Tersentuh juga hati ini bila membaca blog adik ku 'melurr'. Rasanya aku seorang yg panggil dia dgn nama itu.......mungkin.....tentang lagu 'Bangkit Asal' drp Halim Yazid. Sebenarnya, aku tak pernah dengar lagu ini, apatah lagi lagu dialek Kelantan. Memang aku kurang faham malah kalau tiada terjemahan, pening kepala aku nak memahamkannya.
Aku tanya pd suami, pernah tak dengar lagu ini? "Oh, saya tau lagu tu" kata suami. Mestilah dia tau, dah memang orang Kelantan jati. Dia juga tau kisah disebalik lagu itu.
Apa yg buat ku tersentuh ialah tentang kesusahan dan kemiskinan empunya lagu itu. Dapat ku bayangkan betapa peritnya dia menempuh segala kepayahan demi mencari ilmu. Bersyukur kerana mempunyai ibubapa yg perihatin, sanggup berkorban demi anak-anak tercinta. Tetapi yg buat ku sedih, ada segelintir kaum ibubapa yg tak peduli tentang keperluan, kebajikan, didikan agama dan sebagainya utk anak mereka sendiri. Mereka lebih pentingkan mencari rezeki, keuntungan, harta dunia, keseronokan dan meminggirkan soal-soal agama.
Ada pula, ibubapa yg sanggup bergolok gadai demi anak-anak, nak tengok hidup mereka senang, suruh belajar hingga menara gading. Tapi, bila senang sikit, mula lupa diri, lupa asal usul. Orang tua kat kampung pun tak jengah. Nak hantar duit kedekut tapi kalau nak belanja bini atau kekasih, sanggup berkorban apa saja.
Aku ni........bab begini, memang sensitif. Bagaimana pula nasib aku bila tua nanti? Ada ke anak akan menjaga kebajikan ku bila dah tak larat nak bangun ketandas atau kemana-mana. Selalu dalam doaku agar dia menjadi anak yg soleh, taat pd kedua orang tua, berpelajaran tinggi dan tak lupa diri.
Berbalik pada kisah tadi, isteri kepada teman adik ku melurr, seorang guru. Sama seperti yg dilalui oleh suami ku. Selalu dia mengadu tentang anak-anak muridnya yg tak mampu bayar yuran disebabkan hidup susah. Tak sanggup dia nak ambil duit mereka. Apa yg boleh dia lakukan hanya mencurahkan ilmu yg dia ada dgn ikhlas hati. Mudah-mudahan mereka akan menjadi orang yg berguna dan dihormati satu hari nanti.
mmg nak akak panggil melur..biar kekal ngn akak sorang..hehe
BalasPadamhemm....kekal sampai bila2...
BalasPadam