Pagi ni sambil update blog, sambil tengok tv9, ceramah agama, 'Kunci Pembuka Rezeki'. Bertaubatlah kita, demi mendapatkan rezeki yang melimpah ruah, insyaallah. Allah Maha Pengampun......janganlah kita tambah dosa yang telah sedia ada. Sedarlah, hukum karma..... sekiranya sekarang ni kita terlepas dari balasanNya. Tidak mustahil satu hari nanti terkena pula kepada saudara mara kita, adik beradik kita dan mereka yang kita kasihi.
Terima kasih ya Allah, walau apa yang ku hajati tidak tercapai, syukur dengan apa yang telah Kau beri pada ku. Kek ini kali pertama kakpb buat. Takpelah tak menjadi, asalkan tidak sakit perut memakannya. Anak bujang kata sedap. Ayahnya tak rasa lagi, takde kat rumah malam tadi sebab ada program kat sekolah. Resipi dari......ahhh....tah mana pula link blog tu, takpe la....kakpb tulis sendiri kat sini.
KEK CHIFFON LABU
@blogsurirumah4 biji kuning telor
30 gm gula halus
60 ml susu atau santan
60 ml minyak sayur
80 gm labu - rebus dan lecek
120 gm tepung kek superfine
1/4 sudu kecil baking powder
garam
4 biji putih telor
100 gm gula halus
1/4 sudu kecil cream of tartar
1. Pukul kuning telor dengan gula hingga kembang dan warna bertukar pucat.
2. Masukkan susu dan minyak. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan labu dan tepung, gaul rata, ketepikan.
1. Pukul putih telor hingga berbuih.
2. Masuk gula dan krim tartar.
3. Pukul dengan high speed hingga menjadi meringue.
4. Gaul putih telor dengan bahan tepong tadi secara kaup balik dan kacau perlahan.
5. Bakar dengan suhu 150-160 selama 35 minit atau hingga masak.
Mungkin ada dua kesilapan kakpb, putih telor tidak betul-betul kental dan menggunakan loyang springform yang baru beli, takde lubang tengah. Kek chiffon memang kena pakai loyang tu ke?
Assalamu'alaikum Zana.
BalasPadamSemoga Allah memberikan apa yang terbaik buat kita. InsyaAllah.
Fahmi tidur kat pulau ke malam tadi?
Rasa sedap yang pasti kalau tak mana mungkin anak zana kata sedap cuma tak naik sikit je. Mata kakak tengok pun sedap zana..
BalasPadamSalam kak zana..
BalasPadamSy baru berkesempatan BW ni kak...akak napa sedih?jgn sedih2 sgt ya kak..apa2 pun yg berlaku harap akak tabah dgn dugaan yer..semoga segalanya dipermudahkan..amin
dlm dok sedih2 pun sempat kakpb buat kek tu.Gerenti sedap ditambah lg bahan dia tu ada labu.Tak penah lg mkn kek chifon labu.Sama2lah kita memohon keampunan dari Nya
BalasPadamsalam k.zana...
BalasPadamkesian akk tidur mlm sorang2....
tak pe ptg nanti c.fahmi balik ready depan pintu dengan kek ni terus suapkan ke mulut c.fahmi yer...
walau dlm apa sekalipun keikhlasan penting dan selalu muhasabah diri barulah rasa tenang selalu....
salam kak... mesti sedap kan...sy mmg suka labu, lepat labu, sira labu....=)
BalasPadamsalam k.zana....xmau la sedih2. harap akak tabah hadapi semua dugaan.btw sedap je nampak kek labu tu. untuk toppingnya akak pakai apa tu kat? fresh cream@whipping?
BalasPadamtengok gambar pun nampak macam sedap.. rasa musti dua kali ganda lagi sedap tu
BalasPadamTeringin juga nak try.Memang nampak sedap la kek tu zana.
BalasPadamslm kak pb.. dh bakar, keluarkan dr oben tu biasanya kene terus terbalikkan loyang masa sejukkan dia. mmg biasa akan turun sket compared dr masa dlm oben.
BalasPadambelum pernah lg wat kek chiffon labu.. nampak sedap.. a'ah kak mcm tun ckp tu biasanya kek chiffon lepas masak keluarkan dari oven terus terbalikkan loyang.. & biasanya loyang yg sesuai loyang berlubang tengah khas utk chiffon.. bukan loyang kuih bakar org dulu2 tu.. hehe.. apa2pun.. tak kisahlah kak janji sedap dimkn...
BalasPadamnmpk gebu..sedap nyerrr
BalasPadambila dah ada deco2 tu saya kira dah mjadi la tu zana.. yg penting sedap.. bangga klau anak2 memuji..hilang rasa penat memasak
BalasPadamAlahai, rasa creamy tu sampai kat tekak saya kak=))
BalasPadamsedapnya....