my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ayam Beriani Madu (bukan untuk si madu)






Sorry ye, gambar agak kelam......dah nak berbuka baru kelam kabut snap gambar. Nanti sibuk dengan kamera adjust tu adjust ni.....marah pulak orang yang menunggu nak berbuka. Tapi, bulan puasa ni, suami-suami kena banyak sabar dengan kerenah isteri dan begitu juga si isteri. Sabarlah sangat akak ni.......kekadang terlepas juga rasa marah tu......cuma tak berpanjangan je.

Hari sabtu lepas, kakpb masak Ayam Beriani Madu......alamak...kakpb pantang dengar MADU. Suka dan benci......suka minum madu dan tak suka nak 'bermadu'....mintak maaf la ye kalau ada yang terberkenan dengan cikgu fahmi kakpb :) Kongsi resipi boleh......kongsi suami.....oh no no no......Doa kakpb di bulan mulia ni, biarlah kami kekal bersama hingga akhir hayat, insyaallah.

Apa pula merepek kakpb ni kan? Resipi ni dari buku Kompilasi Masakan Ayam. Tengok rupa dalam gambar ada macam merah2 lauknya tapi bila kakpb masak, apasal jadi kelabu asap eh? Rasa lauk ni macam kurma dan sedap makan dengan nasi beriani. Kakpb belasah je dengan nasi putih.

AYAM BERIANI MADU
oleh: @blogsurirumah

Ayam potong 8
2 cawan susu cair
3 biji bawang besar - potong dadu
1 biji limau nipis - ambil jus
6 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar madu lebah (ada ke madu lain selain dari lebah?...hehe)
3 sm kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
Air secukupnya
Garam

Bahan kisar:
5 sudu besar ketumbar
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil lada sulah
3 tangkai daun ketumbar - yg ni takde
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

Cara membuatnya:

  • Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar. Kemudian masukkan bahan kisar dan sedikit air.
  • Bila mendidih, masukkan ayam, kayu manis dan bunga cengkih.
  • Masak sehingga empuk (tambah air jika perlu)
  • Masukkan susu cair bersama madu dan jus limau. Biarkan seketika.
  • Hidang bersama nasi beriani - lebih sedap!


Beberapa hari lepas, asyik berbuka dengan jus tembikai blend bersama buah laici dalam tin, sedaaaaap sangat. Tak pandang dah air teh o panas yang kat teko sebelah.

Selamat berpuasa semua dan selamat beramal!!

16 ulasan:

  1. sedap tu zana.
    Dalam bulan puasa ni ambil gambar pun mana sempat je. Dah masa tu sibuk masak, sibuk nak menyiapkan meja.. jadi ambil gambar pun macam kelamkabut.

    Asal ada je kan?

    Selamat berpuasa.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Zana.

    Sempat lagi tinggalkan amaran ya? hehehe...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. memang kelam kabut kan masak time berpuasa...he3
    apa pun, klu nama ayam beriani madu...
    compom sedapp kan...

    BalasPadam
  5. sekali pandang mmg mcm kurma.Agaknye resepi asal org tu buh sedikit tomato puri or cili blender sikit kot sbb tu nampak merah2 sikit..tak pun sebab flash dari kamera hihi.tingin pulak nak try masak ptg ni.

    BalasPadam
  6. As salam k. zana...
    samalah mcm ucu..selalunya dah masuk mulut separuh pinggan baru teringat nak snap...

    baru tadi pg dapur mamasya dia tayang punch tembikai secara solo....datang sini pun ada air tembikai...tapi k.zana ni buat air secara berduet (tembikai + laici) hahaha...

    BalasPadam
  7. wow weeeeeee pg2 da tyg mknn..kecuq sy

    BalasPadam
  8. amboi tajuk kak....hehehehe.....

    BalasPadam
  9. Zana... ayam madu memang sedap
    bermadu boleh buat kepala berasap.

    BalasPadam
  10. Wow! Ayam beriani madu ni mkn dgn nasi beriani ke kak?

    BalasPadam
  11. xbuat lagi nasi beriayani.. mmg dlm list jugak tu. hihi...
    tun kan, kdg2 amik gambo masa sahur, haha.. sbb lauk yg berbuka tu mmg bawa ke sahur.

    BalasPadam
  12. assalam kak Pb
    bulan puasa ni memang byk menguji kesabaran kita kan, biasa la tu he he
    marah2 sayang je
    sedap nampak ayam, samalah suka madu tp kalu bermadu no no he he

    BalasPadam
  13. Salam kak zana! cedappnyer tgk air kat bwh tuu :D kita berbuka minum air kosong jer sbb malas punyer pasal hihihi... kat luar mendung2 kejap ujan tu yg malas nak layan air sejuk2 sgt, alasan org2 pemalas ehehe... ayam beriani tu sedap kalau dpt mkn dgn geng2 dia :D

    BalasPadam
  14. Salam.. Apa khabar Kak Zana?

    Sedapnya menu akak hari ni.. Tentu berselera anak2 akak makan..

    Kak, senang2 nanti jenguk la blog Nur ye, ada entri pasal "ujian Allah". Akak juga patut baca dan dengar ceramah Ustaz Pahrol tu..

    BalasPadam
  15. Salam k.zana..betui tu,minum madu xper jgn bermadu udah larrrrr...

    Gelak atie baca n3 akak ni..nampak sedap ayam beriani madu tu ..

    BalasPadam
  16. salam syg kak zana..
    sedap ayam baryani madu tue..tp bkn utk simadu yer..he heheee..btl tu kak..air tembikai pun sedap..arit beli tembikai x brani nk mkn byk..sbb tgh batuk..nk wat jus pun takut..tp skrg dh ok sikit..nnt nk bland jgk tembikai tue..:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)