my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Akhirnya.........

Penantian kami berakhir pada hari ini. Hampir setahun suami mengharap agar apa yang kami impikan ini termakbul. Setiap hari, setiap masa kami sering menyebut perkara yg sama.

Ramai juga kawan-kawan suami tak yakin yg dia akan mendapat apa yg diinginkannya. Tambahan pula, suami ku seorang yg aktif di sekolah. Dah jadi macam orang penting pula.

Kadang kala aku merungut juga kerana dia tak berkira dari segi tenaga dan masa kerja. Kasihan melihatkan keadaan dirinya yg sentiasa sibuk dari siang hingga kemalam. Balik dari mengajar pd waktu petang, lepas mandi dan sembahyang maghrib, terus bergegas ke kelas tusyen. Dalam seminggu, empat malam tusyen. Kadang kala sabtu dan ahad pun ada tugasan. Kalau ada perlawanan kriket antara sekolah, lagi sibuk. Dengan aku sekali terbabit. Apa taknya, aku jadi tukang bancuh air dia orang.........

Jadi, keputusan yg suami ku terima tadi siang, cukup melegakan hidup kami. Namun dalam gembira, tetap rasa sedih. Sayu rasa hati nak tinggalkan adik beradik, lebih-lebih lagi emak yg semakin tua. Kawan-kawan........memang aku tak punya ramai kawan. Dulu, semasa aku berkerja, memang ramai. Tapi sekarang tidak lagi..........bukan sengaja nak memutuskan silaturrahim. Keadaan yang tak mengizinkan aku dan kawan-kawan bertemu seperti dahulu.

Selepas cuti sekolah bermula nanti, aku dan suami akan mula sibuk mengemas segala yg patut untuk dibawa kesana. Barang-barang yg penting saja yg akan dibawa. Sayang pula rasanya.........nak bawa semua, tak mungkin terbawa.

Bagaimanalah nanti keadaan kami disana. Sering aku bertanya pada diriku sendiri. Adakah aku akan selesa bergaul dengan masyarakat di sana? Siapa agaknya jiran sebelah rumah ku nanti? Persekolahan Aziz ditahun satu, bermula di negeri bawah bayu............Sabah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)