my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sakit tulang rusuk? huh! alasan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Beberapa hari ni pb agak sibuk dengan tempahan kuih frozen. Hari ni dah selesai, tinggal nak hantar esok pagi. Business kecil2an pun dah meletihkan tambah pula berpuasa. Cuaca masih terik walaupun keadaan seolah2 mendung. Rumah pb ni ada aircon tak sampai ke dapur.....hehe....dalam bilik je. Kalau nak rasa sejuk macam aircon, pb buka petiais, ngadap kat situ pun dah cukup melegakan.

Semmalam pb tak pergi terawih, malam ni pun tak dapat sebab hubby kata kalau letih jangan pergi. Jangan paksa diri. Jadi pb fikir, dari siang tadi (pukul 3.30 pagi hingga entry ni di catit) pb belum rihatkan badan. Pergi esok kot.

Lepas maghrib kami bertiga berlumba2 mengaji (bukan la nak kejar sangat siapa yang boleh habiskan alQuran) sebab bila dah balik kampung, tentu banyak tugasan lain. Tugasan? ye la......shopping, nak makan tu, nak cari barang lagi dan macam-macam tujuan. Cuti cuma seminggu tapi nak beraya di dua negeri.

Anak pb, lepas habis satu mukasurat mengaji, dia tanya, "ibu pergi terawih tak?"
Pb kata "tak kot sebab ayah suruh ibu rihat dulu malam ni"
"Boleh tak kalau Aziz tak pergi malam ni?"
"kenapa pulak?
"Aziz sakit TULANG RUSUK la hari ni....." sambil buat muka sakit.....(auta la tu....taknak ikut ayah dia)

"Boleh........dengan syarat kena mengaji tiga mukasurat, sebab tak pergi terawih satu mukasurat dan cover untuk esok, satu mukasurat!"
Dengan muka ceria dia jawab..."okey!"

Budak2 sekarang, macam2 alasan dia orang fikirkan untuk mengelak dari satu2 pekara yang kita suruh.

7 ulasan:

  1. akak balik raya ek..wah..best la..min pun 2-3 hr ni sakit2 da badan..dr lps sahur trus sambung menjahit..siapkan tempahan sbb gapar kata nk blk kg awal smggu..takut x sempat..tp sunyi jer min rasa posa kt sini..x nmpk pun jiran2 lain bgn sahur...terasa sgt jauh dari keluarga..:(

    BalasPadam
  2. InsyaAllah akak balik seminggu. Awalnya ghafar balik LD? tak boring ke? nak buat mcmana kan, dah kpg dia...hehe..

    BalasPadam
  3. tu la..thn depan klu blk kg min mlm raya gak ada la y ngamok nnt..hahaha..mmm..apa la y ada LD tu..xmcm tpt kita..rindu nk mkn ketupat palas..kt sini dorg cibukkan masak likuk ng buras dorg..x kena ng tekak min la..tp layan je la...

    BalasPadam
  4. rajin akak ambik tempahan...salute betul E-na dgn org2 yg rajin sebegini...E-na ni dah byk juga yg minta suh buat kek, kuih dan biskut raya tp rasa lum mampu nak terima tempahan...tanggungjawab pd anak2 lum selesai tu yg agak sibuk sgt skrg ni..sempat masak utk family sendiri pun dah syukur sangat...

    ttg tutorial tu kebetulan E-na x tido lepas sahur td tu yg terus buat...lagipun benda simple je, kejap je buatnya...mana yg mampu e-na tolong je...klu yg tak tau tu...minta maaf je la kan..

    BalasPadam
  5. Ena....saje je cari duit tambahan utk isi masa lapang dan bantu suami. Ikutkan malas juga tp sb dah biasa buat, takde masalah.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Emasmu adalah agamamu
    perhiasan mu adalah budi pekertimu,
    hartamuadalah sopan santunmu,,
    Subhanallah sweet sangat.
    Best Entry Ni
    Salam kenal,
    nice blog,
    done following you,
    Kalau free jemput singgah ke blog saya,
    Bagi komen and nasihat ok.

    http://fahmiefiras.blogspot.com/

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)