my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kali kedua terkandas!!

Kami bertolak pulang ke Kelantan pukul 8 pagi. Cuaca elok dari rumah. Tomy ku masukkan dalam beg dia. Belum jauh kami bergerak, dia dah buat hal..........nasib baik aku alas tebal2 dgn kertas surat kabar. Terpaksa berhenti di bahu jalan, uruskan dia. Baru masuk KL, melabur pulak!! Kena berhenti lagi, buang dulu pasir yg dah dicemari tu. Kalau tak, alamat muntah la orang dlm kereta.
Sepanjang perjalanan, cuaca mendung bila memasuki lebuhraya. Kami langsung tidak terfikir tentang banjir tambahan pula siaran radio kurang jelas. Aziz pula menonton cerita dia sepanjang perjalanan.
Singgah di R&R Gua Musang, kami sembahyang dan isi perut yang kosong. Nasi ayam, kue teow goreng dan sup daging serta ikan kerisi goreng. Hujan masih turun.........ketika menaiki kereta meninggalkan tempat tu, telinga ku terdengar sorang perempuan talipon maknya di kampung, bertanyakan banjir atau tidak.
Masuk je dlm kereta terus ku on radio dan terdengar pengumuman jalan di Kuala Krai ditutup. Ah, sudah!! terperangkap la kita ni...........Aziz...bila dengar air naik, tak boleh lalu, berjurai la air mata.........takut campur sedih...
Suami cuba hubungi abah dia utk bertanya jalan mana lagi yg boleh di lalui. Bincang punya bincang, abah cadangkan ikut jalan Jeli/Dabong. Kami berpatah balik.Runsing memikirkan banjir yg akan kami tempuhi. Minyak kereta pula hampir habis. Sepanjang jalan ke Jeli, tak jumpa shell atau petronas. Kata suami, insyaAllah sempat isi minyak di Jeli, malangnya jalan kesana juga di tutup. Dlm pada tu sempat juga ku snap gambar air terjun, lupa pula air terjun apa........
Untuk berpatah balik pun tiada harapan sebab sewaktu kami melalui Dabong, air banjir hampir naik kejalan. Kiranya kami berada ditengah2, dihujung sana banjir, dihujung sini pun banjir. Aku tak risaukan tentang lain, cuma Tomy........kesian dia seharian terperap dlm beg. Mesti dia letih, lapar dan dahaga.
Ramai orang turun dari kereta untuk melihat sedalam mana air banjir. Kalau nak jalan kaki, boleh la mengharung air separas lutut. Abah cadang nak suruh adik ipar datang menjemput ku dan Aziz tapi suami tak benarkan, takut apa2 berlaku kat dia pula nanti.
Sudahnya kami terpaksa cari tempat berlindung sementara. Takkan nak duduk dlm kereta sepanjang malam. Rasa nak terkucil pun ada, tandas awam confirm takde. Akhirnya kami bermalam di masjid.
Nasib baik ada bawa selimut dan sleeping bag. Makan pun simple je, biskut oreo, pau kacang dan air seven up lebih tengahari tadi. Aku ni bukan cerewet sangat, cuma dlm soal tandas yg jadi masaalah besar. Maklum, kebanyakan masjid tak jaga kebersihan tandas. Dengan takde air, mangkuk yg rosak, pintu tak berkunci........adoi....dugaan besar betul ni..
Tapi selepas pukul 2 pagi, ada askar datang beritahu jalan dah boleh dilalui. Kami semua yg ada dalam masjid bergegas bangun. Tak boleh tunggu lama, takut air naik balik kalau hujan turun lagi. Sepanjang melalui jalan ke Jeli, banyak station minyak yg tak beroperasi. Di Tanah Merah baru boleh isi. Lega.........suami kata lepas ni dah boleh pecut!!
Pukul 5 pagi kami tiba di kampung. Alhamdulillah.......ini semua dugaan. Sebelum ni pernah juga mengalami ketika baru kahwin dulu. Lebih teruk dari ni............









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)