Hari ni cikgu fahmi ajak kakpb makan luar, maknanya buka puasa di luar. Suka la tu......sila jangan jeles. Bukan permintaan kakpb ye......ni arahan encik suami. Sebenarnya kakpb lebih suka berbuka di rumah. Boleh layan drama Dejavu di Kinabalu sambil makan. Lepas tu takdelah terkejar-kejar nak balik solat maghrib. Tapi tempat makan ni berdekatan dengan rumah, sempatlah balik sembahyang.
Bahu kanan kakpb ni sakitlah, agaknya sebab buat tart nenas tu kot. Suruh si bujang memicit, lepas solat maghrib, dah tidur pulak. Mintak cikgu fahmi picitkan? hemmm.....kakpb ni bukan suka sangat minta tolong dengan orang, lebih-lebih lagi orang tu tak pandai dan tak mahir. Ada jugalah dia urut, terima kasih ye. Kekadang mulut kakpb ni lupa nak ucap terima kasih, jadi kakpb ucapkan terima kasih di sini. Harap dia baca.
Ni lauk buka puasa semalam, terung goreng belacan (gambar atas sekali) dan daging goreng kentang. Terung goreng belacan tu dari blog YATIE, maaf la...kakpb tak copy paste. Kalau nak cuba, boleh pergi blog Yatie tu ye....
Daging goreng kentang tu pula terjumpa di blog K.Nor secubit garam, resipi asalnya dari Wana Potret Kasih dan ni pun kakpb malas nak copy paste. Korang pergilah tengok sendiri ye. Tangan kakpb lengoh la nak menaip :)) ni banyak lagi kerja terbengkalai kat dapur tu sebab update blog.
Ok, sampai jumpa lagi.....ada juga buat tomyam ala thai, tu update kemudian. Selamat berpuasa semua.
ni apa kes malas nak copy ni. sya pun malas nak klik lah.. huhu;.. akak ni copy jela yg daging tu. daging ada dlm peti es nak jugak buat lauk tuk sahur. mcm membuak selera gak tu ..:-)
BalasPadamTahun ini semua anak2 kakcik ada di rumah termasuk seorang anak angkat. Kalau nak berbuka di luar, 'parah' juga rasanya. :)
BalasPadamZana simpankan tart tu untuk kakcik, boleh? Tapi tak tahu pulak bila kakcik nak ke sana... Hmmmm... tak apalah, lain kali saja la kalau macam tu. :(
Bestnya Kak Zana nak berbuka kat luar.
BalasPadamSaya tgh tunggu IRP kata "Jom!". :D Maybe weekend nanti kot. Harap2nya.. :D
Saja jea kan tunjuk gambar lauk sedap2..dah la saya terlelap time sahur tadi, bgn jea pukul 6.30 dah..laparr ni,,
BalasPadamsalah satu syok berblog ni leh kongsi2 resepi.kdg2 sampai takde idea nak masak ape...bila jenguk blog kawan2 barulah ada keputusan nak ape berbuka nnt.
BalasPadamdua2 ni saya suka, kak.
BalasPadamlauk gini yg sedap bila berbuka...
BalasPadamkite pun sama. tak berapa gemar nak berbuka kat luar. lagi selesa berbuka di rumah sendiri
BalasPadamstart posa smpai skrg ttp buka kat umah...tp myb esok kat luar kot...tu pun sbb ada yg belanja...
BalasPadam