my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

NASI SERAI kak ummi dan chef Liza

Alhamdulillah, baru je habis makan sahur. Sementara menunggu subuh, mengadap blog kejap. Maaf la ye kawan-kawan blogger, kakpb kekadang tak dapat nak blog walking setiap komen kat sini. Tapi nanti kakpb curi masa juga bila kerja rumah dah selesai. Sepatutnya di bulan puasa ni banyak masa terluang, tapi kakpb manjang je sibuknya. Bukan apa........waktu makan kita dah berubah, jadi kena adjust masa untuk berintenet.

Semalam petang kakpb berbuka ni........

tak kesahlah kalau orang kata tak sesuai nasi serai makan dengan kuah lemak, dah itu je yang terfikir kat kepala kakpb ni.......terima kasih pada Ummi Kuantan yang kongsi resipi ni....

NASI SERAI
olehL @blogsurirumah
sumber: Ummi Kuantan

Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru)
- 50 Hidangan Penambat Selera


Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng - akak x buat, x sempat loorrr...
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng. 
Bezanya yang kakpb masak, kakpb campur daun sup tu dalam air rebusan...:) kalau dihias atas nasi yang dah masak, confirm kena kuak dengan si anak. Kakpb ikut juga cara kak ummi tu, tumis dalam periok letrik atas api, dah mendidih baru letak kat dapur letrik.

Lain-lain lauk tu macam biasa je masaknya, sambal jejari ketam masak macam sambal tumis. Ikan merah tu letakkan nenas, cili padi dan lain-lain.......memang tak terangkat la punggung cikgu fahmi dari kerusi:p

Nanti free kakpb kongsi resipi biskut Red Velvet Chocolate Chip yang di buat semalam. Takdelah menarik sangat cuma rasanya memang sedap, mesti budak-budak suka.

11 ulasan:

  1. salam kak zana..sedapnya nasi berserai..mesti 1 umah berbau serai jer..mkn pon tambah berselera seisi kluarga

    BalasPadam
  2. teringinnyaaaaa .. nak buat nasi serai tu.

    BalasPadam
  3. serai dan minyak sapi. wanginyaaa..tapi basmathi takde stok pulak.

    BalasPadam
  4. nasi serai??? eh.. ni pertama kali saya dengar pasal nasi ni lah.. wah. rasa serai ye nasi tu kak?

    BalasPadam
  5. Assalam Zana, thanks yea sudi singgah dapur akak, Selamat Berpuasa...amboii nasi serai menu dia...mmg best dan senang resepi K.Liza ni kan...tp sedap x kalah..hehe

    BalasPadam
  6. nasi serai...?
    eh..first time dayah dengar..
    :)
    err...
    red velvet coklat chip tu biskut eh..?hehe..
    tak sabar nak tunggu..
    dayah tengah cari cari biskut nak buat biskut raya..
    ingat nak cuba satu dua jenis biskut baru..
    :)

    BalasPadam
  7. @Boni Kacak
    Mcm nasi lemak tu, cuma ni takde santan dan guna minyak sapi.

    BalasPadam
  8. @Ummi
    Walaikummussalam Ummi, terima kasih sudi singgah dan kongsi resipi.

    BalasPadam
  9. sedap nampak biskut tu..akak x pernah buat biskut..selalunya tak jadi..keras semacam jer..
    beli je la...akak mmg takde bakat dlam biskut2 ni...'
    akak pun dah letak link zana dalam blog akak..:))

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)