my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Serunding Ikan Cencaru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Assalammualaikum, cerah hari selasa ni nampaknya. Tapi hujan dipetang hari sejak beberapa hari lepas. Hinggakan pb pun jadi malas nak update blog, nak jalan2 blog orang pun bukan saja malas, campur dengan kelembapan brokbeng ni........kejap putus, kejap elok. Bila kita tak update blog, elok pula.

Kali ni pb nak share resipi yang pb salin dah lama dalam buku pekasam pb tu. Dari mana pun dah tak ingat. Sebelum ni pb ada pos gambar ke facebook tapi dengan watermark 'serunding ikan tenggiri', tersilap sebenarnya, ikan cencaru. Hari tu beli ikan cencaru besar, hari2 macam bosan pula asyik goreng dan goreng.

Buka buku resipi, jadilah serunding ikan. Walaupun ikan cencaru, sedap juga. Jom tengok resipinya.

SERUNDING IKAN CENCARU

Bahan-bahannya:

1 kg ikan selar kuning - pb tukar ikan cencaru 2 ekor
2 biji kelapa, ambil santan pekat - pb guna secawan santan
1 biji kelapa parut untuk kerisik - kerisik banyak jual yang dah siap tapi pb buat sendiri dan mesinkan.
1 cwn air asam jawa - pb kurangkan
2 sudu besar gula pasir
1 cwn minyak masak - banyak tu, pb kurangkan
garam

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 cm belacan
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan putih
3 batang serai
2 helai daun limau purut (tak letak sebab takde)

Cara membuatnya:
Tumis bahan kisar seperti biasa.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan santan dan air asam, biarkan hingga mendidih.
Masukkan kerisik, isi ikan dan air rebusan ikan.
Kacau semua hingga kering, bab ni memang letih la sebab lama juga tu nak kering.

nota: pb tak ikut sukatan di atas sebab buat sikit je.



Hubby suka serunding ni, boleh makan dengan pulut juga.

Nasi dagang dan ayam gulai kawah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Selamat berhari minggu teman2 sekalian. Sarapan apa dan dimana? Kedai mamak? Pb tak pergi makan tosei hari ni sebab hubby dah cakap awal2 semalam nak makan nasi dagang. Jadi, seawal pagi (5 pagi) pb dah bangun masak ayam gulai kawah. Beras dah rendam dari malam.

Resipi kali ni pb ambil dari alma@myresipi, terima kasih ye. Cuma pb ubah suai sikit. Lauk ayam tu pun pb guna rempah gulai kawah (orang kelantan mesti tau). Pb copy paste resipinya di sini.

NASI DAGANG, AYAM GULAI KAWAH
resipi asal : alma

  • --->Bhn nasi dagang<---
  • ½ kg beras nasi dagang
  • 1 genggam beras pulut
  • 3 ulas bwg merah + 2 ulas bwg putih + 1.5 inci halia + 1btg serai(semua dihiris nipis & kecil2)
  • ¾ cawan pati santan
  • 2sdk halba (fenugreek)- yg ni pb takde
  • (serai dititik saja)

  • --->Bhn gulai ayam masak darat<---
  • ½ ekor ayam (potong ikut saiz disukai)
  • 2 sdb rempah/awas darat- pb taktau rempah ni macam mana, pb guna rempah gulai kawah
  • 2sdb kerisik (fried grated coconut)
  • * 6-7 ulas bwg kecil
  • * 3-5 ulas bwg putih
  • * 1 – 1.5inci kunyit hidup (turmeric)
  • * 1 – 2 inci lengkuas (galangal)- takde jugak
  • :: semua bhn2 * ditumbuk/kisar halus ::
  • 1½ sdb (atau lebih) cili kering kisar (atau pun cili kering dikisar sekali dgn bhn2 di atas).
  • 1sdk biji ketumbar (coriander -disangai sekejap kemudian ditumbuk halus).
  • Santan kelapa (utk kuah, airnya agak2 supaya ayam semua terendam dalamnya)
  • Cili muda dan/atau merah (belah dua) 
  • (pb tambah asam keping)
  • --->Bhn sambal kelapa (atau dipanggil sambal “nyo”)<---
  • Kelapa parut dalam ½ - ¾ cwn
  • 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + ½ inci halia + 1 batang serai (semua dihiris nipis2).
  • Sedikit manisan(ganti gula melaka jika tiada) & garam 
  • (yang ni pb tak buat sebab dah ada serunding ikan tempohari)

Cara-cara

  1. --->Cara masak nasi dagang<---
  2. Rendam beras nasi dagang + beras pulut semalaman.
  3. Kukus beras hingga empuk/masak (Tiap kali masak lupa nak setkan masa, mgkn dlm 40minit kut).
  4. Bila dah ready, bawa keluar dr kukusan, letak nasi dagang tu dalam mangkuk besar.
  5. Arun beras dgn santan, dan bhn2 hiris serta halba. Siap arun, masukkan balik dalam kukusan, kemudian kukus semula dalam 10-15min. Bila siap kukus, angkat dan letak dalam mangkuk.

  1. --->Cara masak gulai darat ayam<---
  2. Dalam periuk/kuali, masukkan dulu rempah/awas darat, bhn2 kisar bertanda *, serbuk cili dan serbuk ketumbar, serta campurkan 3sudu besar santan. 
  3. Kemudian baru nyalakan api dapur, kacau2kan bhn2 dalam kuali/periuk tadi buat beberapa ketika, bila dah bercampur sebati dan agak2 mendidih sekejap baru masukkan santan ke semuanya.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata. Bila ayam 3/4 masak, tambah kerisik, garam & gula secukupnya. Dan tmbh cili muda, then biar kuahnya memekat sikit dan ayam empuk baru angkat. 

  1. --->Cara buat sambal kelapa<---
  2. Campurkan kelapa & bhn2 hirisan dlm kuali dan gorengkan tnpa minyak. Dgn api sederhana, kacau2 tanpa henti buat 2-3min.
  3. Kemudian tambah manisan & garam, rasa utk dptkan rasa sambal tu masin2 manis. Kacau2 buat 1-2min dan angkat.
  4. Bila sambal dah kurang panas sket, kisarkan tp skejap aje, jgn smpai halus.

 Ni la nasi dagang kita yang dah siap. Letakkan timun jepun dan serunding ikan.



Makan dengan BUDU yang pb masakkan dahulu, tumis dengan cili kering, bawang dan cili hidup. Tambahkan sikit gula serta air biasa. Titikkan serai sebatang (ni mak mertua ajar). Hubby suka sangat sebab semenjak kahwin, ni kali pertama pb hidangkan budu macam ni. Biasa dia makan gitu je. Anak bujang pb pun ikut macam ayahnya, siap siram kat nasi putih tu.......


 Baru angkat dari kukusan......




Ayam gulai kawah ni pb tambahkan kentang 2 biji dipotong empat. Masak dengan api kecil, biar ayam betul2 empok dan kuah memekat, pasti jilat jari!!

Takde orang?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera di petang jumaat yang mendong. Tadi pagi panas terik, sampaikan kena berspec hitam pb ni. Bagaimanapun itu tak bererti akan hujan, kan?

Korang biasa tak berurusan dengan pejabat yang takde orang? Waktu masih pagi, belum pukul 9 pun tapi orang takde kat kaunter. Cuma tv terbuka dan di tunggu oleh sofa2 empok.

Semalam pb ikut hubby ke pejabat Jakim. Dia nak apply guru di sekolah agama kat kawasan kami tinggal tu. Memang kekurangan guru sekarang ni. Sudah la parking jauh, silap information pula, sepatutnya di blok A tapi ada orang bagitau kat blok B. Sampai je kat kaunter, orangnya takde. Tanya pekerja yang keluar masuk bilik tu, mereka ada 'pengajian' dalam bilik. Takkan semua2 kot? Sepatutnya kena ada yang ganti atau letakkan papan tanda depan pintu masuk. Tak la menyusahkan orang yang datang dari jauh tertanya2.

Pejabat cantik pun tak guna kalau cara bekerja hanya mendatangkan kesulitan pada orang ramai. Kadang2 kita nak cepat, kejar masa ada hal lain, bukan hari santai2 macam hari minggu.


Donut kentang Fatmah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Kasi 'bakar' dulu dengan foto kat bawah ni........
dah telan air lior? jom tengok resipi pulak!
*
*
*
*
*
*



Ingat nak publish donut ni semalam lagi (tapi semalam kan WW, hold dulu). Tambahan pula macam2 masalah mendatang, dengan broadband yang lembap (apataknya, belum bayar....hehe), sekarang dah bayar......tak tunggu gaji pun. Memang kena block kejap ler.....

Donut kentang ni bagi pb memang sedap berbanding dengan donut biasa-biasa tu sebab ada rasa kentang. Maklum ler......pb ni memang suka kentang. Kat dapur wajib ada. Cuma anak pb tak berapa suka, katanya kering. Banyak la songeh budak tu......sebenarnya dia nak donut yang ada inti dalamnya. Macam dunkin donut.....dia ingat ibu dia chef ke hape?

Resipi ambik kat rumah IZAH dan ada juga skoding kat rumah DAPURMAS, minta izin copy pas
te ye!

DONUT KENTANG FATMAH
Resipi asal : Fatmah
Bahan :
  • 500 gr tepung terigu protein tinggi (tepung gandum)
  • 50 gr susu bubuk (serbuk)
  • 11 gr ragi instant
  • 200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
  • 100 gr gula psir
  • 75 gr mentega
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur
  • 100 ml air dingin
Cara membuatnya :
  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
  2. Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
  3. Mas masukkan semua bahan dalam bm dan setelah siap diuli, Mas rehatkan adunan selama 20 minit.
  4. Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  5. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  6. Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.



Pb buat separuh adunan, kang buat banyak, jenuh pula nak mengabiskan. Itu pun separuh pb frozenkan. Donut ni memang sesuai kalau kita nak cepat, takyah tunggu lama2.......yang kelakar tu, pb selak dua tiga kali adunan yang dah dibentuk, macam tu jer tak naik. Susah hati jugak tapi teruskan, alhamdulillah bila dah goreng, elok je naiknya!

Kawan2 yang rajin mencuba resipi, boleh la cuba ye.



WW (4) yang terlewat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Broadband buat hal......
rupanya, mintak di bayar....



11 tahun berlalu, kini bertemu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ahad 19 Feb, 2012.
Ketika pb disatukan dengan suami dulu, pb hanya ada dua orang sahabat yang menemani saat suka dan duka itu. Tiada teman lain disamping pb kerana pb tidak bersedia untuk berkongsi kegembiraan lebih-lebih lagi ketika airmata menitis kepipi kerana hal tertentu.

Kawan inilah teman pb bermasam muka, bertekak, berkecil hati, berkongsi makan dan minum. Berkongsi rahsia peribadi yang tersimpan kemas dalam lipatan kenangan. Ketika kami menyambut ulangtahun perkahwinan, dia terbang ke Sabah untuk bertugas jadi ini peluang keemasan untuk kami bersua muka.

Oldtown White Coffee menjadi saksi....ewah...mcm bercinta pula...(hubby aku kalau ambik gambar main belasah je).Sempat la bawa dia ke Gaya Street, itu pun separuh jalan je sebab hotel dia menginap dah dekat situ. Pb pun takde beli yang special untuk dia sebab......faham2 je la.....belum gaji. Tapi ada juga buah tangan sebagai kenangan. Harap Ila suka.




nota pb: ralat, tulisan pb tentang IKAN SULING, sebenarnya silap. bukan SULING tapi SULIK.
setelah kami siasat dan dengar betul2 sebutannya dari kawan2 dan tokeh ikan, harap maaf.

Ulangtahun kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ahad 19hb Februari, ulangtahun kami yang ke.......

Hidup kami tidaklah mewah, tak macam Siti Nurhaliza, sambut ulangtahun diluar negara.
Rumah kami rumah teres biasa, takde banglo.
Kereta kami buatan Malaysia, bukan kereta import yang jenamanya gah seluruh dunia.
Kami makan di restoran yang biasa-biasa, bukan hotel atau restoran lima bintang.
Baju kami beli di pasar malam atau bila ada sale murah.

Hubby ku tak kacak dan gagah macam Malek Nor atau Adi Putra.
Rupa ku pun tak semulus dan segebu Ziana Zain yang mampu cucuk kolagen.
Anak ku cuma seorang, tak macam keluarga orang lain yang riuh rendah.
Kami kenduri dulu2 pun tak semeriah orang sekarang.

Tetapi.....
Kami bahagia, alhamdulillah......tidak menyusahkan sesiapa selama perkahwinan kami.
Dan kami berterima kasih pada mereka2 yang senantiasa mendoakan kebahagiaan rumahtangga kami terutama sekali ibu ku, keluarga ku dan keluarga suami ku.

Moga ikatan ini berkekalan hingga akhir hayat kami...




Lepat Pisang Emas atau belebat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera, biasa dengar 'belebat'? Kalau tak silap pb, orang Johor panggil belebat ni lepat pisang. Lama tak guna belebat sejak meninggalkan tanah tumpah darah ku ini. Sekarang lidah dah kaku nak sebut belebat, asyik lepat....lepat.....

Petang semalam, pb paksa hubby ambik daun pisang belakang rumah. Dengan kain pelikat, dia pun bawak parang, tebas sehelai daun je. Aik? cukup ke ni? Pb buat cukup2 daun je, lebih tu buat lempeng.

Resipi takyah berjela la ye. Senang je, tumbuk pisang tu (kopek buang kulit), masukkan gula putih atau gula melaka, masukkan tepung gandum. Pb letak santan sedikit. Boleh juga susu cair, taknak letak pun boleh. Ada orang campur dengan tepung sagu sikit kan? Kacau2 sebati, dah siap. Bab bungkus daun pisang tu, pandai2 korang la ye........pb dulu pun terkial2, sampai koyak daun pisang. Taknak koyak, layukan dulu daun pisang kat api. Kemudian kukus beberapa minit.




Saje buat lembik sikit, biar terasa pisangnya. Kalau kat tempat pb ni jangan harap la nak jumpa lepat pisang yang sedap, lazat dan 5 bintang. Melainkan kita buat sendiri. Bukan nak kata orang sini tak pandai buat kuih, tapi memang betul, susah nak jumpa yang memuaskan hati.

Sebelum ni pb pernah beli karipap agak sedap jugak la kat pasar tamu. Kita orang dah mark gerai tu, asal pergi je mesti cari dia. Tapi sekarang ni dah lain pula jadinya, keras kejong....tah hape-hape...

Kek Red Velvet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Sebenarnya pb nak buat kek lain, tapi terbuat kek ni pulak. Dari dulu tengok orang buat, tak teringin pun.......sebab tak dapat bayangkan macamana rasanya tu. Selalu pb layan Cake Boss, hari2 tengok dia mendeco pelbagai kek, siap berangan nak buat macam dalam tv.....hehe....berangan je....

Semalam, lepas hubby pergi sekolah, pb pun meronda la rumah kawan2 blogger. Ramai yang dah buat kek ni dan pb fikir bahan-bahan ada dalam rumah, apa salahnya mencuba, kan? Pb cuba bandingkan resipi setiap blog yang pb jelajah, cari yang mudah. Pb pergi blog Ijan blogresipiAyu, dan ramai lagi yang dah buat. Pb je tertinggal keretapi......
Resipi ni pb ambil dari blog kawan baru Norli my happyoven sebab senang pb nak ingat dan ada juga yang pb tambah mengikut resipi orang lain. Halalkan ye.....pb share disini.

RED VELVET CAKE

Bahan A:
2 1/2 cwn tepung kek/superfine (pb guna tepung gandum je)
1 1/2 cwn gula castor
1 sudu kecil soda bikabonate
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbok koko
(semua bahan diayak)

Bahan B:
1 1/2 cwn minyak sayur 
1 cwn butter milk
2 biji telor gred A (suhu bilik)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanila

Butter milk - 1 cawan susu campur dengan 1 sudu besar cuka makan. Biarkan 10 minit.
(pb guna susu cair, takde susu segar)

Cara membuatnya:
Pb ikut je macam Norli buat. Bahan A satu mangkok, bahan B satu mangkok lain.
Mesin bahan B hingga sebati dan masukkan bahan A perlahan2.
Kisar dengan kelajuan sederhana.
Guna loyang berukuran 9 inci dan lapikkan dengan kertas. Gris dengan minyak/butter.
Kalau ada 2 loyang lebih senang rasanya, tak payah nak potong dua kek tu.
Bakar pada suhu 175C. Pb bakar lebih dari 1 jam sebab guna satu loyang

Untuk frosting, macam biasa. Pb guna 250 ml whipping cream, 200 ml cream cheese dan 1/2 cawan gula castor. Kisar ketiga2 bahan tadi hingga sebati. Sapukan pada tengah kek yang telah di potong dua dan juga keliling kek.

Inilah hasil yang tak seberapa jika dibandingkan dengan kek kawan2 blogger yang lain.



Kek belum betul2 sejuk dah potong untuk hubby sebagai kenangan. Lepas tu masuk balik peti ais. Malam baru kami makan. Memang sedap sangat, kena pula frosting krim cheese tu.

hehe....tak cantik....tapi boleh la daripada beli kat luar yang kita tak tau bersih atau tidak.

Happy birthday Encik Nurulfahmi!! Walaupun kek agak kegadisan rupanya, ok la kan, daripada takde. Lepas ni ulangtahun perkahwinan kita pulak. Dua hari je lagi nak sambut.....gaji belum lagi....huhu...nampaknya candle light dinner kat Pondok Burok kita je kot?

Happy birthday suami ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Semoga dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki hendaknya. Hanya ini santapan kita dipagi hari, untuk mengeratkan lagi kasih sayang kita sekeluarga.

Si bujang kecik taknak sekolah tadi, katanya nak cuti sempena birthday ayah. Tapi tak dibenarkan, cuma sekolah agama nanti diberi kelonggaran.


Wordless Wednesday ke 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Tak terkata, memamg mengecewakan......dugaan di bulan februari..kena keluar semula yang lama....

Takde mood + malas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pb rasa tak sedap badan hari ni. Sakit mulut, sakit tengkok (mungkin salah tidur), sakit tumit......mood pun agak sedih je beberapa hari ni. Agak terkilan dengan seseorang yang tak endah dengan pb tapi bukan la hubby. Tak apalah, ni masa kita, tengok esok2 dia cari tak.....

Nak melepak je hari ni......


Moga tabah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Beberapa hari yang lepas pb dapat berita makcik hubby kena operate sebab cancer hati. Sekarang ni masih dihospital. Terkilan juga tak dapat menziarah dia. Bagaimana pun jika ada peluang ketika balik kampung nanti, kami akan cuba jengok juga.

Apa2 pun pb harap dia tabah dan pb tahu dia seorang perempuan yang kuat semangat, macam kakak dia (mertua pb). Jangan fikir pasal kerja atau perkara lain yang tak penting tu. Fikirkan kesihatan diri sendiri dulu ketika ini.

Kami doakan dari jauh, moga aunty cepat semboh dan ceria seperti dahulu. Allah menguji hambanya tidak melebihi dari kemampuan dia. Pasti ada hikmah disebaliknya.


Nak cari info tentang cancer hati....

Nasi lemak daun pisang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Selamat berhari minggu semua. Sarapan apa agaknya? Pb buat nasi lemak je tapi teringin juga berbau daun pisang. Anak pb suka sangat nasi lemak daun pisang..........hari ni ibu dia rajin yang amat!

Maaf, nasinya dah kena sendok.....

Roti goreng inti udang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Sabtu lagi........anak pb kena sekolah. Tinggal berdua ni mula la nak memikir apa nak buat selain tengok tv, Nasi Lemak Kopi O (lebih suka hari ahad punya) Rancang nak buat karipap sardin frozen, order dari makcik. Ikan dan udang dah keluar dari 'pertapaan', macam nak masak awal je......

Sarapan pagi ni pb buat roti berintikan udang, lepas tu goreng salut dengan tepung. Sedap juga sesekali ubah selera dengan udang. Sebelum ni gunakan sardin, peanut atau kaya.




Udang di buang kulit dan cincang halus
Serbuk lada sulah
garam
(gaul sebati)

Sesudu tepung jagung
3 sudu tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh planta
air untuk membancuh
4 keping roti


Cncang udang dan gaulkan dengan lada sulah dan sedikit garam.
Potong tepi2 roti dan bahagi dua (segitiga bentuknya)
Letakkan inti udang atas roti.
Cover sekeping lagi atasnya.
Celup dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas.
Bila keemasan warnanya, boleh diangkat.

Senang je.......rangup, sedap dan mudah menyediakannya. Boleh bawa bekal anak2 kesekolah atau kepejabat. Tapi anak pb taknak bawa bekal. Kalau bawa pun, dia selalu lupa nak makan. Makanan kat sekolah pula bukan kesukaan dia. Habis2 pun dia beli air kotak je. Susah betul kalau anak cerewet ni......



nota pb: ni tulis pagi tadi, baru dpt publish, sibuk kehulu kehilir.....dlm rumah je..

Daging goreng sos tiram

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Salam sejahtera dipagi Jumaat yang mulia. Sekejapnya masa berlalu, uruskan sekolah hubby dan anak, masak, menggosok, membasuh (takde makan angin ye) dah masuk tengah bulan februari. Tak lama lagi birthday hubby, lepas tu annivesary kami yang ke....... pulak. Lepas tu birthday anak, berderet2 nak menyambutnya. Tapi seperti biasa kami buat simple je, mungkin buat pulut kuning dan doa selamat yang dibaca sendiri oleh hubby. Janji bahagia.

Ok la, panjang pulak mukadimah, takde sape peduli zana oiii......ko celebrate ke tak, bukan artis pun. Ni daging masak petang semalam. Simple je lauk kami.

Daging potong nipis dan perap dengan bawang putih, halia, sos tiram, sedikit garam dan gula merah/melaka.
Goreng dengan minyak yang sedikit, guna api kecil. Biarkan reneh hingga empok.
Masuk 2 sudu besar sos tomato dan serbuk lada hitam.
Tambah sos tiram jika suka.
Potong bawang besar dan cili merah, masukkan ketika daging sudah empok.
Tambah sedikit gula.



Surah At takaatsur, maknanya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ancaman Allah terhadap orang yang lalai dan bermegah-megah.
Maksud atau tafsirannya :-

1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.
2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.
3. janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan itu)
4. dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.
6. Nescaya kamu akan benar-benar melihat neraka Jahanam.
7. dan sesungguhnya, kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin'
8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan
   di dunia itu)
  

Maksud ayat 1, bermegah-megah ialah:
  Bermegah-megah dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya.

Maksud 'ainul yaqin' ialah:
  Ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.



nota pb : hanya ingin berkongsi, jika silap tolong tegur

petikan dari Al-Quran dan Terjemahannya, Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir AlQuran.

Talam lapis keledek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Walaupun semalam hampir kecewa kerana talam lapis keledek pb 'terbantut' kerana kehabisan gas tapi akhirnya menjadi juga setelah hubby bawa balik gas. Cuma bahagian atas yang kurang menarik, lapisan dah ok. Rasa pun sedap, berketul2 hubby makan semalam petang. Tak tunggu betul2 sejuk pb dah potong.



Resipi masih dari kak wan, boleh tengok SINI, ada tak rupa kuih kak wan? hehe.....sikit lagi nak sama kan?

Pb kongsi kat sini pula....

Kuih Lapis Keledek Ungu

250 gm tepung beras
70 gm tepung ubi
250 gm gula pasir
450 ml santan pekat
450 ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan (pb guna paste pandan)
200 gm keledek ungu, rebus dan lecek
pewarna ungu (pb tak guna ungu, guna merah)
Loyang 8x8 di gris dengan minyak

Cara membuatnya:
1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkok besar. Ketepikan.
2. Masak santan, air, daun pandan, garam dan gula hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
3. Tuang dalam mangkuk berisi tepung dan kacau dengan cepat hingga sebati.
4. Ambil 300 ml adunan dan masukkan dalam keledek lecek, kisar dengan blender.
5. Satukan dengan adunan tadi, kacau rata dan tapis.
6. Bahagikan 3 bahagian tapi pb bahagi 2 saja.
7. Panaskan pengukus dan ambil 150 ml adunan, tuangkan dalam loyang. Kukus 4 minit.
8. Ulang proses hingga selesai.
9. Untuk lapisan yang terakhir, tutup pengukus dengan aluminium foil atau towel dan kukus selama 25 minit.
    Boleh dipotong bila dah sejuk.

* pb tak ikut sangat cara kakwan.



nota pb: selesai tugasan mengabiskan keledek dalam peti, lega...

Talam keledek yang mengecewakan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Hari ni mood pb baik je pagi2 tadi. Merancang buat talam keledek kaler purple yang menawan hati.......ops.....talam lapis keledek dari kak wan. Bahan semua dah bancuh dan dah bahagi 2 kaler. Tapi........

Bila sampai lapis yang kedua terakhir, tiba2 gas pb habisssss.........uwaaaaa....kuih ku jadi mangsa. Cuba guna dapur letrik, tak boleh juga sebab dapur frico tu nak periok dia saje. Akhirnya talam tu terbiar, bawah dah masak, atasnya cair. Talipon orang jual gas, tak boleh hantar katanya.......huhu.......tension betul. Rancang nak buat laksam pun kena cancel.  Terpaksa tunggu hubby balik. Biasanya kat taman ni senang dapatkan gas, selalu lalu lalang dengan lori, tinggal lambai je. Tapi bila kita perlu, haram tak nampak.....

Cuti. ...kami punggah barang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Hari cuti begini pb tak kemana pun, masak lebih kurang je, nasi lemak dan ayam goreng. Pepagi kami berdua merancang kemas rumah, alih perabot yang kat ruang tamu hantar kedapur. Kasi lapang rumah baru sedap lepak2 depan tv. Nak mob pun senang. Pinggang dah sakit, tangan naik kering kena sabun sepanjang masa. Hubby pun bantu sama......baiknya dia hari ni.....semalam tolong isteri masak untuk orang tempah doa selamat. Alhamdulillah, rezeki Allah beri.

Cuti begini sepatutnya boleh blog walking tapi pb rasa macam serik dan kecewa sikit. Ada setengah blogger yang agak popular (dah tentu ler follower beribu) tak sudi nak jengah blog kita walaupun kita kerap komen kat blog dia. Mengecewakan lagi bila pb terserempak dia komen diblog orang lain, ada masa pula?

Agaknya kalau follower pb dah ramai macam dia orang, pb pun bersikap gitu juga ke? Harap2 pb tak mudah lupa dan akan sentiasa menghargai teman2 blogger.

Beri peluang kedua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam Maulidurrasul....

Pb pasti kawan2 semua terutama kaum ibu menghadapi masalah seperti pb. Botol air. Setiap awal tahun baru mesti ada belikan anak2 botol air mereka untuk bekal kesekolah kan? Begitu juga pb dan suami. Botol air dah puluh2 botol beli dari harga belas2 ringgit hingga ke harga paling murah. Dari usia 4 tahun sekolah hinggalah sekarang, tak terkira banyaknya. Semuanya hilang, tertinggal, kawan ambil, botol pecah, penyedut patah le......geram betul la.

Baru2 ni beli awal tahun, pun pecah bawah botol katanya kawan yang minum terhempas kelantai. Pb ganti pula dengan botol kami yang biasa bawa dalam kereta, pun tinggal juga. Sudahnya pb yang naik angin ni dah tak larat nak rotan ke, nak marah ke......cuma urut dada....sabo je la. Hubby kata, nak buat macam mana? itu semua perkara biasa bagi budak2 sekolah rendah. Kata dia yang sebagai guru, dia pernah kumpul botol air dalam satu plastik besar, simpan disekolah kalau2 ada yang datang cari, tapi takde siapa yang tuntut. Nama pun budak2.......tak apa la, kita beri peluang kat dia. Mungkin dia lupa, cuai, kelam kabut atau belum matang lagi. Bagi dia, botol air tu tak berharga sangat.

Satu lagi perkara pb nak kongsi disini dalam soal 'beri peluang kedua' ni tentang sikap manusia seperti kita. Mudah benar menghukum seseorang yang dulunya jahat, buruk perangai. Bila orang tu dah berubah sedikit demi sedikit pun masih tak boleh terima. Seolah2 kita tak pernah buat silap. Perkara ni berlaku dalam kehidupan teman2 hubby. Dia selalu di perli kerana baik dengan seorang guru yang dulunya tak disukai oleh semua orang. Tapi hubby tak sampai hati nak pulaukan dia. Rasa kasih sebagai seorang kawan dan sesama Islam yang buatkan dia selalu beri nasihat pada kawannya tu supaya berubah. Tunjukkan pada orang lain yang dia juga boleh jadi seorang yang berguna, lebih2 lagi sebagai guru.

Tapi menyedihkan bila hubby selalu di perli, di ketawakan dan jadi bahan umpatan (mungkin) Dia kecewa dan marah namun tetap pekakkan telinga, pb takut kesabaran itu tidak ada hadnya. Mereka tidak terfikirkah seandainya dalam keluarga mereka ada spesis seperti yang mereka gelakkan tu? Apa tindakan mereka? Adakah biarkan saja orang memijak, menghina, mentertawakan saudara sendiri?

Lu fikirlah sendiri........

Koleh Kacang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makalah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halalgi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pb selalu berangan nak makan kole kacang tau. Kakak pandai buat tapi pb tak belajar dari dia. Hari tu belajar buat kaswi je masa balik semenanjung. Area tempat tinggal pb ni takde orang jual kole kacang. Jadi pb cuba resipi dari kak wan yang meriah dengan pelbagai masakan tu.

Mula2 pb buat tahi minyak dulu, first time buat tahi minyak ni. Kena rajin kacau, kekadang tinggal jugak sebab layan cerita kat tv. 



Kuali pb ni kan, dah berusia lebih 10 tahun. Usia dia lebih dari usia perkahwinan pb. Lebih mengharukan lagi kuali ni pb cilok dirumah emak. Masa tu baru2 kahwin mana ada kuali dalam simpanan. Orang bagi hadiah kuali pun tak sebest kuali ni tau.......mungkin sebab emak yang punya.


Pb guna tepung kacang ni. Ini pun first time beli. Iye la, kalau takde nak buat koleh kacang, takde makna nak beli tepung ni. Sekali guna untuk seloyang koleh kacang berukuran 10 inci.


Tadaaaaa.....cantik tak koleh kacang pb. Masa menggodeh tu, alamak......naik lengoh tangan ni sebab dapur pb tinggi, orangnya pulak 'rendang' je. Kena godeh sampai adunan likat dan nampak berminyak tapi pb tak boleh tahan, agak2 dah nampak kilat je pb pun angkat dan terus masuk dalam loyang yang dah ada minyak lebihan buat tahi minyak tadi.

Terima kasih pada Kak wan dan pb sertakan link disini untuk teman2 yang nakkan resipi ni.
Layari Citarasawan, mudah dan confirm sedap. InsyaAllah.

Ikan suling? sedaaaaap!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Orang Sabah kata, ikan ni, ikan suling. Entah kenapa diberi nama tu, jangan tanya pb la ye. Tokeh ikan tu yang kata. Hubby memang baik dengan beberapa orang penjual ikan. Maklum la, dia mengajar di pulau dan majoriti penduduknya nelayan.

Ikan ni tidaklah mahal sangat. Kira mampu beli. Boleh dikatakan setiap kali kepasar KK, kami akan cari ikan ni. Bila tak ada musim, susah nak jumpa. Mula2 dulu rasa pelik tengok rupanya tapi bila dah rasa......ermmm....hari2 nak makan.



Kalau sedang2 sedap digoreng, garamkan dengan kunyit hidup. Lebih sedap dibelah2kan ikan tu, barulah meresap kedalam rasanya. Aaah....takkan cara garam kunyit ikan pun nak tunjuk, kan? Macam la orang tak reti, saje pb nak bagitau. Dulu2 pun pb tak reti goreng ikan, tengok orang kelar ikan tu, tertanya2 kenapa agaknya.

Ikan suling ni digoreng begitu saja pun sodap, makan dengan nasi panas......errr...piring lama pb tu jangan ler perati sangat ye! Dah nampak retak seribu. Sesuai letak kat muzium.


Masak sambal pun ok juga. Seekor untuk masak sambal, seekor goreng gitu je untuk sibujang kecik. Cukuplah lauk untuk hari ni, dipadankan dengan tomyam dan sambal belacan.

Akhir2 ni selalu ada blogger yang tersilap panggil kakzana, kenapa eh? Takpe, tak marah pun, lucu ada la.....biasalah kalau tersilap kan? Sibuk dengan memasak, anak2, layan suami lagi......lepas tu nak update blog, tu yang terkonpius agaknya.....hehe....

nota pb: pb tak jawab komen ye, nanti pb pegi blog dan jawab kat sana....terima kasih sudi jengah sini.

Yogurt Nestum Pancake

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera di hari Rabu yang sekejap panas, sekejap mendung. Dua tiga hari ni pb tak selalu dapat blog walking. Update blog pun macam nak taknak je. Ni sambil2 tengok drama "Chinta", jari sibuk menaip. Pagi ni pb cuba buat Yogurt Nestum Pancake, resipi yang hubby dapat ketika membeli yogurt nestle. Rasanya lebih sedap dari pancake biasa yang pb buat. Lembut.......dan pastinya berkhasiat kerana kandongan seratnya.

Pb share resipi disini......

YOGURT NESTUM PANCAKE

Bahan A:
150 gm sifted plain flour
1/2 cup Nestum Original Cereal
2 tablespoons castor sugar
3 teaspoon baking powder

Bahan B:
1 egg, lightly beaten
150 ml water
100 gm Nestle Natural Set Yogurt
1 teaspoon cooking oil
1/2 teaspoon vanilla essence

Cara-caranya:-
1. Campurkan bahan-bahan A didalam sebuah mangkuk dan dengan perlahan-lahan campurkan bahan B.
2. Kacau rata sehinngga bater menjadi sebati dan pekat.
3. Panaskan kuali yang tidak melekat dan letakkan satu senduk besar bater di atasnya.
4. Balikkan sehingga masak atau kekuningan.
5. Boleh makan bersama jem strawbery, kaya atau madu.





Saje tepek butterfly tu sebab nak lindung sedikit keburukan pada pancake, bukan hangus tapi lebihannya.


Pb makan dengan Naturel sapuan lembut dan kaya, sedap......lembut macam roti je.