my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Syifon Mangga

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Untuk memikat hati anak dibulan puasa ni (harap-harap dapat pahala berganda...hehe..) macam-macam pb fikir nak masak apa setiap kali berbuka. Sudahnya anak makan sikit, ibu dan ayah yang habiskan.

Tak boleh membebel lama2 ni, banyak kerja tak selesai. Lebih2 lagi nak dekat balik Semenanjung. Resipi kek syifon mangga ni asalnya menggunakan oren. Disebabkan jus oren takde, yang ada cuma mangga, pb tukarkan pada kek syifon mangga.

KEK SYIFON MANGGA
sumber buku Variasi Cupcakes
Nor Aini Adnan

Bahan A:
150 gm gula perang
140 gm tepung serba guna
120 ml jus oren (pb tukar jus mangga)
70 ml minyak masak
4 biji kuning telor
1 1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan B:
170 ml putih telor
20 gm gula kastor

Cara membuat:

  • 1-4 : Campur tepung, serbuk penaik, kuning telur, jus mangga, gula perang, esen vanila dan minyak.
  • Gaul rata hingga sebati, ketepikan.
  • 5. Putar bahan B hingga kembang.
  • 6. Masukkan ke dalam adunan bahan A tadi.
  • 7. Kacau hingga adunan sekata.
  • 8. Tuang ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 C selama 15-20 minit atau sehingga    kekuningan.
 sebelum topping.....

Memula letak topping tak jadi, melepek je rupanya. Whipping cream tak kental lagi, lepas putar lagi hingga pekat, barulah menjadi. Pb guna whipping cream je. Lebih baik guna krim mentega.


Lepas habis buat ni semua, tonggang langgang rumah pb. Iyelah, kejar2 nak masak untuk berbuka lagi. Rasanya lepas ni takde nak buat cupcake dah. Nak buat biskut raya pulak. Kalau tak sempat jugak, nampak gayanya makan biskut dalam tin je......hehe....tergamak ke? oh tidak!!

4 ulasan:

  1. salam, selamat menjalani ibadah puasa
    sejak puasa ni belum lagi megekek...ingat nnt dekat sehari baru nak membangking..boleh le try resepi ni npk sungguh sdp..lawa je naik muffin tu

    BalasPadam
  2. Dah letak topping lagiiiii berselera negoknyaaa!!...toping biru lak tuh!

    BalasPadam
  3. Wslm Sheila....silalah mencuba.

    BalasPadam
  4. Atie...nak mengabiskan kaler yg dlm stok

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)