my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Soto Makasar - JJCM

Pernah makan soto makasar? Pb belum pernah makan yang ori punya dan beberapa hari lepas, kami melepak kat satu kedai area KK selepas ke pasar. Kawan2 hubby kata kat situ soto makasar paling sedap. Memang lain dari yang lain pb rasa. Dalamnya ada kacang tanah, daging lembu dan perut sekali. Alamak....pb tak makan perut lembu ni. Sambal dia tu merah menyala pb tengok, tapi tak pedas langsong. Ada juga dihidangkan dengan pulut berinti tapi pb tak makan pun. Pb ni jenis yang agak susah nak makan benda pelik2 kat kedai orang. Macam mana la nak pergi luar negeri kan? Kalau hubby tu semua dia bedal, tak kira tempat, sedap aje.....
Restoran ni tak besar, berdekatan dengan Hotel Iskandar di kawasan Kampong Air. Setiap malam ada jualan sekitar parking lot, murah dan banyak pilihan. Nak beli mutiara, brooch, beg, kasut dan pelbagai lagi semua ada. Kalau menginap sekitar Kampung air ni agak jauh juga nak ke Pasar Tamu Gaya Street yang beroperasi cuma di hari minggu. Tapi boleh jalan slow2 sambil menikmati keindahan bandar KK, indah ke.......waktu malam tak dinafikan, memang meriah dengan lampu lip lap..lip lap.

Walau dah hampir 4 tahun menetap di sini, belum habis kami jelajah sekitar KK ni. Masalah pb dan hubby pula tak yakin nak masuk satu2 restoran, takut kuciwa. Tapi kalau ada teman-teman blogger nak bertandang ke Sabah, boleh juga kami cadangkan dimana tempat yang murah dan menarik. Sekadar berkongsi, apalah sangat.....

11 ulasan:

  1. akak pb, yang berbungkus tu pulut ke?

    BalasPadam
  2. @Rapunzeel Cikilolo:
    Katanya pulut inti serunding kot.....tak mkn pun.

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum.

    Zana di KK ya? InsyaAllah, kakcik dan suami akan berada di KK pada 27 - 29/4 ini. Kalau sempat, bolehlah kita berjumpa. :)

    BalasPadam
  4. Thanks singgah rumah kita yg tak seberapa,nnti kalau g KK boleh jumpa

    BalasPadam
  5. kalau nak makan soto makasar tu kena beli tiket flight dlu ni.. hehe..

    BalasPadam
  6. Salam Kak... aduhaii sedapnya makan soto hujung minggu macam ni... cara bungkus tu pun spesel laaa... nak sikit kak.. tq sudi singgah dapur sha yaa kak... :))

    BalasPadam
  7. t.kasih kak..dari sabah sudi bertamu ke dapo ilahjy...salam kenaii juga ya kak..

    BalasPadam
  8. aakaakk.. 2 mangkuk plzzz.. takkan tak mo share kot.. saya peminat tegar soto.. tapi yang pelik buat sendrik rasa cam tak best. org lain buat sangat la best. canner tu? hehe

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Zana,
    salam kenal dari Kak Amie, follow sini ye

    BalasPadam
  10. Zana klu pasal KK u can always refer to my blog. tmpt makan yg best n jalan2 skitar sabah ni insyaallah adalah sedikit sbanyak info.

    Soto Mkasar paking sedap ialah di area Sandakan_lahadatu-Tawau. Kalau di KK paling sedap pn area Kimanis, 45-60min perjalanan dari KK.

    Kalau btul2 di KK ada di Inanam, depan stesen Bus, Sinar Mustika kalau tasilap nama dia

    BalasPadam
  11. Salam kak zana,

    terimakasih sudi datang kerumah kita,tapi sayang laa kak kita terpaksa edit balik N3 samosa kita tu,atas nasihat seseorang...sedih juga tapi tu laa kekadang yang betul itu pahit dan kita kena pasrah..cewah berfalsafah lak..hehehhe maaf yer baru nih dapat nak berkunjung..tenet kat umah kita walaaa siput pun lagi laju..terkedek2..pening dibuatnyer..
    pepun terimakasih sekali lagi..semuga ukwah berpanjangan...link blog tak boleh lagi tapi kita follow akak jew dulu yea..senang nak tau n3 terbaru...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)