my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Pau inti Kacang Hitam

Salam sejahtera semua....

Sebenarnya kak pb nak update dari semalam lagi tapi encik hubby guna sepenuhnya pc ni. Dari tengahari sampai petang dia guna. Bila malam, tak larat nak ngadap pc lama-lama. Tak kemana-mana pun semalam, baca suratkhabar (itu pun tak katam) tengok tv, buat kuih pau.

Bila baca ruangan gossip di suratkhabar semalam, menyampah pula kak pb dengan sorang wartawan ni. Ada ke patut dia kagum dengan artis yang bercinta, tidak jalan bersama dikhalayak ramai? Tolonglah gunakan ayat yang lebih sesuai. Kalau kagum dengan keindahan yang Allah ciptakan di mukabumi ini ke.....kagum dengan kelunakan orang membaca ayat suci alQuran ke.....boleh la kak pb terima. Maaf kalau ada yang tersinggung, sekadar pendapat sendiri.

Beralih kita macam biasa, tayang kuih pau yang kak pb buat petang semalam. Resipi dari Yani@myresipi ni memang lembut sangat paunya. Kalau tak silap dulu pernah buat tapi ikut seratus peratus macam Yani. Kali ni kak pb guna tepong lain pula. Menjadi juga dan terima kasih banyak ye Yani.......share kat sini resipinya untuk rujukan kak pb.



PAU (inti kacang hitam) 
@blog surirumah
sumber: yani@myresipi

Kak pb buat 2 adunan sebab nak frozen, senang kalau tetamu datang.
Dapat 19 biji semuanya. Setiap satu 50 gm.

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum - kak pb guna tepung Hong Kong
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk. 
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.(kak pb cover dengan towel untuk mengelakkan air menitis)

Lepas uli-uli, kak pb letak besin pau yang bertutup di tempat yang agak panas. Tinggal kejap pergi beli pisang goreng, lapar.....hujan petang semalam. Kak pb bulatkan adunan tu agak besar juga, kenyang makan sebiji. Hantar rumah orang sebelah 6 biji, lebihnya masuk peti ais, kukus semula bila nak makan, senang. Suka sangat buat pau bila dia naik cantik dan gebu, lebih-lebih lagi kalau guna tepung Hong Kong sebab nampak putih bersih. Inti pula ada yang kak pb letakkan sardin bersama kentang (lebihan buat karipap hari tu)

Alaaaa....lupa nak snap gambar isi dalam pau. Nak kukus pagi ni takde gas pulak!! Macam nak suruh kita cuti masak je.....sebab encik hubby sekolah pagi. Lori gas tak pasti ada lalu atau tidak. Makan maggi kot hari ni, sekali sekala apa salahnya kan?

12 ulasan:

  1. assl Kak Zana...wah gebus gebas pau tu...minta 1 bleh...geram tgk...

    BalasPadam
  2. Salam, Kak Zana... wahhhhhh.. tembamnya.. letak inti banyak2 mesti sedap, kalau beli secoet jer intinya..

    BalasPadam
  3. Kakak nie kalau buat kuih yg guna yis selalu tak gebus macam tu tau... kakak suka pau inti kacang dari kelapa.. tak dapat tengok pun dapat bayangkan...

    BalasPadam
  4. Salam kak zana! kita kalau musim buat pau kita rajin buat pau berhari hari ni skrg dah stop menguli sbb budak2 da sekolah, tp nmpk pau akak ni rasa mcm nak menguli lagi buat minum petang hihihi...

    BalasPadam
  5. Salam kak Zana harap sihat..ada lg pau keeeee kalau ada meh le tukar suka sama suka sy bawakan pau inti pedas ni...:-)

    BalasPadam
  6. Memang gebu mengancam nampaknya pau itu. :)

    BalasPadam
  7. salam k.zana..kat umah atie ni klu buat pau kukus inti kcg hitam/kcg merah mmg xlaku..
    nk tgk cpt habih..guna inti kaya..licinnnn

    BalasPadam
  8. salam k.zana..kat umah atie ni klu buat pau kukus inti kcg hitam/kcg merah mmg xlaku..
    nk tgk cpt habih..guna inti kaya..licinnnn

    BalasPadam
  9. Kak, rare nie. Kacang hitam? Selalu org bt kacang merah. Teringin nak rs...

    P/S - Kagum dgn akak. Tak rmi yg pndi bt kuih pau. Sy? Huh...

    BalasPadam
  10. Zana,
    eee sama kita buat pau semalam..tapi akak guna inti kelapa ajer..laku kejap licin..makan time panas2 gitu.tak dan nak frozen2 nih...

    BalasPadam
  11. nampak sangat gebu pau itu, sedap mkn panas2

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)