my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

AYAM LEMAK BEREMPAH





Stok ayam salut tepung banyak dalam peti ais kakpb. Jenuh nak mengabiskannya. Selalunya salut dengan sambal macam kat pizza hut tu. Tadi kakpb guna ayam salut tepung ni untuk masak ayam lemak berempah. Lari dari resipi yang sebenarnya. Takpe kan.......bukan Agong ke yang nak makan, sendiri makan. Ok, jom pergi station masing-masing, kita mula masak..(ayat 'station' seperti dalam MasterChef):)

AYAM LEMAK BEREMPAH
oleh: @blogsurirumah
sumber: buku kompilasi masakan ayam

Bahan-bahan:
500 gm ayam di potong - kakpb guna ayam segera yang salut tepung
Bahan kisar :
10 biji cili api
2 batang serai
2 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji bawang besar

1 sudu serbuk lada hitam
600 ml santan - kakpb guna susu cair
1.5 cm halia di kisar
Minyak masak
sedikit gula merah dikisar juga
Garam

Cara membuatnya:
1. Goreng ayam separuh masak - angkat (kakpb goreng ayam macam biasa)
2. Tumis bahan kisar bersama lada hitam hingga naik baunya.
3. Masukkan santan/susu cair dan garam, kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ia mendidih. Renihkan atas api perlahan hingga ayam masak.
(sebab ayam goreng kakpb dah betul2 masak, tak perlu tunggu lama, agak2 kering kuahnya terus angkat)





Hari ni ambil gambar serba tak kena, tak nampak ketulan ayam tu. Bagaimana pun rasanya memang sedap, ala-ala rendang gitu.




Agak-agak apa yang ada dalam fikiran si bujang ni ye? Sayu je kakpb tengok wajahnya, fikir masa depan atau fikirkan.......janganlah risau, ibu sentiasa ada di sisi mu tidak kira suka atau duka nak!

10 ulasan:

  1. sedapnya Kak PB,
    makan ngan nasi panas-panas....
    lapar jadi ni...

    BalasPadam
  2. Nampak menyelerakan sekali hidangan kak PB ni.

    p/s : Kalau ditanya, rasanya kek mama tu jauh lagi cantik dari tukang buatnya... ahaks..

    BalasPadam
  3. Tak kira kak, besok saya nak cuba buat resepi akak ni :)

    BalasPadam
  4. pergh.. nampak menarik gila ayam ni

    BalasPadam
  5. kak kalau lauk ni tak perlu lauk lain dah ...makan ngan nasi putih je dah okay..

    BalasPadam
  6. omaigod....nampak sodap tu kak....atok nak try tapi maso tu sentiaso tak hado T____T

    BalasPadam
  7. haah nampak mcm rendang. sbb keringkan. boleh cuba nih! ;D

    BalasPadam
  8. ayam? hmmm .. mmg feveret anak2 saya kak.

    BalasPadam
  9. salam k.zana...

    kalau ucu tahu ayam yg besalut tu boleh dibuat masak lemak berempah..dah lama ucu masakkan ...aduiyaiii kesiannya anak ucu kt rmah..sebab pagi tadi ucu suruh dorang goreng sendiri ayam tu makan dgn nasik...ucu cuma masakan nasik jer...

    kenapa lah akak lambat publishkan lauk mcm gini....geramnye ucu...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)