Asyik terperap je 2 hari kat dapur, naik bosan pulak. Pagi minggu semalam, ajak hubby pergi Gaya Street. Cari apa yang patut untuk hari raya. Sebenarnya tak cari pun takpe, cuma ada kiriman dari adik ipar, nak brooch untuk mak dia.
Gaya Street memang seronok kalau duit banyak. Terutama pelancong, tak sah kalau tak pergi. Pb pergi dua tiga kedai je, malas la nak tengok yang lain-lain tu, tak pasal2 rabak poket hubby nanti.
perasan tak? pb suka sangat pakai baju tu.......hehe...tu sekotak brooch untuk adik ipar
hubby dengan teman baiknya yang sedang di rundung sedih, kereta dilanggar orang semalam, kesian dia....
Barang takde la banyak belinya, hubby ada sikit perbincangan dengan kawan dia. Pb cuma jadi pendengar dan pak pacak. Nak lepak restoran tak boleh, terpaksa berbincang tepi-tepi jalan gitu.
Bila hari Ahad, mood memasak pun agak kurang. Hati dah melayang jauh nak buka di Kenny Rogers. Kali ni bukan permintaan si anak tapi idaman hati si ibu.....hehe.....
Ayam Balinese hidangan promosi ketika Ramadhan, kalau lagi empok, laaaagi sedap! pb tak nak nasi, sebab ini pun kira dah banyak ni....
Hubby jeles, dia nak juga macam bini dia punya tapi ada nasi, biasalah orang lelaki mana boleh tak makan nasi kan?
Anak pb order lain sikit, apa ye.....lupa la pulak.....air semuanya air gas. Pb sorang je tak refill air sebab memang kurang suka air gas. Sekali sekala ok la...Susahnya bila makan diluar ni nak terkejar2 cari bilik solat. Orang ramai pula tu. Mungkin kali ni saje kami berbuka di luar, aktiviti yang jarang kami lakukan di bulan Ramadhan. Lebih suka berbuka dirumah dan anak pb kata, "lagi best ibu yang masak daripada makan kat Kenny!". Huhu....macam tak percaya je dia kata ibu masak lebih sedap.
nota pb: sekali sekala makan luar dapat mengeratkan hubungan keluarga...
slm sis, btol la pe yg anak sis ckp tu, air tgn ibu lg sedap dri sume. Hehe. sbb tu kalu boleh time bulan pose ni, nk suh mak msk je ari2.xmo mkn luar.:D
BalasPadamWslm bro goreng, mak masak mmg lg best tp kdg2 kesian kat mak tu, takde cuti masak.
BalasPadam