Sebenarnya dah lama sangat nak buat kuih ni. Selalu tengok kat pasar tamu macam senang je nak buat. Hubby pun suka sangat kuih ni, setakat 3 keping beli, dia sorang je makan.
Jadi pagi tadi pb pun menggodeh la kuih ni. Malas nak peram lama-lama. Buat untuk buka puasa. Berdebar2 jugak, takut melepek tak jadi. Talipon mak mertua tanya macam mana goreng kuih ni? Dia kata, kuih ni nampak senang tapi susah juga menggorengnya. Api kecik atau kurang minyak, konpem tak jadi.
Kat dapur tadi ada juga la dua tiga keping yang melepek je, tak nak naik. Bila dah tau caranya, baru sedap hati.
Ok, pb nak ucap terima kasih kat Hasue kerana kongsi resipi dia di blog. Ce tengok kat SINI dan pb minta izin copy paste kat blog pb ye......
Kuih Penyaram Lembut
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Orang Kelantan panggil kuih topi.
Bahan2:
- 500g tepung gandum
- 100g tepung beras
- 650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
- 3/4 sudu teh garam
- 500g gula apong/gula melaka
- Minyak masak secukupnya
- Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras.
- Dalam bekas lain,bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
- Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
- Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
- Tapis adunan dan perap semalaman.
- Panaskan 2/3 cawan minyak masak(guna api perlahan),ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu.
Menjadi jugak la telinga keliling tu, yang mula2 goreng.......rata je....huhu...
Walaupun tengahnya tak naik tinggi, kira puas hati jugak ni......rasa dah sedap. Boleh cuba lagi lepas ni....terima kasih Hasue.
kak.. kuih penyaram ni rasa dia mcm kuih akok ke..?
BalasPadamsedap nyer...nyum2..
BalasPadamsalam kak..trm kasih sudi cuba resepi ni..
BalasPadamsebenarnya kalo kat sini,utk hasilkan kui hni yg tinggi kat tgh2 tu kena gunakan kuali khas..ia tebal dan dalam..saiz kecik je..kat sabah ada jual kot?ia semulajadi warna hitam..hehe..
one of my fav kuih :)
BalasPadamidun saidun..akok lebih lembut, ni mcm cekodok gitu la.
BalasPadamNizam.....sedap, soh awek belajar buat kuih ni.
BalasPadamWslm Hasue, tak tau pulak ada kuali khas utk goreng kuih ni....nak cari la nanti.
BalasPadam