my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

TOMYAM ALA THAI

nama je tomyam udang, tapi sotong tu....terbaring-baring, siap kuak lentang atas udang...:)

Siapa suka tomyam, angkat tangan!! Anak bujang kakpb ler suka sangat dengan tomyam. Sejak sebelum puasa hinggalah hari ini, asyik bertomyam je kakpb di dapur. Naik muak dibuatnya. Biasa kakpb guna paste tomyam Nona yang dalam botol tu. Tapi semalam (hari Selasa) bosan pula makan rasa yang sama, kakpb cuba tomyam alal Thai, paste buat sendiri. Boleh tahan juga rasanya......wah...puji diri sendiri ni.

Jumpa di blog Intai Dapur Liza dan Liza copy dari Tokeh tart nenas..:) Anymz. Kakpb minta copy paste ye, halal ye......(nampak Anymz dan Liza angguk-angguk tuuuu..)

TOMYAM UDANG ALA THAI
oleh:@blogsurirumah
sumber asal: Rozi Salehin/Ros

Untuk Perencah Tom Yam

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam
(kakpb tak letak cili kering sebab takut pedas sangat, tapi lainkali nak letak juga)

Cara

Semua bahan di atas di kisar
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes
(masa ni kakpb terus tumis dalam periok, tak buat untuk simpan)
 
 
Untuk Sup Tom Yam

ayam -nama je tomyam, kakpb tak guna ayam pun :)
udang
sotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis
(terserah nak banyak mana sayuran ini)
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam - tak letak
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar - yg ni takde
 
Rebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..
 
Terima kasih pada yang sudi berkongsi resipi yang sedap ni di blog masing-masing. Kakpb akan gunakan resipi ni jika rajin atau bila kehabisan stok paste tomyam kat dapur.

25 ulasan:

  1. Adehh..nampak sedap laa tomyam tuu...seksi lak si sotong buat aksi kuak lentang tu kak..hehe..tomyam ni takleh bygkn lama2 rasa masam pedas dier tu..leh kuar air liur tanpa sedar kang..hehee..

    BalasPadam
  2. Besttttt!!!. Thanks for sharing Kak Zana. Anak kita mmg suka tomyam. Harus nak kena cuba recipe homemade yg ni. Tak sia2 kita berblog kan.. hari2 ada je resepi menarik yg selama ni kita tercari2.

    BalasPadam
  3. akk sedap tu klu style thai..melampau sotong tue pose yer..he hehe bulan pose nie ada jgk plan nk wt tomyam..nk wt pedass2

    BalasPadam
  4. Bulan puasa ni memang sedap makan lauk berkuah yang masam2 sikit. :)

    BalasPadam
  5. salam kak... adehhhh nih yg sgt bes nih... leh masuk list sbb anak2 n suami suka tomyam! selamat bpuasa kak..

    BalasPadam
  6. kita suka tomyam yang tak guna paste macam ni... urmm.. terkesip2 dah ni..

    BalasPadam
  7. bulan bulan posa mmg nk mcm yg masam2...=)

    BalasPadam
  8. dah lekat nama tokey tart nenas pulak kak anymz...hihih...kite baru buat tomyam minggu lepas.

    BalasPadam
  9. kak pb!!!!!!!!!! tun termengah2 marathon BW ni.. kot2 org ingat tun dh lupakan mereka kan. hihi.... tun ingat, cuma x sempat nk curi masa. huhu.. sedih je rasanya..
    tun suka makan tomyam!! sbb tun kdg2 gatal2 makan udang, jd tun buat tomyam ayam je.. buat tomyam camni kalau dh bosan mkn nasi blh celur mee mkn ngan ngn kuah tomyam kan.

    BalasPadam
  10. Kakak bulan ramadhan biasa membeli (sebab kakak tak masak tau zana) pun tak pedas sebab nak imbangkan dgn anak kakak.

    Kauh-kuah memang sedap utk berbuka..

    BalasPadam
  11. Kak, smlm sy berbuka tomyam poktek. Heee!

    BalasPadam
  12. Assalam kak pb,
    waduh sepanajang bulan puasa ni kita belum lagi masak tom yam..mesti nak masak jugalah dalam bulan ni..sedap tom yam, my family suka makan tom yam..salam ramadan buat kak pb & family ya..

    BalasPadam
  13. Oh saya paling suker tomyam..ingat hari nie nak buat tomyammm jugak...:P

    BalasPadam
  14. saya mengelat selalu buat tomyam guna perencah je. hihi..

    BalasPadam
  15. hadoiyai... sedapnya.....pergh...

    BalasPadam
  16. Ala Thai yang sedap tu...kalau makan kat kedai, hirup2 kuah bagai tak puas memanjang..segarnya masuk alur tekak...

    BalasPadam
  17. woohh..sedap nih! tapi saya sorang je yang bedal, suami tak suka tomyam ):

    BalasPadam
  18. Salam Zana,

    Kena tukar namalah nampaknya tom yam tu kan!!!

    BalasPadam
  19. salam perkenalan dari dayah..
    :D

    dayah selalu jugak masak tomyam sebab senang , berkuah segala lauk ble letak sekali dengan sayur..
    hehe..(dasar pemalas :P)

    err...tapi tak pernah dapat kuah pekat macam nih..(dlm gmbr tu..)

    hehe..

    tangan baru belajar masak..
    :)

    BalasPadam
  20. tertinggal pelambung lah k.zana....
    tak dapat hirup air tom yam..dapat kopipes resepi pun jadilah...

    akak...kek tu bulan2 lepas punya lah sbelum posa...ucu dah selamat syambut syawal 2 hari awal ramadhan hari tu...hihihi...

    BalasPadam
  21. tomyam thai mmg sedap kak zana

    BalasPadam
  22. Lama tak masak tomyam.. Nur selalu guna rempah tomyam ADABI.. Bila2 boleh cuba resepi Kak Zana pula.. Nampak menyelerakan betul.. :)

    BalasPadam
  23. tomyam??petang ni akak buat..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)