Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.
"Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya di dalam neraka Jahannam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka tersebut untuk selama-lamanya.
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam neraka Jahannam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka tersebut untuk selama-lamanya.
Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam neraka Jahannam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam neraka tersebut untuk selama-lamanya."
Bagi mereka yg masih muda diluar sana, punya masaalah kecil atau besar, berfikirlah sewarasnya sebelum mengambil tindakan yg merugikan diri sendiri.
Bagi para ibu dan bapa, jangan letak segala kesilapan pd anak walaupun anda telah memberi sepenuh perhatian dan ilmu pengetahuan. Apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya.
ngeri baca kesah orang bunuh diri... ye lah, hidup zaman kini memang tension, dari anak2 sampai la yang dewasa dan yang dah senja..... desakan hidup hari ini yang terlalu materialistik, dan terlalu individualistik ...
BalasPadamsemoga anak2 dan keluarga kita dilindungi Allah dan dijauhi dari melakukan perkara2 yang sebegini....
Daalia
http://lea-oven.blogspot.com
Tekanan hidup menyebabkan manusia hilang waras lantas membuat keputusan yang menyalahi ndang-undang dan hukum agama. Semua agama melarang umutnya memetik nyawa sendiri. Sebagai umat Islam, kita harus berfikir panjang dan tidak mudah hilang waras. Keputusan tergesa-tega hanya menyelesaikan masalah sementara sahaja.
BalasPadam(Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Salam sayang)
betul tu Daalia dan puterabumi...
BalasPadamini la yg merunsingkan fikiran kita sbg ibubapa. mudah2an kita semua dijauhi dr godaan syaitan yg ingin memusnahkan umat Islam di dunia.