my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puding Karamel tanpa telur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Baru dapat bertenet, letih asyik ulang alik kedapur, bilik, ruang tamu......huhu....orang bercuti sekolah, kita ni tugasan sama je. Dah la tak sempat nak cuti2 Malaysia, bukan tak sempat...ongkosnya dah kena ngap dengan kereta kami yang asyik buat hal. Bagaimana pun pb tak kisah sangat. Takde la nak membebel kat suami tak bawa bercuti. Kesian kat dia kalau isterinya merungut. Mana ada suami yang taknak bawa famili bercuti kalau tiada masalah, betul tak?

Dah tak kemana2 tu asyik nak makan je. Demam2 pun selera masih macam biasa, bukan pb la......orang sebelah tu. Jadi pb buatkan puding karamel ni. Sebelum ni biasa juga buat tapi pb guna agar-agar dan resipi dari myresipi. Kali ni pb ikut resipi Along Roz yang cantik jelita. Minta izin copy paste ye long.....

PUDING KARAMEL TANPA TELOR
(EGGLESS CARAMEL PUDDING)
 sumber: Along RozHomekreation

Saiz: 9" Round
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel
10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*
2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur)

CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.

2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.

3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.
Sejukkan dlm petiais.




Kali ni pb guna jelly segera. Kalau agar-agar segera pun sedap dan senang nak potong. Jelly ni agak susah nak dipotong dan diangkat ke piring cuma rasanya lebih sedap, lembut.....macam makan taufu fa.



Ada lagi dalam peti ais, tinggal sikit untuk anak bujang yang bermalam di rumah Opahnya.


nota pb: mula2 ingatkan tak jadi sebab nampak bergoyang2 bila di angkat,
tapi bila dipotong, cantik je.....alhamdulillah menjadi.

6 ulasan:

  1. ingat nak try la buat esk.Rasanya kat dapur sume bahan2 ada,cuma susu cair je kena beli.tak penah lg buat ni.

    BalasPadam
  2. Salam kak zana! kita kalau puding2 mmg akn carik yg takde telo sbb kita sensitif sikit kalau ada bau2 ayam kat puding terus tak jadik nak makan ehehe.... kita mmg jarang buat puding yg ada resepi telo, tgk case jugak, kalau sedap kurang bau ayamnyer kita buat :D

    BalasPadam
  3. @ijayuji:
    Wslm Ika....org2 tua lg tak suka telur kan?

    BalasPadam
  4. @Aesya Zealous:
    Baru teringat aesya, terjengol hari ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)