my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat Berpuasa, Maafkan saya dan Nasi Goreng Butter

Sabtu ni (esok) semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa. Selamat berpuasa pada semua teman-teman kakpb samada yang silent reader, blogger memasak yang hari-hari tayang makanan sedap2, pada keluarga yang jauh di semenanjung. Rindunya nak bersama mereka, gelak ketawa dan merancang nak masak apa untuk berbuka.

Kakpb minta maaf pada semua sekiranya kakpb ada menyinggong perasaan teman-teman ketika berkomen di blog. Manalah tau, kekadang kita bergurau, orang ingat serius. Mungkin bahasa kakpb terkasar ke.....komen tak memuaskan hati ke....harap maaf ye.

Satu lagi nak minta maaf juga pada seseorang yang kakpb tidak kenali, maaf sekiranya sms kakpb menyakitkan hati. Keadaan memang tak terkawal bila dalam tertekan dan terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya. Kakpb harap 'kamu' maafkan kakpb walaupun sebenarnya kakpb rasa 'kamu' lebih bersalah dalam hal ini. Sempena Ramadhan yang mulia ini, sama-sama kita mohon semoga Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kita semua. Amin.

 

Nasi goreng butter ni kakpb buat semalam petang. Untuk anak bujang dan cikgu fahmi. Kakpb makan 3 sudu jek :)) Simple je masaknya.......kakpb tengok kat blog sape tah hari tu, Sheila kot.

NASI GORENG BUTTER
2 cawan nasi putih
2 sudu besar butter
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telor
sotong segar
sedikit garam

Goreng seperti biasa, dah siap. 


nota kakpb: dah publish pagi tadi tapi susah betul nak edit guna tablet...

9 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Zana.

    Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

    Kakcik dan Abg Bob pun mohon ampun dan maaf dari Zana dan Fahmi atas segala salah silap yang mungkin tidak kami sedari. Semoga Ramadhan ini membawa bersamanya keberkatan yang bukan sedikit untuk kita semua. Amin.

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa kak pb

    BalasPadam
  3. saya pun mohon maaf salah silap sepanjang kenal di alam maya... selamat berpuasa kak zana... :)

    BalasPadam
  4. saya pun minta maaf jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa tau kak.. apa2pun, selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.. semoga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.. amin

    BalasPadam
  5. salam k. zana...

    selamat menyambut ramadhan yg mulia bersama keluarga tercinta..
    ucu ni pun kekadang tu bahasa terover banyak....jd ucu mohon maaf bebanyak ye kak....
    sayang akak..muah..muah..nk peluk ketat2 boleh..?cikgu fahmi jgn takut Insyaallah tulang k.zana tak kan patah punya lah....hihihi..

    BalasPadam
  6. Salam kak...amacam sdp takk hehhe budak2 mmg suka nasi grg2 cam ni...yg goreng simple2 tu buat sdp..

    Selamat menjalani ibadah puasa buat akk dan keluarga..kalau ada salah dan silap seta tekasar bahasa harap di maaf kan :-)....

    BalasPadam
  7. salam ramadan buat akk sekeluarga!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum..Nasi goreng simple2 ni mmg sedap esp ada letak sotong yg fresh nmpknya tu. Kalau mkn waktu sahur pun best ni..

    Salam Ramadhan al Mubarak buat kak Zana sekeluarga

    BalasPadam
  9. Salam Kakpb. Selamat menjalani ibadah berpuasa.
    Nasi ni nampak menyelerakan =)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)