko Izah!!

Sukanya kita, menjadi akhirnya........terima kasih ye Izah...


Kak pb minta izin kopipes ya Jah......

MUFFIN COKLAT MENTEGA
@blog surirumah
resepi dari buku: Aneka Kek Pilihan oleh Zarina

bahan:
2 cwn tepung gandum
3 sk baking powder
1/4 cwn gula
2 biji telur
2 sk esen vanilla
1 cwn susu segar
50 gm mentega *cairkan
1/2 cwn coklat masakan dicairkan

Cara memasak:
Ayakkan tepung dan serbuk penaik ke dlam mangkuk.
Buat 'perigi' ditengah bahan2 kering tadi . Kemudian masukkan gula.
Pukul sebati telur bersama vanila esen dan susu segar dan mentega cair.
Masukkan ke dalam bahan kering tadi dan gaul sebati.
Jangan overmix. Masukkan coklat cair ke dalam adunan dan gaul perlahan2.
Jika terdpat tepung berketul2 tidak rata biarkan. Jika kita terlebih2 sebatikan adunan, nanti adunan akan keras.
Bakar pada suhu 190 C selama 15-20 minit atau hingga muffin masa.
Siap dan hidang.
 
 
Lepas snap gambar, 2 ketol kak pb ngap, lembut muffinnya dan tidak begitu manis. Kalau sesiapa yang suka manis, boleh la tambah gula lagi.
 
Sepanjang ketiadaan kak pb (mungkin update juga kalau takde masalah line) korang jangan nakal-nakal tau. Jangan kecahkan dapur kak pb ni, bibik takde nak tolong kemas.
Terima kasih tolong tengok-tengokkan rumah kak pb, jumpa lagi jika ada kesempatan....tata titi tutu....

8 ulasan:

  1. Salam... nampak kek coklat comey terus berdesup ke sini hehhee.. wahh selamat berketik-ketik kaki atas katil yaa.. tapak tangan tu jangan lupa buh losyen... hehee.... selamat bercuti.. muahhh

    BalasPadam
  2. hahaha ketik ketik kaki atas katil tu tak tahan tu kak. kikiki.. cam nyampasss jek dengor...

    fuhh nasib baik jadi kalau idak saya nak sembunyik dah tadi celah2 mutiara sabah.maklommm diri ku sesuci mutiara katakann.. hahah..\

    hah balik dulu. wat perut ku laporr tengah malam. mcm nak carik idea gak ah ketik2 kaki atas katil hahaha

    BalasPadam
  3. sedapnya muffin :)

    BalasPadam
  4. Hi kak Zana, terima kasih ikut blog saya. I pun ikut blog akak ya.

    Muffin coklat akak nampak sedappp... texture pun lembut dan cantik.

    Salam kak, kita jumpa lagi.

    BalasPadam
  5. amboi kak zana nak gi coti2...nak gantung piyukkk..nak itotttt..!!hehe...nak gi pulau ke kak?phewitt..eh?eh?ke nak naik gunung kinabalu?waaa...best2

    amik sndiri jela mapin ni seketui ye kak..saya tapau 12 ketui JER.hehe..

    selamat cutiiii2 kak!

    BalasPadam
  6. Salam...klu muffin choc tak pernah nak tolak ke tepi...sukeeeee

    BalasPadam
  7. Assallamualaikum Kak Zana..

    Nak gi cuti2 yer.. Kak montel2 mapin akak..

    p/s:selalunya raya puasa Naz balik melaka kak..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)