my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Popiah Goreng Bercili

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam sejahtera semua, ni masakan dah dua hari lepas pb buat. Takde kesempatan nak update dari semalam sebab ada tempahan rendang ayam dan asam pedas dari kawan hubby. Bertungkus lumus kat dapur dari pagi sampai petang. Sudahnya hidangan kami hanya simple2 je. Sempat keluar ke bazar ramadhan sekitar kem askar yang berdekatan tapi dah kehabisan lauk. Pb bukan nak apa, cari lauk tambahan sebab adik ipar datang berbuka kat rumah. Pusing sana sini, semua dah habis. Tinggal air je, dapatkan jugalah yang pb idamkan. Air tebu dan air kelapa. Sementara cari 'sayap ayam bakar' (kita biasa panggil kepak ayam) untuk Aziz, azan pun dah berbunyi. Berbuka dalam kereta sambil tunggu ayam bakar.

Resipi ni pb ambil dari Recipe.cari.com.my dan hasil perkongsian daripada Puan Hanieliza. Selalu pb melepak kat cari.com ni, tapi jarang pula tengok ruangan resipi. Kebetulan masuk situ, jumpa pula dengan resipi yang tak pernah pb buat. Selalu tengok kat pasar malam. Ingatkan susah, rupanya.......hemm...pejam mata pun boleh balut popia tu.....hehe...berlagak ek? Biasa orang panggil popia ke popiah? Macam lebih sedap sebut popia, kan?

Ok, pb copy paste je la dari sana......kalau nak lebih jelas tengok kat SINI.

 Bahan 
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hunung dengan bancuhan tepung tadi.
7. gorengakna dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

CILI
Bahan

2 s/b cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 s/b cili sos
2 s/b cuka
1 s/b gula
3 s/b minyak
garam
bijan [jika suka]

Cara .
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2.. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.


Selamat mencuba!!


hehe...menyelerakan tak? lepas goreng salut sambal, krup krap bunyinya bila di kunyah!




Semalam pun pb buat lagi tapi bukan untuk sendiri, tempahan dari kawan hubby.

2 ulasan:

  1. semalam pun berbuka dengan popia ni :) tapi beli kat pasar malam jer la..tak reti nak buat sendiri..huhuu

    BalasPadam
  2. kesian Shah, nanti bila berdua, boleh la minta org rmh buatkan..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)