my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Biskut Red Velvet Coklat Chip

Agak-agak dah berapa jenis biskut teman-teman blogger kakpb buat? Mesti berbalang-balang kan? Eh...jarang guna perkataan balang ni...teringat pula kat Anymz, dia yang mula sebut balang kat facebook hari tu. Dalam bayangan kakpb, balang ni......botol besar jenis kaca, iye ke?


 comel tak bendalah tu mencanak ke atas? buruk je......nak tukar style lain pulak lah!

 Bila mengukis kuih raya ni.......teringat pula kat kawan kita si Doktor Cinta ni, apalah yang di buka dan di sahurnya? Opkozz la dia menapau je kan? Mana ada lelaki yang nak masak hari-hari melainkan kalau kerjanya sebagai Chef di restoran, hotel dan gerai :)

Kakpb nak share sesuatu dari facebook, ayat-ayat yang menyentuh hati (sebelum buat biskut, kasi motivasi dulu)

"JANGAN SESALI APA YANG SUDAH PERGI
               JANGAN TANGISI APA YANG SUDAH TIADA
TETAPI BANGKITLAH DAN BINA KEMBALI
       APA YANG TELAH HILANG DAN PERGI"

BISKUT RED VELVET CHOCOLATE CHIP
oleh: @blogsurirumah

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula - kakpb guna gula castor
1/2 cawan gula perang
1 biji telor - kakpb guna telor omega
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu teh pewarna merah
1/2 cawan chocolate chip (putih/coklat)

Cara membuatnya:
Putar butter dan gula dengan mesin pengadun/hand whisk hingga sebati.
Masukkan telor, esen vanila dan putar lagi hingga lembut.
Masuk pewarna merah dan serbuk koko.
Kemudian masukkan tepung, baking soda, garam dan akhir sekali chocolate chip.
Gaul sebati dan cedukkan adunan menggunakan sudu atau apa saja.
Susun dalam loyang pembakar.
Suhu oven 375F (kakpb guna 160C)

Untuk biskut yang kakpb buat ni, kakpb tak campur choclate chip ke dalam adunan sebab kakpb nak guna acuan tart. Malas nak main terap-terap. Kemudian choclate chip tu kakpb tenggek sebiji je atasnya. Lepas ni kakpb nak buat lagi tapi nak campurkan coklat chip dalam biskut sekali gus. Kalau ada kaler putih lagi cantik kot.
Tak kesahlah......yang penting rasanya yang sedap tu, krup krap garing dan terasa koko.

16 ulasan:

  1. Comel jer yg mencanak tu... janji sodappp ek..

    BalasPadam
  2. Terasa-rasa biskut itu cair dimulut. :)

    BalasPadam
  3. alamak akak..segan nak bitau..
    nak wat biskut pon x reti neh,camno...
    heheheee...sedaplah nmpk biskut red
    velvet tuh...ishh,tergoda aih hahaha..
    mesti bbalang2 kat umah akak tsusun
    biskut raya nti yer..sonoknya..
    nk p beraya buleh?hahahaaaa...

    BalasPadam
  4. Salam kak...
    aduii ai dah mula mengukis...asz belum start lg...mggu nie kn la p yummie bangi carik brg buat kuih..:))

    BalasPadam
  5. Assalam kak, saya dtng nak beraya ni..wahh sedap tgk coklat chip akak ni...hehe semua org dah start buat biskut raya saya jer lemau lagi tak terasa pun sebab dok tempat org ni.

    BalasPadam
  6. dah terasa-rasa mood raya :D
    ada masa boleh try nih. insya-Allah

    BalasPadam
  7. sedapnya....
    buat sikit2 lama2 jadi banyak kuih raya..
    klu berkesempatan, memang puas hati buat sendiri..

    BalasPadam
  8. wah! kak PB dah stat buat kukis meriah2 la. hari tu dah tayang tart. ni choc kukis la pulak. takleh jadi ni.

    BalasPadam
  9. Salam k.Zana. sedap ngunyah biskut choc chip tu.sy belum mula buat biskut....belum ada mood nak ngukis.
    re; skrg ni pagi....Egypt lewat 6 jam dr Msia.

    BalasPadam
  10. hadoiyai. terbayang2 tgh menggigit kuih ni...

    BalasPadam
  11. Takde berbalang-balangnya kak..
    Kuih tunjuk2 je..hehe
    Rajinnya akak...first time saya dgr biskut red velvet..

    BalasPadam
  12. awal dah buat kuih raya zana? nak samapi raya nanti berbalang balanglah kuih tu ye..

    BalasPadam
  13. Salam.. Boleh masuk list biskut yang kena dicuba.. Tentu sedap.. Baca entri akak ni pun dah tau akan kesedapannya.. :)

    BalasPadam
  14. pergghh...!
    termenung kejap tgk nye..!
    boleh ke dayah nak cuba buat nih..
    aii...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)