my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tak sensitif

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Malam tadi pb pergi cari baju melayu (dah beberapa hari tak ke masjid berterawih, ada saje hal nak diuruskan). Kami pergi di shopping komplek yang berdekatan. Malas nak cari jauh-jauh, nanti bajunya takde, lain pula yang dibeli.

Lepas dapat sehelai baju, warna merah pilihan anak, hubby ke bahgian belakang. Saje nak cari apa yang patut untuk berbuka esok. Pb dah malas nak jalan2 lagi, tak larat. Kat luar pula hujan lebat.

Lepas ambil jus buah jambu dan teh hijau kotak, pb takde apa nak cari. Teringin nak cuba teh hijau tapi malam tadi dah rasa, wangi sangat baunya. Sekali tu je beli.

Hubby ada bisik pada pb, butter yang 'tut' tu masih ada la bercampur dengan yang halal. Kenapa dia orang tak asingkan? Biasalah, nak habiskan stok agaknya. Atau pihak tu taknak ambil kisah. Baca paper pagi ni pun berita yang sama juga......Kosmo

Tempohari pb talipon kakak, bagitau dia manalah tau kot2 dia terlepas tengok berita. Kakak pb kata, dia tak marah kat syarikat yang mengeluarkan butter tu tapi dia tak puas hati kat pihak yang meluluskan. Pb nak kata apa ek? Kesilapan yang tak disengajakan?

4 ulasan:

  1. susah kan skrg. byk makanan yg tak halal :( kenapa ek pengeluar yg bukan islam tak jujur dgn mengeluarkan sesuatu product :(

    BalasPadam
  2. masaalahnya kenapa orang islam tak ambik peluang menjadi pengeluar produk halal.org islam yg kaya2 tu buatlah kilang, keluarkan produk2 halal, sambil tu memberi peluang pekerjaan kepada orang2 islam sendiri..kalaulah akk ni jutawan..berangan!!hehe

    BalasPadam
  3. Redbloodsnow, kalaulah kita ada mesin pengimbas mknn halal atau tidak, senang kan?

    BalasPadam
  4. kakyon, insyaAllah tak semesti jd jutawan baru boleh buat semua tu....mungkin ada cara lain lagi.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)