Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Hari ni pb dapat mengadap komputer agak awal sedikit, 10 pagi. Biasanya lebih hubby pergi sekolah baru dapat duduk kat sini. Ini pun tak lama, kerja banyak menanti. Biasalah kan, nama pun surirumah. Seronok je pb tengok kawan-kawan yang berkerjaya. Kadang-kadang rasa rendah diri juga bila berdepan dengan mereka yang berjawatan. Orang pergi pejabat, kita pergi pasar cari ikan dan sayur. Orang pakai kasut tinggi dan mahal, kita pakai selipar je, orang pakai handbag mahal, kita pakai shopping bag je..........tapi pb tetap bahagia, bukan nak merungut. Cuma kekadang tu rasa seperti diri ini tak punya apa-apa bila tidak berkerjaya.
Entry masak memasak belum lagi. Bulan puasa ni tak boleh masak lebih sangat, takut membazir. Dalam peti ais tu pun masih ada lagi saki baki puding, kuih dll yang tak habis. Lepas berbuka, sembahyang maghrib dan terawih, perut tak boleh nak isi lagi. Hanya boleh masuk air je........tu yang pb tengok cermin, macam susut je badan ni? eh...iye ke? tak cayelah.......(biasanya susah nak susut, tu yg tak percaya tu)
Nak cerita pasal berbuka semalam. Pb memang dah siap masak sebelum pukul 6 ptg, buka puasa pukul 6.32 ptg semalam. Sementara menunggu tu, pb layan cerita Ketika Cinta Bertasbih kat tv sambil jahit felt hingga tak sedar azan dah berkumandang. Maka, kelam kabut la kami bertiga, apa taknya........air tak letak ais lagi, nasi belum ceduk, begitu juga lauk pauk belum masuk mangkok. Pb biasa hidang bila nak makan, taknak sejuk2.
Si Aziz pula agak gelojoh tuang air bandung dalam gelas dia, jug tu berat. Terjadilah kejadian tumpahan air bandung hampir satu jug atas meja makan kami. Melempah ruah sampai ke bawah meja. Naik melekit simen sebab air manis tumpah. Mood nak makan pun terbantut dibuatnya. Buat kerja la pulak, mengemop lantai, mengelap meja dan kerusi, basuh tudung saji. Nasib baik angin ayah dengan ibu baik masa tu........kena bebel je.....
Anak-anak sekarang kadang kala tak dengar kata. Lain disuruh, lain yang dibuatnya. Kehendak ibu dan bapa jadi nombor dua. Inilah yang pb leterkan setiap hari. Selalu juga pb ingatkan, banyak berdoa di bulan Ramadhan ini terutama ketika hampir waktu berbuka.
nota: terdengar juga di cuping telinga ini doanya, "Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh,
mendengar kata ibu dan ayah"
cukup terharu kalau anak ingat pesanan pb.........
hehehe nasib baiki ye angin ayah dan ibu dia baik..klu x??hehehe
BalasPadamNi kunjungan balas saya apabila membaca komen yang akak tinggalkan di blog saya.
Cara suami akak menegur budak2 nasyid.
saya sgt bersetuju,
susah nak jumpa orang yang boleh bg teguran secara berhikmah. kunjungan balas ini sebagai tanda terima kasih. keep on blogging and sharing. :)
salam zana..
BalasPadamterharu baca nota zana tu..huhu
biasalah anak2, tapi kalau setiap kesalahan yg dia lakukan, kita tegur dgn berhemah..dia akn ingat smpai bila2.
fahmie...terima kasih sudi komen disini, perkara biasa yg akak buat kalau org berkunjung kat blog kita, selepas itu kita pula komen kat blog dia, rasa adil begitu.
BalasPadamwslm kakrose, tegur berhemah pun kena pd masanya, kekadang tu 'berhemah' pun tak jalan, mau naik rotan...hehe..
BalasPadam