my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

SOTONG PERCIK LADA HITAM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bagaimana keadaan terawih ditempat kawan2 blogger sekalian? Seronok tak? Malam tadi pb pergi agak terlewat sedikit, dapat barisan belakang (dekat dinding). Susah pula nak rukuk, orang depan pula kebelakang sangat. Bila bangun dari sujud, terkena punggung dia. Lucu la pulak, teringat masa umrah dulu. Orang sana kan bertubuh besar dah tentu telekungnya pun besar. Pb selalu 'diselubungi' dengan telekung mereka.....hehe.....begitu juga bila tahiyat akhir, kaki pb selalu kena tindeh tapi pb tak pernah marah. Kena banyak sabar.

Berbeza ditempat kita, saf selalu kosong dan mereka2 ni degil betul, taknak bergerak walau setapak pun. Pernah juga tempohari saf dibiarkan kosong ditengah2 kerana ada beg disitu. Hingga selesai sembahyang isyak, bila nak mula terawih, barulah tuannya masuk.

Sebenarnya pb nak update malam tadi, komputer dah on, gambar dah letak watermark. Mata ni pulak tak boleh tahan mengantuknya.

Ni lauk pb masak semalam petang. Masak simple2 je bulan puasa ni. Selera makan tidaklah membuak sangat, cuma teringin nak minum berbagai2 jenis air je.......alhamdulillah semalam ada juga hujan waktu pagi. Lama betul tak hujan.

SOTONG PERCIK LADA HITAM
sumber resipi dari majalah RASA
oleh Chef Mohd Nor Bin Hamzah & Chef Imran Ismail

Bahan perapan:

3 ekor sotong besar
5 gm halia (pb tak timbang pun, agak2 je)
20 gm bwg putih (dikisar)
100 gm bwg merah (dikisar)
1 btg serai (dikisar)
20 gm serbuk jintan putih
50 ml santan
Garam
Minyak secukupnya

Bahan Kuah:

150 ml santan
5 gm lada hitam di tumbok
15 gm kerisek
1 helai daun kunyit
20 gm cili boh ( kalau taknak guna cili boh boleh guna cili padi)
Gula secukup rasa
Garam

Cara memasak:

Cuci sotong hingga bersih.
Lumurkan sotong dengan halia, bawang putih, bawang merah, serai, serbuk jintan dan garam. Perap seketika.
Tuangkan sedikit minyak masak dan santan, panggang hingga masak.

Untuk kuahnya, masukkan santan, lada hitam, kerisek, daun kunyit, cili boh, garam dan gula.
Kacau hingga mendidih dan pekat.
Letakkan sotong di atas pinggan hidangan.
Tuang kuah percik di atasnya.

sotong ni jenis yang tebal dan tak mudah kecut bila di bakar atau goreng.........tak macam yang satu jenis lagi tu...

Kalau suka kuah percik warna putih, tak perlu guna cili kisar tu......

Sebenarnya pb tak berapa suka dengan sotong, ntah kenapa macam muak pula. Mungkin sebab dulu2 pb selalu tolong mak kat restoran, sekali siang bukan sekilo. Tu yang jadi tak berapa suka, tapi kalau orang lain yang masak, confirm pb makan.....hehe...

3 ulasan:

  1. Salam kak Zana,
    Sedapnye sotong tu.. kite suka benar sotong2 ni...
    selamat berbuka ye kak zana sekeluarga :)
    ijan

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)