Resepi ni kiriman drp teman yg belum pernah ku jumpa, hanya gambar sebagai pengenalan. Selalu sembang di forum. Macam mana la agaknya kalau jumpa, kan..........mesti riuh rendah. Maklumlah orang perempuan kalau dah bertemu, banyak cerita yg keluar. Terutama soal masak memasak dan anak-anak.
Sebenarnya, aku pun tak rasa lagi kek ni...........sayang pulak nak potong. Bagaimanapun aku anggap dah berjaya percubaan ku ini. Terima kasih Faiz kerana sudi berkongsi ilmu.
- Carrot Cake
Bahan-bahan : - (A)
- 114 gm gula kastor
- 70 gm kuning telur (4 biji)
- 5 gm garam
- 160 gm minyak jagung/minyak masak
- (B)
- 190 gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh serbuk soda
- (C)
- 270 gm lobak merah, diparut
- 120 gm nenas kiub(tin)
- 75 gm jus nenas
- 40 gm kelapa kering
- 60 gm walnut, bakar dan cincang
- (D)
- 114 gm gula kastor
- 90 gm putih telur (3 1/2 biji)
Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan A kecuali minyak. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dipukul. Adunan menjadi pes bewarna kuning yang kental dan likat.
2. Masukkan bahan B yang telah diayak. Pukul hingga menjadi pes yang lembut.
3. Pindahkan pes ke dalam sebuah mangkuk adunan yang lebih besar. Masukkan semua bahan C dan gaul dengan senduk atau tangan hingga adunan merata.
4. Satukan bahan D dan pukul kelajuan sederhana untuk menjadi meringue yang kental (stiff peak).
5. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul dengan senduk atau tangan hingga sebati.
6. Sediakan tin pembakar bulat atau empatsegi berukuran 9 inci x 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
7. Tuangkan adunan ke dalamnya. Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
8. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
9. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)