my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Pondan atau lelaki lembut, kawan anak ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ketika ni (pb tengah update blog) Liverpool sedang berperang dengan Arsenal. Asal sabtu je bola, asal sabtu je.....bola. Terpaksalah beralah, dulu ada dua astro, kami potong dan pasang arial biasa, tak dapat tv9. Anak pb sorang terjerit2 bila Liverpool leading 1-0. Ayahnya keluar jumpa kawan, selalu mereka berdua ngadap game tu. Pb tak minat sangat.

Cakap pasal anak bujang pb ni, setiap hari balik dari sekolah selalu merungut. Katanya dia duduk bersebelahan dengan budak lelaki yang berperwatakan lembut, sebiji perempuan. Pernah dia minta tukar sebab tak selesa dengan orang yang macam tu. Pb tanya, macamana perangai dia? Katanya suka mengadu, suka busy body, sikit2 report cikgu sampaikan cikgu pun malas nak layan. Anak pb kata mulut dan matanya macam orang perempuan, berbulu mata lentik dan bibir yang muncung. Gaya pun agak 'gedik'.

Anak bujang pb tanya, ibu suka ke Aziz berkawan dengan pondan? Haip!! pb selalu marah kalau dia sebut 'pondan'. Apa salahnya kawan dengan pondan, cuma jangan terikut2 perangai dia. Pondan atau lelaki lembut pun manusia macam kita, ada perasaan. Mungkin satu hari nanti jika kita tiada kawan lain, entah2 silembut itu pula yang jadi teman baik kita, siapa tahu. Si lembut tu pun belajar boleh tahan pandainya.

Biarlah orang nak kutuk Aziz kerana si lembut tu selalu follow mana2 dia pergi, sebab takde kawan lain.

8 ulasan:

  1. salam akak...bagus akak bg pesanan cam gitu kat ank akak,yer la kn..lembut ke,kasar ke..deorg pon manusia biasa jgk kn...cuma jgn terikut2 je kn...

    BalasPadam
  2. wslm...itu la, setakat berkawan takpe.

    BalasPadam
  3. Salam PB, betul tu..sekadar kawan xper..bukannya mengikutnya.hehe

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. asalam pb,
    setuju betul dgn entry pb ni..sekadar kawan tak apa jangan terikut2 sudahlah kan..

    BalasPadam
  6. @intanfirdaus247:
    Wslm intan....cuma dia malu sb budak tu gedik sgt.

    BalasPadam
  7. @Ayu:
    Wslm ayu, terima kasih ye dik.

    BalasPadam
  8. A`ah. Mrk pun manusia biasa. Selain keluarga, kwn juga boleh jdk pendorong utama mengajak mrk berubah menjadi yg sepatutnya...

    Kan kak?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)