my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Seafood di Buli Sim Sim, Sandakan

Salam sejahtera semua.....apa khabar teman-teman blogger sekalian. Kak pb tengah bosan ni kat bilik hotel. Nak buat apa pun tak boleh. Kalau kita ni dah biasa buat kerja, bila kena 'melepak' atas katil je, jadi bosan yang amat. Nak jalan-jalan kat luar pun tak best sebab hubby bertugas. Anak bujang ni bukan jenis yang suka merayau-rayau window shopping. Memerap je kat bilik...

Hari tu kami tidur di Hotel Seafront tapi tak best la.......agak kurang bersih biliknya. Kak pb ajak hubby pindah tempat lain tapi bukan senang nak cari hotel yang berdekatan dengan tempat dia bertugas. Kebanyakannya penuh sebab ada kontijen sukan dari daerah lain yang anjurkan program mereka di sini. Komplek sukan punya bilik pun dah penuh, baru semalam anak murid dia dapat pindah ke sana.

Nak cerita pasal makan je ni, iyelah kan......kita tak masak....makan luar setiap pagi (kekadang pagi merangkap ke tengahari sebab kenyang sangat). Kami sarapan pagi Di Restoran Nusantara yang berdekatan dengan hotel, sedap sangat masakan disini. Harga pun dalam RM5-RM6 setiap hidangan. Nasi goreng pataya, soto makasar untuk hubby dan kak pb mencuba nasi goreng udang butter. Ni kali pertama makan macam ni, itu pun hubby cadangkan. Kak pb agak cerewet kalau memilih hidangan. Alhamdulillah sedap semuanya.


Lepas makan, hubby terpaksa berkejar ke sekolah untuk uruskan anak murid dia. Terpaksa ikut dan dia drop kak pb dan anak kat padang kriket......huhu.....kesian kak pb kan? Ala-ala bercuti di tengah padang kaedahnya.
Kejap je......dalam masa menunggu tu, kak pb snap gambar sambil tengok budak-budak tu main kriket, peringkat bawah 18 tahun. Tengok dari stadium hoki yang takde orang....hehe.....sambil menikmati keindahan padang sejauh mata memandang. Bayangkan ianya seperti berada di tengah sawah padi yang menguning.....huhu......


Tu diaaaa.......sawah padi dalam gambaran kak pb....habis anak bujang ni round satu padang untuk hilangkan boring dia. Sorang-sorang dia je.......padang kriket kat sebelah kanan tu.
Selesai urusan dengan anak murid dia, barulah kami cari hotel lain. Dapat satu bilik berdekatan dengan lobby, senang nak keluar masuk, tak payah panjat tangga. Hotel One Utama ni selesa sikit walaupun sebenarnya dok rumah lebih selesa, rindu la pulak kat rumah kak pb.




Untuk mengubat duka lara kak pb siang tadi, encik hubby pun bawalah kami makan di Buli Sim Sim. Restoran pinggir laut yang ramai pengunjungnya malam tu. Sebelum ni kami pernah makan di Ocean King tapi di situ agak mahal. Ada di SINI, kalau rajin nak baca kisah kami di situ 2 tahun lepas kot.


Udang goreng butter bersama cheese (udang yang segar), sayur manis (suka sangat sayur ni, lebih sedap dari pucuk paku atau sayur2 lain) Air kelapa kak pb punya. Kesemua yang kami order kurang dari RM100, kiranya dah murah ni..

Orang ramai sangat masa tu. Hampir nak cari tempat lain je tapi pelayan sediakan juga tempat kami di bahagian hujung sekali, sesuai untuk tiga orang. Air laut surut masa tu. Kalau siang mungkin nampak segalanya kat bawah. Nasib baik gelap. Angin bertiup lembut, tak perlu kipas dah.

Ketam suri atau ketam bunga tu anak bujang pb yang punya. Goreng kunyit gitu je, pun sedap sangat. Ada lagi ikan siakap stim tapi kak pb tak snap foto sebab dah pegang sudu garfu, tak kuasa dah. Perut pun berkeroncong tengok lauk2 yang menyelerakan. Licinnnnnnn kami bedal!

Cukup sampai di sini, nanti free kak pb jalan blog korang ye....
Sebenarnya ni kali kedua kami di Sandakan, jadi mungkin tak pergi tempat yang kami pergi dulu kat SINI.

Kalau ada yang tak kena tentang entry ni bagi orang-orang Sabah, minta maaf ye, mungkin kurang lengkap atau memuaskan hati. Sila tambah apa yang perlu.

Seharian dalam perjalanan

Salam sejahtera semua....

Ada kesempatan ni kak pb update sikit blog. Hari Rabu kami bertolak agak lewat ke Sandakan kerana urusan suami yang tak selesai dari jam yang sepatutnya kami pergi. Keluar rumah pukul 9.30 pagi, sampai depan sekolah Likas, menunggu lagi hampir satu jam lebih baru bergerak. Banyak urusan cikgu-cikgu yang nak pergi terbantut kerana masalah tertentu. Kak pb cuma boleh pandang je, bukan tugas kita nak enterframe.

Akhirnya bila dah selesai, kami bertolak dalam pukul 1 lebih, dah tengahari sangat. Perjalanan sepanjang masa hujan tapi tak lebat. Lori berderet-deret, faham je la kalau perjalanan melalui kaki gunung, mana boleh laju sebab berbelok-belok, gaung kat bawah nun.

Kali ni gunung Kinabalu tak kelihatan sebab kabus tebal. Itu belum gelap lagi. Kabus campur debu di setengah bahgian jalan, asap lori yang berkepul-kepul menjadikan pandangan agak sukar ditambah dengan hujan. Berhenti makan nasi lalap, mihun goreng dan kepak ayam di pekan kecil ketika merehatkan kenderaan sebentar. Masih hujan, tak selesa kerana badan rasa melekit dari pagi belum dapat mandi. Hubby pula nak kejar masa malam tu ada meeting di PPD Sandakan. Abak-anak murid dia dan kontijen kriket yang lain dah berlepas dengan bas Ekspress (nanti kakpb cerita pasal apa naik bas tu)

Tepat 9 malam kami sampai Sandakan dan terus menuju ke bangunan PPD yang tidak kami tahu langsong di mana letaknya. Cuba cari menggunakan maps yang ada dalam Samsung tablet, akhirnya jumpa. Nasib baik masih ada bateri lagi, itu pun dah hampir kong.

Tunggu pula kat situ dalam 2 jam (hubby meeting kriket).Puas dengar radio, kak pb kehulu kehilir dalam bangunan tu. Cuma ada security berkeliaran buat kerja mereka. Bila dah lama sangat kat bawah, kak pb ajak anak bujang naik tingkat 5 (tempat meeting) lepak kat kerusi lebih selesa. Mata dah kelat....sabar je...

Habis mereka meeting jam dah pukul 11 lebih. Baru boleh cari hotel. Bukan senang nak cari dalam keadaan letih, mata mengantuk, tempat tak biasa pula. Kami ambil keputusan masuk pusat bandar. Ini kali kedua kami ke Sandakan, alhamdulillah tak sesat sangat. Terus book hotel Seafront dan tak rancang nak bermalam lebih dari sehari sebab agak jauh dari tempat penginapan anak murid dia. Tugas yang di pikul sebagai pengurus pasukan dan pengadil membuatkan hubby tak boleh jauh sangat pilih hotel. Kerana dia terpaksa berulang alik sepanjang hari.




Sempat posing pukul 6.30 pagi depan lobi sebelum keluar cari sarapan. Tapi bukan dapat makanannya pun, hubby pergi cari sekolah tempat bebudak dia menginap. Masuk jalan sana, keluar jalan sini, tanya orang tu tanya orang ni.......naik pening kepala. Setelah puas menyesatkan diri, akhirnya jumpa juga.




Ok, kak pb nak keluar cari makan malam dulu la. Nanti sambung lagi ye....

Muffin Coklat Mentega

Assalamualaikum semua.....

Mungkin ini adalah entry masak memasak kak pb yang terakhir untuk minggu ni. Kenapa? Kita nak jalan jauh laaaa.....nak ke mana? Ada ler tempatnya......tapi bukan luar negeri.....hehe....dalam Sabah juga. Saje nak mengekor encik suami bertugas sambil tu kita boleh le ketik-ketik kaki atas katil hotel. Cuti masak beberapa hari ni, halus ler tapak tangan sang isteri!!

Oh ye, muffin ni kak pb tengok resipi kat rumah MAKCIK MUFFIN. Tengok rupa macam senang nak buat sebab kak pb nak habiskan stok coklat masakan dalam peti ais tu. Baca kat blog Izah, katanya muffin ni tak payah kacau lama sangat. Lepas tu akhir sekali katanya kalau bancuhan tu berketul-ketul, tak pe, biarkan je. Kak pb kata dalam hati, ni kalau tak jadi ni, siap ko Izah!!

Sukanya kita, menjadi akhirnya........terima kasih ye Izah...


Kak pb minta izin kopipes ya Jah......

MUFFIN COKLAT MENTEGA
@blog surirumah
resepi dari buku: Aneka Kek Pilihan oleh Zarina

bahan:
2 cwn tepung gandum
3 sk baking powder
1/4 cwn gula
2 biji telur
2 sk esen vanilla
1 cwn susu segar
50 gm mentega *cairkan
1/2 cwn coklat masakan dicairkan

Cara memasak:
Ayakkan tepung dan serbuk penaik ke dlam mangkuk.
Buat 'perigi' ditengah bahan2 kering tadi . Kemudian masukkan gula.
Pukul sebati telur bersama vanila esen dan susu segar dan mentega cair.
Masukkan ke dalam bahan kering tadi dan gaul sebati.
Jangan overmix. Masukkan coklat cair ke dalam adunan dan gaul perlahan2.
Jika terdpat tepung berketul2 tidak rata biarkan. Jika kita terlebih2 sebatikan adunan, nanti adunan akan keras.
Bakar pada suhu 190 C selama 15-20 minit atau hingga muffin masa.
Siap dan hidang.
 
 
Lepas snap gambar, 2 ketol kak pb ngap, lembut muffinnya dan tidak begitu manis. Kalau sesiapa yang suka manis, boleh la tambah gula lagi.
 
Sepanjang ketiadaan kak pb (mungkin update juga kalau takde masalah line) korang jangan nakal-nakal tau. Jangan kecahkan dapur kak pb ni, bibik takde nak tolong kemas.
Terima kasih tolong tengok-tengokkan rumah kak pb, jumpa lagi jika ada kesempatan....tata titi tutu....

Ikan Bakar Portugis

Salam sejahtera semua....

Ada ke orang ternanti-nanti kak pb update blog? Hari ni lewat sikit sebab celcom kak pb belum bayar, jadinya.......terputus ler kejap. Tadi keluar bandar KK, bayar......lepas setengah jam ok dah, boleh guna.

Terima kasih pada yang dah komen dan follow blog kak pb ni. Takde la menarik sangat blog kak pb, cuma cerita biasa-biasa je. Cerita masak memasak paling banyak dan jangan la boring ye. Nama pun surirumah. Ada juga kisah lain yang nak di tulis tentang kerjaya suami tapi takut pula menyentuh pihak-pihak tertentu. Bagaimana pun satu hari nanti kak pb akan bangkitkan juga jika keberanian tu ada.

Terus pada resipi semalam yang kak pb buat untuk makan malam kami. Ikan Bakar Portugis ni kak pb jumpa kat blog Nuridah Singapore dan bila search kat google dah ramai yang membuatnya. Kak pb minta izin la ye Nuridah kongsikan kat sini. Katanya resipi dari Chef Wan. Cuma cara kak pb berlainan sikit ketika membuatnya.


IKAN BAKAR PORTUGIS
oleh: bLOG surirumah
sumber: Noridah

1 ekor ikan sulik, bersihkan dan kelar badannya (telah digaram kunyit)
1/2 sudu kicap pekat (ni kak pb lumurkan sekali pada ikan)
1/2 biji air perahan limau nipis (kak pb guna limau kasturi tapi lebih dari sebiji)
Daun pisang
Sedikit minyak masak

Bahan di kisar halus
4 biji cili merah (letak 2 biji )
4 biji buah keras (letak 2 biji)
8 ulas bawang merah
1 batang serai
1/2 sudu teh belacan
1 sudu cili serbuk/cili kering mesin
2 helai daun limau purut (yang ni kak pb tak letak sebab takde stok)

Cara memasak:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kecilkan api dan masukkan perahan limau, garam dan gula. (garam sedikit je sebab ikan tadi dah digaram kunyit)
Lumurkan ikan tadi dengan sambal yang telah di masak. Balutkan dengan daun pisang.
Bakar menggunakan oven atau panggang seperti biasa.
Kak pb goreng/bakar atas kuali leper menggunakan dapur gas dengan api yang kecil.


Hubby suka sangat, sesuai pula dengan ikan ni......lembut.....lepas ni boleh cuba lagi.

Menyelerakan......walaupun lauk kami semalam hanya ikan ni, sayur lemak kacang dan sambal belacan.

Lucunya kat entry Nuridah tu, tercatit Ikan Bakar Hong Kong......hehe...teringat nak kesana ye masa tu?

Sayur Goreng Kacang Panjang

Suka tak makan kacang? Kak pb suka sangat jenis-jenis kekacang ni. Dulu-dulu wajib beli kacang Cap Tangan untuk makan bila menonton tv. Tapi sekarang dah jarang, malah dah lama sangat tak membelinya. Tak dapat makan kacang, ganti dengan sayur pun bagus. Orang kata sayur begini mengandungi serat yang tinggi, melancarkan pembuangan air besar dan mengurangkan kolestrol. Selain dari itu katanya bagus juga untuk mereka yang menghidap kencing manis.

Info lebih lanjut ada kat blog Adry@Daun ni.....



Kalau goreng sayur kacang, kak pb suka patah-patahkan saja. Jika di potong menyerong, ia mudah lembik dan berair. Begini lebih sedap, terasa kerangupannya. Tapi terpulang kepada tukang masak dan kesukaan famili masing-masing. Ada setengah orang anak-anak dia tak makan kalau potong begini.

Cara kak pb masak ni simple je.....

Patah-patahkan kacang panjang
5/6 ekor udang
1 biji telur
2 ulas bawang merah kecil
sedikit belacan
2 batang cili hijau

Tumbuk kasar cili hijau, bawang kecil, belacan.
Tumis bahan tumbuk dan masukkan sayur kacang dan udang.
Bila sayur hampir empok, pecahkan telor.
Letakkan garam dan perasa (biasanya kak pb letak stok ayam/ikan bilis)
Makan dengan nasi ketika panas-panas.........kak pb suka ratah sayur ni.

Tapi......sedap bagaimana pun ibu masak, anak dia taknak juga makan sayur. Kenapa eh? Takkan semuanya nak kena mesin barulah di makan. Agak-agak umur berapa baru dapat telan sayur?

Pau inti Kacang Hitam

Salam sejahtera semua....

Sebenarnya kak pb nak update dari semalam lagi tapi encik hubby guna sepenuhnya pc ni. Dari tengahari sampai petang dia guna. Bila malam, tak larat nak ngadap pc lama-lama. Tak kemana-mana pun semalam, baca suratkhabar (itu pun tak katam) tengok tv, buat kuih pau.

Bila baca ruangan gossip di suratkhabar semalam, menyampah pula kak pb dengan sorang wartawan ni. Ada ke patut dia kagum dengan artis yang bercinta, tidak jalan bersama dikhalayak ramai? Tolonglah gunakan ayat yang lebih sesuai. Kalau kagum dengan keindahan yang Allah ciptakan di mukabumi ini ke.....kagum dengan kelunakan orang membaca ayat suci alQuran ke.....boleh la kak pb terima. Maaf kalau ada yang tersinggung, sekadar pendapat sendiri.

Beralih kita macam biasa, tayang kuih pau yang kak pb buat petang semalam. Resipi dari Yani@myresipi ni memang lembut sangat paunya. Kalau tak silap dulu pernah buat tapi ikut seratus peratus macam Yani. Kali ni kak pb guna tepong lain pula. Menjadi juga dan terima kasih banyak ye Yani.......share kat sini resipinya untuk rujukan kak pb.



PAU (inti kacang hitam) 
@blog surirumah
sumber: yani@myresipi

Kak pb buat 2 adunan sebab nak frozen, senang kalau tetamu datang.
Dapat 19 biji semuanya. Setiap satu 50 gm.

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum - kak pb guna tepung Hong Kong
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk. 
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.(kak pb cover dengan towel untuk mengelakkan air menitis)

Lepas uli-uli, kak pb letak besin pau yang bertutup di tempat yang agak panas. Tinggal kejap pergi beli pisang goreng, lapar.....hujan petang semalam. Kak pb bulatkan adunan tu agak besar juga, kenyang makan sebiji. Hantar rumah orang sebelah 6 biji, lebihnya masuk peti ais, kukus semula bila nak makan, senang. Suka sangat buat pau bila dia naik cantik dan gebu, lebih-lebih lagi kalau guna tepung Hong Kong sebab nampak putih bersih. Inti pula ada yang kak pb letakkan sardin bersama kentang (lebihan buat karipap hari tu)

Alaaaa....lupa nak snap gambar isi dalam pau. Nak kukus pagi ni takde gas pulak!! Macam nak suruh kita cuti masak je.....sebab encik hubby sekolah pagi. Lori gas tak pasti ada lalu atau tidak. Makan maggi kot hari ni, sekali sekala apa salahnya kan?

Peristiwa Ayatul Kursi

Assalammualaikum semua dan selamat berhari minggu....

Kak pb saja nak kongsi cerita tentang tajuk di atas. Hari ni agak free dan line tenet slow sangat, nak blog walking pun asyik putus je. Apa kata kak pb kongsi kisah dari buku tulisan Ali Zulfakar.

Syaitan mencuri

Rasulullah s.a.w telah memberi tugas kepada Abu Hurairah r.a untuk mengawal harta zakat yang berupa makanan dan buah-buah tamar.
Kata Abu Hurairah, pada satu malam ia telah terserempak dengan satu lembaga seperti  manusia, sedang mencuri harta zakat itu. Terus dicelah oleh Abu Hurairah dan menakut-nakutkannya, perkara itu akan di sampaikan kepada Rasulullah.
Jawab lembaga yang seperti manusia itu, aku sungguh-sungguh berkehendakan makanan kerana anak pinak ku sedang kelaparan. Abu Hurairah berasa kasihan dan membiarkan lembaga itu mengambilnya.

Pada keesokkan harinya, Abu Hurairah berjumpa Rasulullah s.a.w dan terus ditanya. "Hai Abu Hurairah, apa telah terjadi malam tadi?". Jawab Abu Hurairah, "dia mengadu Ya Rasulullah atas kesusahan dan kelaparan anak pinaknya, sehingga hamba berasa kasihan maka hamba biarkan dia."
Jawab Rasulullah, "dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi."

Dengan kata-kata Rasulullah s.a.w itu Abu Hurairah berjaga-jaga, benar lembaga itu kembali pada malam yang kedua dan mencuri dari harta zakat. Apabila di sergah oleh Abu Hurairah dia merayu-rayu sebagaimana malam yang pertama sambil berjanji dia tidak akan kembali lagi.
Pada paginya Abu Hurairah mengadap Rasulullah s.a.w dan ditanya, jawab Abu Hurairah, tawanan itu datang lagi dan merayu di kasihani tetapi dia berjanji tidak akan kembali lagi.
Jawab Rasulullah s.a.w, "dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi."

Pada malam yang ketiga Abu Hurairah berjaga-jaga dan terus menangkap lembaga itu. Kata Abu Hurairah, "engkau bersalah, aku akan hadapkan engkau kepada Rasulullah kerana engkau telah berjanji tidak akan kembali mencuri tetapi engkau telah kembali dan mencuri."
Jawab lembaga itu, "biarkanlah aku ya Abu Hurairah. Aku akan memberitahu kepada engkau beberapa kalimat yang mana Tuhan akan menyertai engkau apabila engkau sebutkannya."
Sahut Abu Hurairah," sebutkanlah perkataan itu"
Jawab lembaga itu, apabila engkau hendak tidur, bacalah 'AYATUL KURSI' sehingga akhir, nescaya engkau senantiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak berani menghampiri engkau!"
Abu Hurairah pun membebaskannya.

Pada pagi esoknya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Hurairah atas kejadian malam tadi.  Jawab Abu Hurairah, "Ya Rasulullah, dia telah mengajarkan kepada ku beberapa kalimat, katanya akan memberi manfaat pada ku apabila hendak tidur bacalah "Ayatul Kursi" nescaya aku dalam pemeliharaan Allah dan tidak dihampir oleh syaitan.

Jawab Rasulullah s.a.w, "dia telah mempercayakan engkau tetapi dia pendusta, tahukah engkau hai Abu Hurairah, siapakah yang engkau berjumpa tiga malam berturut-turut itu?"
Jawab Abu Hurairah, " saya tidak tahu ". Jawab Rasulullah s.a.w, " Itulah dia SYAITAN "

Banyak lagi khasiat, kebaikan ayat kursi ni jika kita rajin mengamalkannya. Salah satu darinya, sesiapa yang membaca ayat ini, ganjarannya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yang diisyaratkan dalam Al-Quran.

nota kak pb: sekadar berkongsi sedikit, mana yang silap sila tegur.

Fried Chicken Chop

Assalammualaikum.....

Petang semalam hujan lebat sangat, sampai rasa berdebar-debar dada kak pb. Bila rumah dekat dengan laut, kak pb mudah benar runsing. Betul, ajal maut dimana-mana sahaja boleh berlaku. Dalam tidur pun boleh habis nyawa. Cuma kena selalu beringat, sepanjang masa bila rasa takut dan resah, banyakkan selawat, insyaAllah.




Petang semalam kami sekeluarga tak lalu nak makan nasi sebab paginya dah makan nasi lemak. Sebelum tu (semalam) kak pb dah perap ayam dalam peti ais. Cara kak pb perap tak sama dengan resipi chicken chop yang di ambil dari blog kak wan. Perap ikut selera sendiri je.

Ayam bahagian dada dan peha dibuang tulang.
2 sudu besar sos tiram
2/3 ulas bawang putih
sedikit gula
Gaulkan semua bahan atas ayam.

Sup cendawan tu sama seperti biasa cuma kak pb tak guna ayam. Gantikan dengan jejari ketam yang di rebus dulu sekejap, lepas tu potong kecil dan masukkan dalam sup.

Salutan untuk goreng ayam sama seperti Kak Wan
1 biji telur di pukul
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan breadcrumbs

Caranya:
1. Gaul tepung pada ayam yang telah di perap beberapa jam tadi.
2. Celopkan ayam kedalam telor dan salut rata dalam breadcrumbs.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. (kak pb goreng guna dapur letrik je, ayam biar tenggelam dalam minyak)

Masa goreng ayam ni rasa tak yakin, dah masak ke belum. Tapi bila breadcrumb dah agak gelap, terus angkat. Bila makan, alhamdulillah cukup masak dan lembut pula tu. Senang anak bujang nak potong dengan pisau, dah ala-ala matsaleh tau makan dengan pisau segala.



 Hubby makan sambil geleng-geleng kepala, ingatkan sebab hidangan tak lengkap sebab takde coleslaw dan kentang goreng. Rupanya sebab sedaaaaap sangat! hehe...buat suspen je cik abe akak tu....




 Ada sesiapa nak cuba? Senang kan? Rajin dengan malas je......




nota pb: kak pb balas komen yg berbentuk soalan je kat sini,
selebih tu kak pb ronda blog korang ye!











Minum petang, biskut dan sambal tumis

Salam petang Jumaat....

Eh, pelik ke kak pb update petang-petang hari ni? Saja je.....terlebih rajin, tak salah kan? Agaknya apa hidangan adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu kat luar sana petang begini ye.....

Kak pb ingat nak buat apam macam Hasue buat baru2 ni tapi malas pulak nak memerap kuih. Kita ni bukan jenis sabar menunggu, tak suka lama-lama kat dapur. Tambah pula musim panas di KK sekarang ni....eh...ada ke musim lain selain dari panas dan hujan?

Pagi tadi kak pb buat nasi lemak sambal udang besau-besau. Ada la lagi lebihnya untuk makan petang nanti, itu pun kalau nak makan nasi.  Ni... haaa.....sememeh je mangkok tu, malas nak cantik-cantik.....

Hubby campak pulak belen ikan bilis goreng dalam mangkok sambal. Tengok sambal tumis ni, teringat kat emak kita tu. Tadi kakak talipon, panjang benar ceritanya. Sedih ada, gembira pun ada.....bila seronok tu, mengelikek kami ketawa tapi bila kisah yang mengejutkan (biasa la kisah adik beradik kan?), nak marah ada, sakit hati pun ada.

Dulu-dulu masa emak berniaga nasi lemak, hari-hari tolong dia mesin lada dan bawang. Setiap hari mesti tanya banyak mana nak letak, cukup ke mak? Kita orang ni, walau dah tua-tua begini, masak dengan emak mesti nak tanya dia, bukan apa......nak memuaskan hati dia.

Kalau balik dari kerja (masa belum berdua ler cite ni...) suka sangat cedok sambal tumis mak, bawak lari naik ke bilik dan tutup pintu. Ngadap tv, santai-santai makan sambal tumis dengan apa? hehe......





Biskut cream creaker Hup Seng kegemaran kak pb. Letakkan sambal di tengah antara dua biskut dan rasailah nikmatnya.......ermmm...sedap sangat (apa tak sedapnya? biskut tu penuh dengan kandungan yang kita nak elakkan) Tapi pembalut Hup Seng dulu lain, sekarang dah upgrade. Kalau masa zaman sekolah dulu, biskut ni dalam tin besar kan? Kalau nak beli, guna timbang, takde peket-peket macam sekarang.

Itu je nak tulis sebenarnya, kenangan sambal tumis emak yang selalu dapat pujian dari saudara mara. Emak buat sambal merah menyala pun, ia tak pedas dan cucu-cucu emak yang kecil pun boleh makan. Terror tak emak? hehe....sekarang keterroran (perosak bahasa, jangan ikut) emak tu dah menurun sikit kat anaknya.......saya la tu!!

Terima kasih sudi baca kisah kak pb dulu dan sekarang, tetap memilih sambal tumis dan biskut untuk kudapan di tahap kebosanan melanda.

Ikan Balado

Salam sejahtera di pagi jumaat yang mulia.

Terima kasih pada teman2yang sudi singgah dan komen. Dua tiga hari ni kak pb sibuk waktu pagi sebab sediakan hidangan untuk hubby yang keluar pagi. Lepas tu buat sarapan sekali untuk anak murid dia yang training kriket, tak la ramai, 4 orang je.

Dua hari lepas hubby ada bagitau nak bawa kak pb sekali pergi Sandakan sebab dia stay sana tiga atau empat hari sebagai pengadil kriket. Naik legam kak pb tengok rupa dia, berjemur tengah padang seminggu ni. Suara pun dah serak2 rock gitu.

Bosan kan fikir nak masak apa hari-hari. Kena pulak bahan yang nak di buat kajian tak ada kat rumah. Kalau hubby dah keluar pepagi, memang takde harapan nak ke pasar ke....nak sarpan kat luar ke....melangut la depan pc ni tengok resipi kat blog2 korang yang sedap2 tu.

 Ikan sulik yang di lumur dengan garam dan limau kasturi....

 Ikan ni memang banyak sisek tapi takpe, sedap!

Ni kak pb buat petang semalam, ikan balado style minang katanya. Den tak ponah masak lauk orang minang ni....kalau silap tolong betul kan eh....Resipi daripada junjs11@myresipi.

IKAN BALADO
@blogsurirumah
sumber: junjs11@myresipi

  • 2-3 ekor ikan kembung- kak pb guna ikan sulik
  • garam
  • air limau nipis
  • 1 biji tomato-cincang
  • 1 sudu kecil cuka
  • bahan tumbuk kasar:-
  • cili merah/cili kering
  • bawang merah
  • garam

Cara-cara

  1. ikan dibersihkan, lumur ngan garam n air limau. goreng ikan n simpan air perapan ikan untuk diguna kemudian.
  2. tumis bahan tumbuk dengan minyak bekas goreng ikan tadi, masukkan tomato n air perapan ikan.
  3. masukkan cuka, sket gula (jika suka), gaul rata n tutup api. tuang atas ikan tadi n hidangkan. 
  
Ada lebih lagi ikan semalam ni, kak pb panaskan dan makan dengan nasi lemak.....manalah nak dietnya...
Kalau isteri2 yang kerja tu, boleh masak ikan balado ni pepagi, sekejap je buatnya. Balik petang tinggal panaskan.

Mushroom Soup



Assalammualaikum, dah pun hari khamis. Cepatnya masa berlalu. Isnin lepas anak bujang kak pb meraih kemenangan tempat pertama dalam pertandingan menari antara sekolah daerah kami. Lepas ni nampaknya akan menjadi wakil sekolah kemana2 pertandingan. Susah hati dia tu, sebab dia tak minat menari. Tidak apa, menari juga boleh merangsang minda dan otak anak-anak agar menjadi aktif dan cergas. Itu sebab ibu tak kisah, bukan ibu nak suruh jadi penari sampai besar. Daripada pergi main dengan kawan-kawan yang tak tentu arahnya, baiklah pergi berlatih menari kat sekolah tu.

Semalam kak pb masak mushroom soup dengan roti, ikut macam ARAH tapi roti kita tak cantik macam dia. Sup je yang sedap, habis kena hirup encik hubby. Cakap kat dia, apa kata kalau kita melantak hari-hari macam ni? Dia angguk-angguk......dalam hati kak pb macam tak ikhlas je angguk tu! Ni resipi orang nak diet ni.....kak pb copy je la ye..cuma ubah sikit.




MUSHROOM SOUP
Resepi Asal : Minami133@myr

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)>>cuma letak300ml susu segar dan 200ml whipping cream
  • 1 ketul kiub ayam- kak pb ganti kiub ikan bilis
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto- guna perencah ayam tumix
  • 1 cawan tepung gandum>>yg ni kita tak masukkan semua

Cara-cara

  1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti. 

Roti yang tak seberapa nak cun tu pun ambil resipi kat blog Ika, boleh tengok blog Ika sebab hari ni kak pb tak berapa nak rajin mengcopy paste segala2nya. Marah pulak orang asyik copy paste je. Bukan kata kat Ika, dia ok tu......lebih2 lagi baru balik bercuti, berjimba-jimba kat mana tah....

Tsunami tu apa?

 mencuba urut kepala yang ibu dapat free kelmarin...good luck dalam pertandingan tarian hari ni (wakil sekolah)

Alahai anak ibu.......orang kecoh tsunami, anak ibu tak faham apa yang di takuti seluruh dunia. Dengan wajah kondifen, ibu pun terangkan......tsunami tuuu...

Istilah tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami- adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbor (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.

Apabila tsunami melepasi lautan dalam dan bergerak menuju ke tempat kawasan air cetek dipantai, berlaku seperti ombak biasa, hanya ia bergerak dengan kepantasan yang nyata dan bertenaga dengan jarak panjang ombaknya. Tsunami bergerak perlahan disebabkan oleh kawasan air yang cetek, tetapi itu juga membuat air bertimbun untuk menambahkan ketinggian tsunami. Pada masa ia sampai di darat, ketinggian tsunami boleh menjadi kelihatan mengerikan (ada yang boleh mencapai setinggi 30 meter) dan kesan mereka boleh hampir sama dahsyat pukulan pantai dengan jumlah tenaga yang begitu kuat.

Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami-tsunami ialah 'tidal wave' Ini telah digunakan kerana kekencangan tsunami-tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat. 

Boleh terjadi dengan sebab :

 Dimana dan bagaimana tsunami terhasil

Tsunami boleh dihasilkan dimana-mana sahaja didunia ini samada di lautan, laut pedalaman dan lain-lain lagi. Setiap benua di dunia ini mempunyai kadar frekuensi dan bentuknya yang tersendiri dalam menghasilkan tsunami samada kecil atau besar. Kebanyakan tsunami terjadi di Lautan Pasifik yang meliputi satu pertiga daripada permukaan bumi dan dikelilingi oleh banjaran-banjaran bersambungan, lembangan lautan dalam dan lengkungan pulau yang dikenali sebagai lingkaran berapi dimana kebanyakan gempa bumi berlaku di situ.
sumber : di sini

Cukuplah penerangan ibu, entah baca entah tidak anak ibu ni. Taunya main game kat facebook je....

Kuih Koci Kacang Merah

Assalammualaikum, bertemu lagi teman-teman blogger sekalian.....

Bermula hari ini, kak pb update blog pepagi, fresh dari oven. Tak main simpan dalam draf dah......sebabnya dua minggu ni encik hubby sibuk dengan kriket dia. Minggu lagi satu dia akan ke Sandakan pula, bawa budak sekolah lawan kriket di sana. Tak tau lagi kak pb ni kena jadi bodyguard ke tak......hehe...kalau di bawa, best jugak. Tapi anak bujang sekolah.....mungkin tak ikut kot.

Semalam petang kak pb puas fikir nak buat apa dengan inti kacang merah/hitam dalam peti ais tu. Dulu dah buat pau, banyak lagi lebihnya. Fikir punya fikir, buat kuih koci la....suruh hubby ambil daun pisang belakang rumah yang tak sekangkang kera tu!

Dapatlah dalam 15 biji kuih koci, bagi kat makcik di King Fisher sebab anak bujang tidur sana. Dah 2 minggu ni asyik kesana je. Kita pun berbudi la sikit kat mereka kan?


 Bungkusannya agak kurang menarik, bab2 membungkus kuih, nasi lemak.....memang fail, dapat markah f.

Resipi ni ikut suka suki kak pb ye.....

KUIH KOCI KACANG MERAH
 di olah oleh: blog surirumah

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan kacang merah/hitam yang segera
Air untuk menguli tepung (agak2 ler)
Daun pisang

Untuk intinya:
1/2 biji kelapa parut putih
1 keping gula melaka/merah
sedikit gula pasir
paste pandan/daun pandan

Cara membuatnya:
Gaulkan tepung pulut dan kacang merah bersama air. Uli hingga tidak melekat di jari.
Untuk inti kelapa, masak air gula hingga pekat dan masukkan kelapa parut.

Ambil adunan tepung sekepal, leperkan dan masukkan inti kelapa.
Bulatkan atau bujurkan, letak atas daun pisang.
Bungkus elok2 tau, kalau tak nanti dah masak, dia tersenyum lebar.....hehe..
Kukus dalam 20 minit atau hingga masak.
Untuk santan dia tu, kak pb masak santan dengan tepung beras dan garam.

 Walaupun kejadiannya agak tidak memuaskan hati, bila makan.....ermmm...sedap la pulak. Sebab dah lama sangat tak buat, nak beli kat luar pun takde yang jual. Rasanya dah macam dok luar negeri je kak pb ni.

nota pb: ada yang adun tepung dengan santan tapi kak pb saje je.....nak kurangkan kononnya, tak juga...pagi ni bedal nasi lemak!

Soto Makasar - JJCM

Pernah makan soto makasar? Pb belum pernah makan yang ori punya dan beberapa hari lepas, kami melepak kat satu kedai area KK selepas ke pasar. Kawan2 hubby kata kat situ soto makasar paling sedap. Memang lain dari yang lain pb rasa. Dalamnya ada kacang tanah, daging lembu dan perut sekali. Alamak....pb tak makan perut lembu ni. Sambal dia tu merah menyala pb tengok, tapi tak pedas langsong. Ada juga dihidangkan dengan pulut berinti tapi pb tak makan pun. Pb ni jenis yang agak susah nak makan benda pelik2 kat kedai orang. Macam mana la nak pergi luar negeri kan? Kalau hubby tu semua dia bedal, tak kira tempat, sedap aje.....
Restoran ni tak besar, berdekatan dengan Hotel Iskandar di kawasan Kampong Air. Setiap malam ada jualan sekitar parking lot, murah dan banyak pilihan. Nak beli mutiara, brooch, beg, kasut dan pelbagai lagi semua ada. Kalau menginap sekitar Kampung air ni agak jauh juga nak ke Pasar Tamu Gaya Street yang beroperasi cuma di hari minggu. Tapi boleh jalan slow2 sambil menikmati keindahan bandar KK, indah ke.......waktu malam tak dinafikan, memang meriah dengan lampu lip lap..lip lap.

Walau dah hampir 4 tahun menetap di sini, belum habis kami jelajah sekitar KK ni. Masalah pb dan hubby pula tak yakin nak masuk satu2 restoran, takut kuciwa. Tapi kalau ada teman-teman blogger nak bertandang ke Sabah, boleh juga kami cadangkan dimana tempat yang murah dan menarik. Sekadar berkongsi, apalah sangat.....

Kisah 2 hari


Assalammualaikum, buat apa tuuuuu? Mengunyah keropok sambil tengok tv la ye? Di sini hujan lebat sangat, gelap gelita......encik hubby apa lagi....berdengkur ler..

Minta maaf sangat-sangat kerana pb tak balas komen pada entry yang lepas. Tak kisah kan? Sebab kak pb jengah blog korang walaupun kekadang dah terlewat. Tapi kalau ada soalan, kak pb akan jawab juga.

Boleh agak tak kak pb kat mana masa ambil gambar tu? Ya betul.....kak pb di perpustakaan daerah tempat tinggal kami. Belum pernah kak pb jejak sebelum ni, lalu lalang asyik pandang je sebab kak pb suka sangat pergi library. Dulu-dulu masa kat Kajang, kalau lepas jogging kami bertiga selalu lepak kat library. Bila pindah sini, kiranya dah hampir 4 tahun tak jejak library.

Hari jumaat lepas, kak pb ikut hubby hantar makanan yang kawan dia order dengan kak pb, nasi ayam. Jadi, dia dua beranak singgah solat jumaat dan kak pb tunggu di library yang bersebelahan saja dengan masjid. Ada la 2 orang emak budak sedang sembang, bila kak pb masuk, mereka senyum dan senyap seketika.

Kak pb ambil majalah wanita, sambil baca sambil layan internet kat tablet. Ada budak perempuan masuk, terus ambil buku, duduk sebelah kak pb dan baca. Hamboiii....macam baca kat depan kelas je kuatnya suara dia. Kak pb jeling-jeling juga tengok dia, dia angkat muka dan senyum. Ish...tak sampai hati pula nak tegur jangan baca kuat-kuat. Sampai habis satu buku dibacanya, takde sesiapa pun tegur.

Lepas tu, cuba tengok gambar yang kak pb ambil tu. Sebelah sana ada 3 komputer, berkerumun lelaki dan perempuan. Rupanya mengadap game. Sudahlah tak sembahyang jumaat yang lelakinya, main game pulak tu. Bising. jangan cakaplah sedangkan di dinding sebelah atas terang-terang di tulis, SILENT ZONE.

Nasib baiklah kak pb kejap je, kalau lama.....mau juga menegurnya. Patutlah mereka tak kisah, si penjaga library pun sama je.....potpet..potpet tak henti-henti. Sabo je la labuuuu....

Hari ni pula kak pb hantar anak bujang kerumah makcik dia lagi selepas latihan menari. Jangan tak tau, anak bujang kak pb dah jadi penari pulak. Mula-mula tu cuak juga, boleh ke menari. Dia kata boleh....aikk...tarian apa? Entahlah ibu.......ah sudah...menari tapi taktau lagunya..

Tadi kak pb jengah dia kat sekolah kejap. Rupanya tarian orang Sabah, nak tergelak pun ada tengok dia terkepak-kepak. Mula dulu dia takut sangat kalau dah menari tak dapat main bola atau sukan yang lain-lain sebab sekarang 1M1S (1 murid 1 sukan). Tapi kak pb galakkan untuk melatih diri berani naik pentas berdepan dengan orang ramai.

Satu lagi nak tanya........pernah tengok bendalah ni?

Hubby kata, macam pemukul telor awak je? hehe....macam-macam la awak ni.....



Benda ni budak tu bagi free kat pb, untuk massage kepala katanya. Sebab apa, dia promote beli periok belanga, dapur Frico sedangkan kak pb dah lama pakai dapur jenama ni. Ada juga entry kat blog awal-awal masa baru pindah. Cuba korang bayangkan nak guna bendalah ni kat kepala. Tak ke lucu? Tertulis di kotak, katanya bagus untuk minda, menyuburkan rambut, memberi tenaga, memperbaiki peredaran dan memberi kelonggaran intensif. Sebenarnya dah banyak sangat benda-benda free macam ni dalam simpanan kami. Tak digunakan langsong. Urut mata, urut kepala la....botol air....entah mana-mana benda tu semua.

Walau ada seribu benda free dalam dunia ni, tak sesedap urut dengan makcik tukang urut, lebih original....hehe....

Saya bukan 'KELING'

Ini kisah benar.....

Seorang budak lelaki berumur 10 tahun di suruh gurunya masuk pertandingan menari, sebelum ni dia tak pernah menari. Cuma biasa naik pentas ambil piala, berlakon zaman tadika.

Dia tak berminat tapi cikgu dah pilih, dia terima tanpa bantahan. Setiap hari ada latihan menari dari pagi hingga petang.

Satu hari ada seorang guru pelatih yang di jemput datang mengajar, seorang lelaki lembut.
Mungkin kerana ramai yang belum pernah menari, agak sukar cikgu tu melatih.....penat campur nak marah.

"eh....keling....bla...bla...bla.." tapi yang di panggil keling buat tak tau je.
"kenapa kamu buat tak tau masa saya panggil tadi" tanya cikgu tu.
"oh...cikgu panggil saya ke? tapi nama saya Aziz, dah banyak kali saya cakap nama saya Aziz, bukan 'keling'" jawab murid tu.

Cikgu tergamam......tak terkata apa pun. Mungkin rasa di sindir atau malu.

Esoknya, berlatih lagi dan cikgu terpanggil keling juga tapi......eh...sori...sori..katanya.
Nampaknya tektik Aziz Iskandar menjadi.

Walaupun orang selalu buli dia dengan panggilan najis, keling, hitam...ntah apa2 lagi....ibu bangga sebab anak ibu dapat mengatasi masalah dengan sendiri tanpa keluar airmata.


Perhatian pada mereka yang di luar sana, bagi saya perkataan 'keling' bukan satu penghinaan tetapi sebagai kanak-kanak yang masih belum sepenuhnya mengenali permainan dunia, gurau itu amat memalukan dia. Sebagai ibubapa kamilah tempat dia mengadu dan kamilah pemberi semangat dan kata nasihat agar dia tidak menyimpan dendam kepada mereka diluar sana. Janganlah sampai anak-anak ini tidak boleh dikawal kemarahannya dan mengambil tindakan yang bukan-bukan satu hari nanti.

Sambil tu, apa kata kita baca cerita yang kak pb copy paste di sini....saja-saja baca sambil berfikir...


Cuit: Alkisah India di India dan India di Malaysia
Oleh Zaini Hassan, Utusan Malaysia
(yang berada di kota raya Hyderabad, India dari 29 November-4 Disember menghadiri Forum Editor-Editor Sedunia)
BERADA di kota raya tua India, Hyderabad selama seminggu minggu lalu amat memberi kesedaran kepada diri ini. Setiap inci persegi tanah di kota-kotanya dihuni oleh ratusan insan. Setiap kilometer persegi dihuni oleh ratusan ribu insan dan setiap bandar raya di negara keramat itu dihuni oleh jutaan manusia. Dan India ialah tanah bagi 1.2 bilion umat manusia. Angkanya bertambah setiap saat.

Berada di India bererti kita berada dalam satu realiti kemanusiaan yang sebenar. India ialah tanah bagi manusia ramai. Jurang hidupnya adalah antara langit dan bumi. Yang papa terlalu papa, yang kaya terlalu kaya. Yang kaya, tidak pandang ke bawah, yang bawah tetap di bawah.
Kasta, darjat atau keturunan masih diamalkan secara tebal di seluruh India. Ia semacam satu agama. Kasta atas tidak boleh bersatu kasta rendah.

Jalan rayanya haru-biru. Suasananya hiruk-pikuk. Bas, lori, kereta, basikal, teksi roda tiga, kereta lembu, kuda bersimpang siur. Bunyi hon adalah wajib. Pegang sahaja stereng, bunyi hon dulu. Di belakang bas dan lori tertulis `tolong hon’. Tiada siapa marah jika dia dihon. Hon ialah nyawa.
Semasa dalam perjalanan menghadiri makan malam perpisahan di Istana Chowmohalla (dibina pada 1780 oleh Nawab Nizam Ali Khan, Asaf Jah II), pemandu bas yang membawa kami tiba-tiba turun lari meninggalkan bas yang dibawanya. Hilang dalam lautan manusia dan kenderaan. Kami terpinga-pinga. Dua lelaki preman masing-masing memegang submesingan jenis sterling yang mengawal keselamatan kami dalam bas berkata ``jangan bimbang’’. Pemandu tadi sebenarnya turun untuk meleraikan kenderaan-kenderaan yang sudah berpintal di atas jalan raya. Dia bertindak menjadi polis trafik.

Sambil dia menyelesaikan kekusutan itu, saya melihat di seberang sana seorang penumpang turun dari teksi roda tiga yang dinaikinya menolak kenderaan itu yang mati di atas jalan raya. Tiada rasa marah pun di muka penumpang itu yang menolong menolak teksinya yang rosak.
Tiada siapa peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka. Polis trafik pun menjalankan apa yang terdaya, tanpa memperlihatkan sedikit pun kekerutan di dahinya. Trafik lalu lintas tetap berjalan lancar, walaupun dalam suasana kekecohan.

Sebelah malam, di tepi-tepi jalan insan-insan tidur merata-rata. Ada yang telah nyenyak membungkus tubuh dengan kain selimut daripada kedinginan kota itu. Yang belum tidur, duduk mencangkung sambil memandang ke satu tujuan yang tidak diketahui.

Hampir dua jam bergelut kami tiba di istana bereka bentuk masjid itu. Di sepanjang dinding tembok istana tertulis tulisan dalam bahasa Inggeris ``Ini tempat suci jangan kencing’’. Kencing berdiri sambil si anunya memancut ke dinding adalah pemandangan umum yang biasa. Mungkin kerana terlalu ramai manusia, tandas bukan lagi pilihan. Awas, setiap pagi berhati-hati berjalan di kaki-kaki lima kerana terlalu banyak jerangkap samar dari isi perut manusia berlonggok di sana-sini. Suasana serupa juga juga khabarnya boleh dilihat di bandar raya lain termasuk di Mumbai.

Sampainya di istana itu, kami dibawa masuk ke dalamnya. Satu suasana antara langit dengan bumi. Kawasan istana lama itu diwarnai dengan lampu-lampu berwarni yang menyenangkan perasaan. Bagaikan berada dalam kisah Hikayat 1001. Tarian-tarian Bollywood dari era 50-an hingga kini dipersembahkan kepada kami. Selesai persembahan kami dijamu dengan juadah Hyderabad tersohor di dunia, nasi beriyani.
Kami makan beriyani kambing dan ayam, tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Ia terlalu sedap tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana restoran Malaysia, waima Hameediah di Campbell Street, Pulau Pinang mahupun Mahbob di Bangsar.

Di luar tembok sana, suasananya adalah terlalu kontras. India yang penuh warna-warni. India yang penuh dengan drama. Di dada-dada akhbarnya konflik di mana-mana. Di Parlimennya pun haru-biru seperti di atas jalan rayanya juga. Televisyen memaparkan bagaimana seorang speaker dewannya tidak diendahkan oleh ahli-ahli Parlimen yang memboikot sesi soal-jawab. Akhbar Deccan Chronicle dalam karikatur muka satunya (macam Senyum Kambing) keesokan harinya mencuit: Mengapa mereka tidak mahu buat sesi soal-jawab dalam kantin saja, kan di situ tempatnya ahli Parlimen selalu melepak?
India tetap India. Orang India ialah masyarakat yang begitu unik. Jika kita sering tengok wayang Tamil atau Hindi, itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh.

Namun, kita di Malaysia pun ada orang India. Kecohnya pun lebih kurang sama. Mereka ini rata-ratanya terdiri daripada ahli-ahli profesional, peguam dan kini menjadi ahli politik. Di Malaysia hanya orang India yang pandai-pandai sahaja yang sering buat bising. Mereka menguasai Majlis Peguam dan kini mereka sudah ramai di Parlimen, bukan mewakili MIC, tapi mewakili DAP dan PKR.
Kerana mereka lantang dan suka buat haru-biru, suara mereka sering kedengaran. Salah seorangnya ialah N. Kulasegaran yang kini memegang jawatan Naib Pengerusi DAP Perak. Beliau lantang mempersoalkan hak-hak orang Melayu.

Katanya, beliau tidak faham mengapa setelah bertahun lamanya masih ada kelompok manusia percaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi daripada satu kaum lain.
Kita tidak pasti apakah beliau ikhlas dengan kenyataannya itu. Dia tahukah apa yang dia cakap? Tapi yang pasti kenyataannya itu cukup sensitif dan akan membuat kumpulan lain marah. Tapi seperti biasa orang Melayu marahnya tidak lama. Tak apalah. Orang Melayu tidak seperti orang India, walaupun ada juga Melayu yang darah keturunan Keling (DKK), tapi darah Melayu yang lembut banyak menguasai mereka.

Jika di India, mungkin kita akan sentiasa dikawal oleh pengawal bermesingan. Kulasegaran perlu mengambil cuti. Pergilah melawat ke India, dan hayatilah erti kehidupan di sana, hayatilah erti kasta dan darjat, miskin dan kaya, seperti yang saya alami minggu lalu.
Seburuk-buruk Malaysia, inilah tanah tumpah darah kita.

Sumber dari Malaysia Today dan kalau ada masa boleh juga baca di sini sini. 


nota pb: entry agak panjang sekadar berkongsi rasa hati..

Kek Carrot


Salam sejahtera.....

Rupanya semalam hari rabu.......bolehkan pb terlupa hari, sampai ke petang bw ke blog sorang tu, terpandang wordless wednesday....laaaa...hari rabu ke? Bayangkan betapa sibuknya pb semalam sampai tak hengat hari. Bukan sibuk apa, sibuk kat dapur, pergi beli barang, gitu begini buat kerja, hari pun boleh lupa. 'Cikgu hubby' ada kat rumah pun buat kerja dia. Minta tolong, baru dia datang.

Oh ye....sibuk2 gempa semalam kan, teringat masa pb kat Kajang (rumah tinggi) asal gempa je, berlari turun ke bawah. Pucat lesi muka masing-masing. Jiran sebelah pb India, siap dukung nenek dia sebab tak boleh jalan. Bila dah reda dan dapat kebenaran dari pihak bomba, naik balik. Setiap kali gempa, kami yang kat rumah ni susah hati. Nak mandi pun tak senang, kalau boleh nak mandi dengan baju......apa2 hal senang nak cabut!

Hari ni khabarnya dah di tarik balik amaran tsunami katanya. Alhamdulillah, pb pun risau, belakang rumah laut luas. Walau berbenteng, tak senang hati juga. Jadi, kita sebagai umat yang beragama Islam, berdoalah selagi mampu agar dilindungi olehNYA. Ajal maut bukan kehendak kita dan kita hanya manusia biasa.

Beralih ke resipi pula, sempat lagi buat kek carrot ni dalam sibuk2 tu. Sebabnya, anak pb tak makan sayur, memang susah dan degil kalau di suruh makan. Jadi cara paling mudah, buatkan kek yang ada sayur begini, letakkan krim, confirm dia makan. Resipi dari Nadz,  
Pernah buat kek carrot sebelum ni tapi selalu tak update kat blog, resipi ambil dari kawan blogger. Minta izin copy paste ye Nadz, kak pb buat setengah adunan je, guna loyang empat segi yang kecil.

KEK CARROT
copy paste : Nadz
sumber asal: newbie 123

Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan parutan carrot - pb letak 1 cwn je
  • 4 biji telur - guna 2 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran - 1/2 cwn minyak
  • 1 1/2 cawan gula putih - gantikan gula perang
  • 2 cawan tepung gandum - 1 cwn tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat - 1/2 s.t
  • 1 1/2 sudu teh baking powder- 3/4 s.t
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - yang ni tak letak, tak suka
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) - takde stok
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang - sama spt Nadz, ganti dgn raisin
Cara menyediakan :
  1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek. 
  6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak.
 tengoklah hiasan cream cheese tu, hentam saja la labu.....janji berkrim, nak makan sendiri dan nak cepat..


Terima kasih pada tuan punya resipi walau di mana anda berada. Kak pb memang suka sangat kek carrot, lebih2 lagi berkrim macam ni. Asyik nak makan je.....walaupun kismisnya duduk kat bawah...huhu...


nota pb: nak cuba lagi sampai puas hati.

Kuih Talam Sagu Berlapis

Assalammualaikum, bercuti lagi kita hari ni sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Tapi setakat sehari cutinya, tak kemana pun kan? Window shopping, tengok wayang, berkumpul dengan famili atau kawan-kawan pun dah seronok juga. Apa aktiviti teman-teman blogger? Tau dah......mencuba resipi baru kat dapur....betul tak?


Semalam, pb try buat kuih talam sagu berlapis.....sambil layan tv, sambil menggodeh kuih ni. Pb buat tu sebab nak habiskan stok sagu biji dalam kabinet. Beli tak banyak mana tapi sebab jarang guna, lambatlah nak habisnya. Pengat pun jarang buat.

KUIH TALAM SAGU BERLAPIS
copypaste: yatie memories
sumber asal: kak wan


Bahan-bahan
  • 80gm sago (saya guna 100 gm)- ikut macam yatie
Bahan A
  • 230gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi / tepung sagu
  • 400ml santan pekat KARA - pb guna santan biasa je
  • 350ml air
Bahan B
  • 350gm gula
  • 300ml air
  • 3 helai daun pandan - takde daun, paste pandan
Loyang 9" empat segi - ni guna loyang bulat sebab kukus kita cenonit je..

Cara-cara :
  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)- pb guna warna merah.
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

Terima kasih Yatie dan Kak Wan kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Mudah2an dapat pahala kita dan  izinkan kawan-kawan copy paste kat sini.....ngeeee...

Ayam Masak Lemak Pedas

Salam sejahtera semua....

Dah pun hari Selasa kan, besok cuti lagi.......bestnya...cuti gosok baju. Tapi memasak wajib kan? Kalau tak makan luar pulak, bosan jugak kat sini kalau makan luar selalu sebab di sini tak macam kat KL. Orang kata petik jari atau tunjuk je nak makan apa, semua ada.

Pb tak nak membebel banyak hari ni. Nak blog walking blog kawan-kawan kejap lepas ni sebab hubby sekolah pagi.....yeayyyy! Suka sangat laki takde kat rumah pepagi, sebabnya pc ni selalu dia yang control, buat assignment kawan dia.

Resipi ayam masak lemak pedas ni biasa emak masak. Jadi, bila masak semalam, sepanjang masa teringat kat dia. Harap emak diberi kesihatan yang baik ye mak. Anak emak ni rindukan emak, rindukan masakan emak, rindukan tawa riang emak, suara emak yang nyaring marahkan cucu tu terngiang-ngiang kat telinga. Dengan masakan ni, walau tak sama rasanya, dapat juga mengubat rindu.





AYAM MASAK LEMAK PEDAS
sumber: blog surirumah

Ayam sebelah di potong kecil/ikut suka
2 biji kentang
1 cwan susu cair
2 keping asam keping
2 batang serai di titik
Cili kering yang di kisar halus (dlm 3 sudu besar, kalau nak pedas lebihkan)
1 labu bawang merah besar, dikisar
4 ulas bawang merah kecil, dikisar
sedikit halia, dikisar
sedikit kunyit hidup, dikisar
minyak untuk menumis
garam dan gula

Cara membuatnya:

Tumiskan cili kering kisar bersama bawang, halia, kunyit hingga masak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan.
Masukkan serai yang di titik dan asam keping.
Kentang dibelah empat dan masukkan sekali bersama ayam tadi.
Masa ni api jangan terlalu besar, biarkan sederhana sahaja untuk mengempukkan ayam dan kentang.
Bila ayam hampir empuk, boleh masukkan susu cair dan tambahkan sedikit air sekiranya terlalu pekat.
Biasanya emak gunakan santan tapi pb saje guna susu cair, nak habiskan susu dalam peti ais.
Letakkan garam dan sedikit gula pasir.
Boleh diangkat bila dah pekat atau ayam dah empok.
Makan dengan nasi, roti keping atau roti canai....sedaaaaaap!


nota pb: suka sangat lauk ni dulu, pilihan utama kalau emak yang masak..

Makan free di Restoran Gayang

Assalammualaikum, jumpa lagi di hari Isnin. Alhamdulillah, bernafas lagi di bumi Allah ini dan diberi kesempatan untuk berbakti kepadaNya.

Puas hati tengok ABPBH semalam? Mana yang tak puas hati tu, simpan je la......tahun depan undilah artis kesayangan masing2 lagi. Sekadar 'bintang popular' apalah sangat kan? Ada yang kata, trofi bukan boleh bawa masuk kubur pun....hemm...bukan kak pb cakap tau.

Ok, semalam pb buat biskut lagi. Saje je isi masa lapang sambil nak beri sikit kat mak saudara yang rajin bawa anak bujang pb makan angin ke Kundasang. Katanya mereka ke Mesilau, Poring Hot Spring dan banyak tempat lagi. Alhamdulillah cuaca di sana elok je.

Jadi semalam, pb sediakan satu bekas biskut untuk mereka. Makcik pula pelawa makan ramai-ramai di Restoran Gayang yang kami pun belum pernah jejak. Iyelah......jauh dari rumah kami, kalau setakat nak pergi makan jauh-jauh memang tak kuasa, melainkan ada gathering dengan famili atau kawan-kawan. Kiranya semalam tu makcik nak berkumpul ramai-ramai di restoran seafood ni sebab kebetulan lalu sana. Kami berjumpa di sana.

Hidangan ikan kerapu bara, ketam lembut yang di goreng, sayur apa tah tak tau namanya (macam taugeh), siput (pb tak makan), udang segar dan puding kelapa. Sambil makan sambil borak.....licin pinggan!


Ketam goreng tepung tu yang cepat habis, sedap sangat.....tu la makcik dan pakcik (muda lagi tu tapi dah pangkat makcik, nak buat macamana kan? terima je la) yang baik hati selalu layan anak pb....sebabnya...


melayan budak berdua ni la....nak tengok bunga raflesia kononnya, tapi tak jumpa pun....

Itu pun masih tak puas lagi main dengan anak bujang pb. Dah 3 hari bersama, tak bagi balik, suruh datang lagi hujung minggu ni. Dia bagi pinjam cd Adnan Sempit 2 dan kena pulangkan sabtu ni, kena tinggalkan lagi anak bujang dengan dia semalaman. Ish....sayang benar dengan Aziz.....dulu2 selalu merajuk, asal gaduh sorang naik atas.....sorang bawa diri main sendiri. Sekarang ni makin besar, makin memahami diri masing-masing, merajuk pun dah kurang. Harap berkekalan persahabatan mereka ni walaupun kekadang terlepas cakap yang kasar, nama pun budak.

Oh ye, restoran Gayang ni terletak di kawasan Tuaran. Kalau dari rumah kami perjalanan makan masa 40 minit. Dari KK mungkin dalam 30 minit jika tidak menempuh kesesakan. Boleh tengok SINI untuk lebih detail. Pb pun tak round seluruh restoran, besar sangat.


nota pb: terima kasih makcik/pakcik...
terima kasih daun keladi, ada rezeki kami join lagi...hehe..

Dulu lain, sekarang lain

Kenapa tajuk tak kena dengan gambar? hehe....saje je.....semalam kan cuti, kami berdua pergi makan kat restoran tepi laut Tanjung Aru second beach. Mula sampai tu cuaca panas selepas hujan lebat dalam setengah jam. Beli dulu jeruk2 kesukaan kami, nenas dan mangga lebar. Orang sini panggil mangga lebar sebab di potong nipis dan besar. Daripada beli mangga yang belum dikopek dengan harga mahal, baiklah beli macam ni. Kalau RM5 kenyang dibuatnya.

Nak lepak kat restoran mulanya, orang ramai sangat. Kat sini ada satu je restoran. Pelik juga kenapa ada satu je....sedangkan orang ramai betul. Pb tak snap gambar sebab dah selalu sangat datang sini. Dalam menunggu pelanggan kurang sikit kat situ, mata kami asyik memandang satu pasangan pengantin yang baru sampai untuk shoot outdoor. Dengan baju pengantinnya yang meleret2, pb tak tau Melayu ke Cina. Orang Sabah ni susah sikit nak menekanya.

Dalam hati berkata-kata, aku dulu takde macam mereka ni. Dulu-dulu lepas sanding, turun jumpa famili, salam-salam, borak-borak sampai petang, tetamu dah balik kita pun bukalah uniform pinjam raja sehari tu. Terus ke dapur, cuci periok belanga. Kemas sekitar pelamin yang penuh dengan sampah gula-gula, nasi berterabur sana sini.

Zaman ni, sebelum bersanding dah ada buat sesi pra perkahwinan. Biasanya artis....tapi dah melarat pula. Pb rasa macam tak elok la begitu. Kalau lepas sanding, nikah, ok la....dah halal sukahati mak bapak la nak pegang ke, nak dukung ke kan? Di buatnya takde jodoh lepas fotografi sebelum nikah tu, kan ke pedih nak menghadapinya. Tapi....siapa kita untuk menghalang kehendak masing-masing.

Pb nak kongsi sikit pasal benda ni. Masa kahwin anak saudara pb dulu (tahun lepas) mereka ada juga photoshoot kat luar, kat mana tah......cantik gambar-gambar mereka ni. Mereka berfoto selepas nikah dan sanding, petang tu... patut la pb tengok pengantin kena kidnap, rupanya ada agenda kat luar.

Cute je gambar mereka ni.....

Anak saudara pb yang lelaki tu, agak pemalu orangnya..

Pb dapat siarkan 2 keping ni je. Kalau ada yang berkenan dengan jurufoto ni, boleh la add dia di facebook....http://www.facebook.com/chintaphotoworks, ok orangnya, boleh bertolak ansur. Boleh juga message pb kat fb, nanti pb kontek dengan anak saudara.



nota pb: entry ni bukan sebab jeles tak dapat berfoto seperti mereka tau!

Good Friday dan cenderahati dari Niezza


Terima kasih pada Our Journey Begins, NIEZZA kerana susah payah buatkan cenderahati untuk kawan-kawan bloggers. Tak dapat pegang bunga yang real, dapat tatap gambar pun jadilah. Bagi kak zana, Niezza seorang yang baik budi dan peramah. Walau kita belum pernah bersua muka (jumpa kat blog dengan facebook je) kak zana rasa mesra sangat seolah dah kenal lama dengan Niezza. Tak sombong walau kakzana ni tak berkerjaya macam orang lain. Setengah blogger tu akan pilih-pilih kawan yang dia suka (jangan ada yang terasa ye, ini kenyataan) Harap persahabatan kita berkekalan hingga Niezza pulang menetap di Malaysia....eh tak....hingga bila-bila. Amin.

Hari ni Good Friday bagi mereka yang beragama Kristian. Pb tak pernah pula tanya pada mereka-mereka ni walau ada jiran yang kerap ke gereja. Majoriti jiran pb depan, kiri kanan dan belakang semuanya beragama Islam. Jadi pb google sikit untuk pengetahuan kita.

*assalamualaikum Berikut sedikit informasi saya kutip dari laman Wikipedia: Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan. Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi. Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan


Pb tak pernah tengok mereka ni memberi telor dan sebagainya. 

  Kita telah ketahui bahawa Hari Easter merupakan hari di mana penganut agama Kristian mempercayai bahawa pada hari itu Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan). Hari Easter atau dengan nama lain sham al-nasim dll turut dikongsi sama perayaannya oleh bangsa Firaun kuno, Yunani kuno, Yahudi dll yang berlaku perkembangan & perubahan. Aktiviti mewarnakan telur dengan warna merah (walaupun kini telah diwarna warnikan) itu melambangkan darah Jesus Christ. Justeru, merayakan Hari Easter & menjayakannya adalah bertentangan dengan akidah Islam. Adapun hukum memakan telur itu tidak dibolehkan & seboleh mungkin jangan diterima langsung pemberian telur & barang-barang lain yang berkaitan dengan perayaan Hari Easter ini, kerana;
 1-Barang-barang tersebut adalah syiar perayaan Hari Easter.
 2-Mereka (penganut agama tersebut) memakannya sebagai ibadat
 3-Perbuatan menerima, memakan dll akan menyebabkan kita tasyabuh (bersikap menyamai mereka) & seolah-olah membenarkan agama mereka.

 Firman Allah SWT di dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku."

sumber :iluvislam 

Semoga serba sedikit dapat membantu kita dan mungkin ada kawan-kawan lain nak share, silakan komen.

nota: terima kasih pada yang rajin singgah blog picisan ni, sangat menghargainya dan insyaAllah, masa terluang kak pb jelajah blog korang.