my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puding Roti Marble

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni balik dari terawih awal sikit, pak imam baca laju, tak macam semalam, surah panjang-panjang. Bukan apa, kalau suasana masjid berhawa dingin, takpe........ni cuma kipas je....tapi tak panas mana pun. Masih berangin juga, mungkin sebab kedudukkan masjid di tepi laut.

Cuaca panas betul sekarang ni, rasa kering tekak sepanjang masa. Kesian tengok anak pb tu bila balik sekolah, melepek tepi pintu rumah dengan beg yang berat. Setakat ni dia tak merungut, alhamdulillah. Cuma kekadang dia merungut ada kawan-kawan makan depan dia dengan alasan tak larat puasa, tak niatlah, tak bangun sahor la.......pb cuma nasihatkan dia, itu semua dugaan samada iman dia kuat atau tidak. Disebabkan dia dah dilatih puasa seawal 5 tahun, tak jadi masalah pada dia.

Panas-panas ni nak makan makanan yang manis dan sejuk, betul tak? Kebetulan bahan pun ada, cuma masa melapis tu tak berapa nak pandai.....hehe.....bagaimanapun puding ni sedap sangat!!
Terima kasih kat http://www.myresipi.com/ dan resipinya dari adik kita yang sekarang ntah kenapa senyap je blognya....HaNa's Family

Minta kebenaran letak resipi untuk rujukan pb dimasa akan datang ye!

PUDING ROTI MARBLE

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).
  3. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  4. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih, matikan api.
  5. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!(yang ni pb bancuh koko dengan sedikit air dulu baru masuk dalam adunan agar2)
  6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  7. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! 


adoiii.....tersopak sikit masa keluarkan dari acuan, telan air lior, sebab belum buka puasa lagi masa tu..


Gambar malas nak edit bagai, tambah pulak sekarang tak banyak masa depan komputer. Mana yang baru follow blog ni, pb ucapkan ribuan terima kasih. Ada kesempatan pasti pb pergi blog korang.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak Zana..mkn puding mcm ni bulan puasa mmg best. kalau kat rumah ni mmg sgt2 laku..semua suka mkn.

    Salam Ramadhan & Selamat berpuasa buat kak Zana sekeluarga disana.. :)

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa kak.

    senang tul nak cuba resepi baru, gi blog akak jer. suka lah nak try nanti puding marble akak ni. nampak best!

    BalasPadam
  3. wslm Ina....tapi akak tak pandai sgt buat puding2 ni, nasib je yg baik, jadi pulak.

    BalasPadam
  4. Adik Cengkih...lamanya tak nmpk, bz ye? ala...resipi org akak tolong panjang2kan.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)