my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tak setuju bawa handphone ke sekolah

Benarkan anak bawa handphone ke sekolah? Oh tidak, kakpb tak setuju sangat. Pasti akan terjadi kes hilang handphone sebab di curi rakan, terlupa atau tertinggal kat kelas atau tandas. Lebih-lebih lagi si Aziz tu, jam tangan yang melekap kat tangan pun boleh hilang, alasannya buka sekejap untuk ambil air sembahyang kat sekolah agama.

Budak-budak pantang ada benda2 begini, pastilah game handphone tumpuannya. Macam mana nak concentrate pada pelajaran. Kalau ngadap game saja, takpelah. Dibuatnya ada yang lebih advance dari tu?

Pada pandangan kakpb, kan bagus kalau cikgu sepakat dengan anak murid satu kelas beli handphone. Cikgu boleh simpankan untuk mereka. Sekiranya mereka ada kesulitan nak buat panggilan pada keluarga masing-masing, bolehlah guna handphone kelas. Itu kalau di sekolah.

Jika terjadi apa-apa kemalangan di luar kawasan sekolah pula, itu kena fikir cara lainlah. Kadang kala ada handphone pun, orang boleh rampas juga. Pokoknya, kakpb bangkang sangat jika dibenarkan handphone masuk sekolah.

15 ulasan:

  1. Klu kak Nurul pun x setuju sgt boleh bawa hp kat sklh.

    BalasPadam
  2. nanti anak2 lebih tumpukan pada gadjet dari belajar!

    BalasPadam
  3. Cikgu tk sgt tak setuju...melihatkan keadaan di sek skrg. Dorang guna hp utk dating dlm sek. Sms britau nak dating kat mana.Tiap2 hri cikgu disiplin tangkap..

    BalasPadam
  4. pasang je public phone byk2 kt skolah tu..abis cite!

    BalasPadam
  5. tu lah kan??? nanti tgh cikgu ngajar tetiba bunyi hp...mmmmmm ntahlah mmg ada baik dan buruknya... tp dulu ok jer walaupun xde hp kan??? as long as mak bapak tahu ank dia sek kat mana... so ada apa2 blaku mmg th anak dia kat sek tu dan blh trs pg sek....ntahlah...dunia dunia....

    BalasPadam
  6. tun pun x setuju.. kalau dh urgent sgt nk tepon parents, blh je gi opis sekolah guna tepon.. ntah apa2 la kementerian nih..

    BalasPadam
  7. Salam k.Zana.mmg lebih -ve dr +ve bila budak2 bawa hpone ke sek.selain main games, dok bersms nanti terganggu pula kelas dg bunyi2 panggilan hpone..

    BalasPadam
  8. a'ah...org pn x setuju..kalo di hitung2 ant buruk n baiknya bw henset kt skola, lbh byk buruknya...huhu..

    BalasPadam
  9. Along pun tak setuju gak... mmg bebudak kang lain kerja nya. Buat pula ramai kwn yg ada hp, yg takda pun nanti rengek2 nak juga. Dah dapat nanti lain citer pula.

    BalasPadam
  10. bwk hp utk budak2 sekolah ni lebih byk buruknya dari baiknya.saya mmg tak setuju.Lebih elok pasang public phone byk kat kawasan sekolah tu.

    BalasPadam
  11. x setuju jgk anak bawak phone ke sekolah.....lain jdnya nanti. Akn byk masa n lekalh anak2!

    BalasPadam
  12. kan kak PB,
    banyak keburukannya...

    salam ramdhan kak PB,
    semoga segala harapan ramadhan terlkasana...

    BalasPadam
  13. Kak Zana, Selamat berpuasa.

    Take care and have a nice day.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)