Assalammualaikum, sudah bermula hari pertama kita berpuasa hari ini. Sahur apa pagi tadi? Kakpb masak tomyam udang campur sotong dan panaskan lauk petang semalam. Tapi kakpb tak makan nasi sahur pertama ni, tak lalu nak telan. Minum serat 3 in 1 segelas, tiga biji kurma dan 2 keping biskut kraker. Ok la tu kan......
Solat terawih pun buat kat rumah je.....badan betul-betul tak mengizinkan. Hati......ibarat nak terbang pulang ke semenanjung, tinggalkan terus tanah Sabah ni.
Lemak labu ni kakpb masak semalam petang. Dah lama benar labu dalam peti ais. Campur dengan kacang panjang dan udang, ikut macam MATGEBU, cuma takde daun kunyit. Resipi boleh tengok kat blog Mat ye. Takde mood nak menaip sendiri.
Sepanjang bulan puasa ni, pasti kita merancang nak masak pelbagai resipi. Tapi bagi kakpb, tahun ni adalah tahun paling tidak seronok dalam hidup kakpb. Nak ke dapur pun malas tapi dah nasib orang perempuan, jalankan juga tanggungjawab tu.
Pasti rindukan pancake pisang ni di Pancake House, berkrim dan moist sangat. Balik KL kalau sempat nak pergi kat Mid Valley (betul ke kat sana? betul kot)
Kak Nong Restoran punya Soto Gulai Udang ni pun buat kakpb nak ulang balik makannya bila lepas puasa nanti. Kami jarang membeli dan buka di luar. Pening kepala fikir nak masak apa hari-hari. Orang lelaki senang je, masaklah apa pun, janji perut dia kenyang.
Selamat berpuasa semua, bukan tahan selera makan dan minum saja tapi tingkah laku juga. Jangan menggedik dengan bini orang, laki orang, anak dara orang, anak bujang orang!!
slamat berpusa kak zana..sedap sayur labu n udang tu..dh lama x buat sayur labu ..:)
BalasPadamSelamat berpuasa Zana, & happy selalu.
BalasPadamselamat bpuasa akak..waa,dapnyer menu bsahur akak...tapi itu la kn..pepagi gini mkn x bape lalu sgt kan..ambik kurma pon dh alhamdulillah kn kak..apapun smg puasa kita diberkati..amin:-)
BalasPadamkak pb.. saya satang ni kak.. heheh.. kalau komen saya spam saya majuk tau. :-P.. akak napa tu kak puasa paling tak seronok tu? akk mmg duduk kat sana terus ke? tak balik smenanjung dah ke? saboo ye kak. dimana pun akk, teruskan dengan penuh semangat dan selamt berpuasa buat akk sekeluarga :-)
BalasPadamAssalam kak, kenapa mcm tak happy jer ni? jgn sedihx2 yer...saya pun berpuasa diperantauan org juga. semoga kita tabah dan sabar melalui ujian dlm hidup ni. selamat berpuasa buat akak sekeluarga:)
BalasPadamSlamat berpuasa kak,
BalasPadamtenxs bg cetusan idea utk sy buat lauk berbuka karang,
nk buat msk lemak labu + udang tu la, hehe,
asslm kakPb...nape xhppy puasa thn ni...jgn sedihh2 yer...wlaupon jauh dmata tp dekat dhati..slmt mjalani ibadah puasa buat akak skeluarga...
BalasPadamAkak terpikat dengan lemak masak labu tu..dah lama tak menjamahnya..pandainya zana masak..selamat menjalani ibadah puasa yee
BalasPadamSalam Ramadhan, klau bersahur begitu punya sedap lauknya,,cmana la pulak berbukanya tu...!!
BalasPadamSelamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat berPuasa buat k.Zana. sama menu kita...semlm sypun masak lemak kuning udang dg labu.
BalasPadammoga Ramadan yg dtg bawa sinar keceriaan buat kak Zana....
lemak labu tu macam saya tak pernah makan pulak rasanya..
BalasPadamassalam kak pb, sedapnya sayur lemak labu tu..pekat jer kuahnya...
BalasPadamselamat menjalani ibadah puasa buat kak pb sekeluarga
@izahdaut
BalasPadamMana nak seronoknya kalau takde tempat mengadu Izah. Dulu rasa nak duduk sini lama, skg rasa nak balik secepat mungkin pulak.
@Nieza
BalasPadamInsyaallah Nieza, mudah2an sempena puasa ni kita semua tabah menghadapi dugaan masing2.
@Qasey Honey
BalasPadamw'salam QH...happy juga, cuma tak seperti tahun2 yg dulu.
@Abil Fikri Ahmad
BalasPadamAkak masak utk tuan besar je, akak mkn mcm pengemis kalau sahur.
@Mamasya
BalasPadamterima kasih mama