my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

NLHP DAN RENDANG TELUR

Salam sejahtera, bersiaran lagi kita dalam program masak memasak dari Dapur PB.......hehe...kaum lelaki mesti boring masuk blog ni. Asyik maaaaakan je! Dah tu....nak cerita apa lagi? Karang cerita hal laki bini tak kena pula dengan selera orang luar sana. Lagi pun tak manis la kan? Melainkan cerita biasa2 seperti cerita hubby yang berlagak macam doktor gigi tu, berkain pelikat bawa lampu suluh dan penyepit kuih......adoi...berair mata pb gelak tak abis lagi ni.

Ok la, nak share hari tu pb buat nasi lemak hujan panas dan makan dengan sambal tumis ikan bilis, di iringi rendang telur. Tak pernah buat rendang telur, tapi tengok kat rumah Yatie Memories, berkenan la pulak. Resipi nasi hujan panas pula dari RINSCA MYRESIPI dan rendang telur tu pb ikut suka sendiri.

NASI LEMAK HUJAN PANAS
sumber: rinsca myresipi
diubah suai oleh Blog Surirumah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)- pb guna beras basmathi
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
  • * 1/2 sudu kecil halba- tak letak sebab anak tak suka
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan- takde daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau 
  •   1 batang serai di titik

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas. 

Sekali sekala tukar selera dan rupa nasi, bertambah2 anak bujang makan.....

 Takde timun dan kacang sebab lelaki berdua tu tak berapa suka, sorang takut jerawat, sorang lagi memang anti kacang. Pb je yang bedal semua.





RENDANG TELUR
sumber: blog surirumah

4 biji telur ayam di rebus (ada yang guna telur itik)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisek/kurangkan kalau tak berapa suka
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah kecil
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
2 batang serai
1 sudu besar cili kering mesin
1 sudu besar rempah kari (pb guna rempah kari ikan adabi)
sedikit gula melaka atau gula pasir
sedikit air asam jawa

Cara membuatnya:

Kisar bawang, serai, halia, kunyit dan cili kering.
Tumis bahan kisar dan masukkan rempah kari. Biarkan rempah masak.
Masukkan santan dan air asam, api jangan terlalu besar.
Masukkan gula dan garam.
Sebelum masuk telur rebus, pb goreng dulu telur tu dalam minyak lain. Biar minyak betul2 panas.
Kemudian kelar2 telur tu baru masuk dalam kuah rendang.
Masukkan kerisik dan kecilkan api. Nak masuk kerisik awal pun boleh.


nota pb: saje letak tajuk NLHP, tak suka tajuk panjang-panjang..

11 ulasan:

  1. NLHP mula kakak tak tahu zana... baru kakak tahu hari ini - tak pernah buat pun. Cantik warna-warni mesti anak kakak suka kalau dapat.

    BalasPadam
  2. Salam kak zana! sedapppnyer! belum pernah buat lagi NLHP niii, lawan dgn rendang mmg sedapppnyerrrr! tp kerisek kita takde lah pulak ada pun sikitttt sgt, malas betul kalau namanyer nak buat kerisek hihihi... rendang telor pun tak pernah buat, biasa asyik guna ayam n daging jer kan kak :D kuah dia tu buat cicah ngan pulut sedap :D

    BalasPadam
  3. Kakcik buat nasi lemak biasa je. Kalau warna2 ni nanti kena komplen dengan En. Suami. :)

    BalasPadam
  4. wah.. tak tahu pulak nasi lemak boleh dihujan panaskan.hehe.. anak sy suke sgt kalau nasi ade colour2..double lah dia makan. boleh try nih. Thanks yer kak zana.

    BalasPadam
  5. salam kak zana
    NLHP..sedaapppnya kak..x pernah cuba lagi nasi nie..nampak sedap jew kak..insaalah nk cuba nnt:)

    BalasPadam
  6. Kak Zana, sedapnya makan nasi lemak dgn rendang telur.. Terliur rasanya ni..

    BalasPadam
  7. Klu kat umah atie..masak nasi yg brkaler2 ni mmg xlaku la jawapnya..hihi.
    Masing2 komen lar....

    BalasPadam
  8. wahh memang menyelerakan menu akak ni...sedapx2..laparlak pepagi kat sini singgah dapur akak blk dulu la..hehe

    BalasPadam
  9. pes time ni saya dengar rendang telor..

    BalasPadam
  10. heheheh.. baru tahu. maksudnya nasi lemak hujan panas...
    hahhaha

    thanks kak zana

    BalasPadam
  11. Rendang telur! Menarik! X pernah buat, boleh cuba ni. :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)