Roti Gardenia area Semenanjung lembut dan gebu kan? Jangan harap nak dapat kat Sabah macam tu. Agak keras dan kejong aka menyakitkan hati. Pb jarang beli, kalau beli pun kerana roti lain dah kehabisan stok. Bulan puasa ni tekak tak berapa lalu dengan roti-roti. Ada pun makan sekeping dua, selebihnya selalu terbuang.
Hari tu hubby beli roti gardenia dan takut terbuang tak dimakan, sebelum expired tu pb buat roti sardin. Sekurang2nya menambah selera sikit.
ROTI SARDIN
6 keping roti
2 ekor ikan sardin dalam tin
Sebiji bawang besar potong dadu
Sesudu cili kering kisar (nak pedas letak lebih)
1 atau 2 biji telor
Gula dan garam
Minyak untuk menggoreng
Roti keping seeloknya di kukus dulu supaya senang di lipat. Kalau dah lembut tak perlu kukus. Gunakan air untuk menggamkan roti.
Tumis cili, bawang dan masukkan ikan. Hancur-hancurkan ikan.
Masukkan gula dan garam.
Tumis hingga agak kering sedikit.
Sudukan kedalam roti dan gulung.
Kepitkan atau rapatkan hujung roti dengan air.
Celup kedalam telor yang telah dibancuh dan goreng dalam miinyak yang panas.
Setelah kekuningan boleh di angkat.
Kalau roti kurang kualiti, macam ni la jadinya, menggerutu je......
JUS NANAS SIDEWALK
sumber dari buku RASA 300 gm nenas
2 sudu besar air gula
130 ml air
Beberapa ketulan ais
Masukkan nenas dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Tuankan air gula dan kacau rata.
Masukkan air dan ketulan ais.
Selesai, sedap diminum tapi kalau sakit perut jangan cari pb.....hehe...
Jarang buat air nenas sebab kalau orang tak tahan, lepas minum je terus ke 'bilik termenong'.....
Kebaikan Nanas, sedikit info dari kerajinan pn menggoogle :-
Buah nanas kaya dengan kandungan kalsium, fosforus, potassium dan beta karotin. Ia juga membantu proses penghadaman dan bertindak menentang bakteria yang menyebabkan perut anda meragam. Jus nanas juga merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan pada bahagian bibir dan kulit muka.
Ada juga di SINI
yummyummm. teros teringin nk mkn roti sardin gak..hehe
BalasPadamRed...senang je nak buat.
BalasPadam