my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan Bakar Portugis

Salam sejahtera semua....

Ada ke orang ternanti-nanti kak pb update blog? Hari ni lewat sikit sebab celcom kak pb belum bayar, jadinya.......terputus ler kejap. Tadi keluar bandar KK, bayar......lepas setengah jam ok dah, boleh guna.

Terima kasih pada yang dah komen dan follow blog kak pb ni. Takde la menarik sangat blog kak pb, cuma cerita biasa-biasa je. Cerita masak memasak paling banyak dan jangan la boring ye. Nama pun surirumah. Ada juga kisah lain yang nak di tulis tentang kerjaya suami tapi takut pula menyentuh pihak-pihak tertentu. Bagaimana pun satu hari nanti kak pb akan bangkitkan juga jika keberanian tu ada.

Terus pada resipi semalam yang kak pb buat untuk makan malam kami. Ikan Bakar Portugis ni kak pb jumpa kat blog Nuridah Singapore dan bila search kat google dah ramai yang membuatnya. Kak pb minta izin la ye Nuridah kongsikan kat sini. Katanya resipi dari Chef Wan. Cuma cara kak pb berlainan sikit ketika membuatnya.


IKAN BAKAR PORTUGIS
oleh: bLOG surirumah
sumber: Noridah

1 ekor ikan sulik, bersihkan dan kelar badannya (telah digaram kunyit)
1/2 sudu kicap pekat (ni kak pb lumurkan sekali pada ikan)
1/2 biji air perahan limau nipis (kak pb guna limau kasturi tapi lebih dari sebiji)
Daun pisang
Sedikit minyak masak

Bahan di kisar halus
4 biji cili merah (letak 2 biji )
4 biji buah keras (letak 2 biji)
8 ulas bawang merah
1 batang serai
1/2 sudu teh belacan
1 sudu cili serbuk/cili kering mesin
2 helai daun limau purut (yang ni kak pb tak letak sebab takde stok)

Cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kecilkan api dan masukkan perahan limau, garam dan gula. (garam sedikit je sebab ikan tadi dah digaram kunyit)
Lumurkan ikan tadi dengan sambal yang telah di masak. Balutkan dengan daun pisang.
Bakar menggunakan oven atau panggang seperti biasa.
Kak pb goreng/bakar atas kuali leper menggunakan dapur gas dengan api yang kecil.


Hubby suka sangat, sesuai pula dengan ikan ni......lembut.....lepas ni boleh cuba lagi.

Menyelerakan......walaupun lauk kami semalam hanya ikan ni, sayur lemak kacang dan sambal belacan.

Lucunya kat entry Nuridah tu, tercatit Ikan Bakar Hong Kong......hehe...teringat nak kesana ye masa tu?

9 ulasan:

  1. asslm Kak Zana...wah jauhnya import resepi ni spi ke portugis sna...hehehe...tp ade 1 lagi kepelikan tang ikan tu...Qh xpenah tau pon ikan sulik tu...jenis yg mcm mne yer...ade nma lain x...mmg sulit utk memikirkannya...hehehe

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum kak Zana..

    Wah sungguh terliur tgk isi ikan tu bila dikepek cam tu..huhuhhu..

    Kak, akak org kelantan ker?

    BalasPadam
  3. aaiisshhhh..rasa mcm nk cubit sikit la kak zana..he hehee sy amik resepi kak..:)

    BalasPadam
  4. @Qasey Honey:
    Walaikumussalam QH, mungkin org sabah je panggil sulik, tmpt kita xtau la nmanya.

    BalasPadam
  5. salam kak zana, nak cubit sikit ikan tu boleh, sikiiit jer....hihihii

    BalasPadam
  6. Bley try nie kak. Nmpk menyelerakan. Dgn sambal2 yg mcm ade crispy2 tu. Mmm..

    BalasPadam
  7. saya pernh jugak buat ikan ni kak. sedaaaap sangat. wangi jek sambal salut dia tu kan.. akak nak cubit2 sikit jadik la. ada lagi ke tak. kang saya tanam tulang ikan tumbuh pokok beringin karang sapa yang rugi.. akakkk jugak sebab saya dapat kawin ngan anak raja. ikikiki.. gurau jeeekkk

    BalasPadam
  8. Aduh, bernas sungguh post entri tentang makanan. Anda berjaya buat saya terasa lapar :D

    Nisa'

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)