my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Kisah malam terawih....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Rabu.....mesti ramai blogger join 'wordless wednesday' kan? Tapi pb tak boleh la......rasa tak puas kalau sehari tak mencatit apa-apa kat blog.

Dah masuk hari ke tiga kita berpuasa. Dah 3 hari juga pb dan keluarga berterawih di mesjid berdekatan. Hari pertama tidak begitu ramai, mungkin sebab tak pasti puasa ke tidak. Lepas sembahyang isyak berjemaah, punya la lama menunggu pak imam nak mulakan terawih.

Masjid yang pb pergi ni bersebelahan je dengan Balai Cerap tempat meneropong anak bulan. Mungkin pak imam nak pastikan betul-betul (dengar pengumuman di radio/tv kot), itu yang lambat.

Ramai para jemaah membawa anak masing-masing ketika bersolat. Kalau takde orang jaga, memang kena bawa tapi yang pb tak setuju tu bila ruang solat di khaskan untuk anak-anak mereka. Siap bawa buku sekolah lagi dan mencuri ruang untuk mereka yang nak berjemaah. Seharusnya biarkan mereka di luar atau tak perlulah dibawa masuk sama ke ruang solat. Di laman masjid ada tempat untuk anak-anak itu duduk atau baring. Tak perlu risau anak hilang kalau ada adik beradik lain boleh tengokkan.

Hari ke tiga terawih, punyalah ramai orang. Paling ramai budak2 le......elok la bawa anak-anak ke masjid. Cuma budak-budak yang lingkungan umur 10 atau 11 tahun ni agak nakal sedikit. Ruang solat perempuan kan kecil dan di lindung oleh dinding cupboard yang agak goyah jika di langgar oleh mereka. Risau pb tengok, takut tumbang dan menghempap kami di belakang mereka.

Paling mereka suka bila lepas surah Alfatihah.......punya la panjang 'amin' tu........aaaaaminnnnnnn....agaknya terbuka luas mulut budak2 ni sebut amin. Agaknya kalau anak pb join, dia pun ikut sama.

Adik-adik, anak-anak sekalian........'Amin' jangan di sebut panjang pada 'aaa nya tu'......pak imam kena bagi tazkirah ni.....kalau tak silap hanya 2 harakat je.

nak keluar kjp, nanti sambung....

8 ulasan:

  1. Betul tue,bila ada anak2 bermain & menanggis dh menganggu tumpuan kita bersembahyang..sini pon sama....bkn main panjg Aminnnnnnnnnnnnnn bdk2 kat belakang!.Adusssssss

    BalasPadam
  2. Betul tu, k Zana... Cam Nurul ni x dapat nak pi terawih, anak2 kecik lagi... jadinya, jaga anak kat rumah jer... husband sorang jer yang pegi.. :)

    BalasPadam
  3. pening pale tgk telatah kanak2 time terawih.. huhu trigat time kecik2 dlu, mcm ni la jugak :)

    BalasPadam
  4. Atie...nak buat mcmna kan? dimarah, nanti taknak ke masjid pulak.

    BalasPadam
  5. Nizam, sengih je? terawih tak?

    BalasPadam
  6. Nurul...akak dulu buat kat rmh je dgn hubby kalau dia tak larat dan sibuk.

    BalasPadam
  7. saiazuan, semua kanak2 begitu, tak salah pun.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)