my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Custard Tea Cupcake (thanks Diana dan mereka2 yang lain)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dalam pada tak sihat, pagi semalam 'terbuka' blog Skyblue Kitchen yang comel lote tu dan 'tersuka' pulak kat resipi ni.....bukan apa....bahan nak buat tak susah pun. Lepas sarapan pagi, terus buat. Hubby kata nak tengok wayang pukul 12 tengahari, pb fikir sempat kot........

Oh ye, gambar-gambar masakan kat blog ni memang tak cantik. Terpulanglah kalau nak cuba, tak perlu tengok gambar tu cantik ke tak, kan? Tapi kalau gambar cantik, menarik, dah tentu orang lebih tertarik nak mencuba. Orang kata tengok gambar je dah terlior, betul tak? Tapi nak buat macam mana? Kita ni ikut kemampuan masing-masing. Orang lain guna kamera canggih manggih, pb ni dok rumah 'pondokburok' je, mana boleh pakai barang yang branded.

Ok, resipi ni pb minta izin kat Diana 
nak lebih detail klik http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/07/custard-tea-cupcakes.html

Bhn²
125g / 1/2 cawan butter ( Versi Diana pula _ d cairkan )
1/3 cawan gula castor
1 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri (takde tepung naik sendiri, guna tepung gandum + bp)
1/4 cawan tepung kastard
saya tambah pewarna hijau (saje nakkan hijau)

Bhn² Kastard ( Diana buat 1 1/2 adunan )
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

Cara² Untuk Kastard
  1. Larutkan tepung kastard dan gula ke dalam susu.. panaskan hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan butter dan vanilla.
  3. Sejukkan.


Cara² Untuk Kek
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung dan gaul rata.
  2. Guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat... 
  3. Letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180°C.
  4. Keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...




gambar tak santek, tu pasal letak kat bawah2 je......

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum zana...
    terima kasih kerana sudi mencuba... sedapkan kek nie.. terima kasih juga kepada empunya resipi asal nie.. :)

    BalasPadam
  2. jeles tgok surirumah yg suka memasak ni...antar sini sikit kak :P

    BalasPadam
  3. sy pun ada skodeng resepi ni juga semalam tapi belum sempat nak try lg...nampak mcm sedap n bahan2nya pun mudah...kena try juga ni...

    BalasPadam
  4. akak ni PB ye? dulu awal2 blogging, selalu nmpk komen2 dari Pb..akak la tu eh> eheehhehe lari dari tajuk..

    nmpk sedap. takpelah gambor tak cantik mana..janji ada as rujukan.

    if tak guna tepung naik sendiri..brapa byk plak BP nak digunakan?

    if tak guna kek pan leh tak ek?

    BalasPadam
  5. kak zana..heheh kite dtg ni terliur jugak tgk kek ni..dari tajuk je dah terpanggil tau :)
    buatnya taktaulah bile..kalo dkt kompom bleh mntak je sebiji nk rasa kan kak..

    BalasPadam
  6. oo buat versi cc pulak kek ni ye..nampak lagi sedap la buat gini.. kemas pun kemas senang nak makan kan

    BalasPadam
  7. kek yg suatu ketika dulu pernah jadi cake of the month...memang best sangat...sekali pandang resepinya, terus tersuka!

    BalasPadam
  8. Waaa.. kaler ijau pun cantik kan..boleh lah dicuba respi ni, telur pun sebijik jer...hehehe

    BalasPadam
  9. ni y mn mkn kt uma akak ari tu ek...sedap..sedap..sedap..hehe..min ni bila tah nk try benda2 gini..oven pun da xde tpt nk tenggek..bilik penuh ng kotak da...

    BalasPadam
  10. Wslm Diana....mmg sedapl, lembut je.

    BalasPadam
  11. Maya....jom la join surirumah.

    BalasPadam
  12. Kasih Ibu...kena cuba, senang dan sedap.

    BalasPadam
  13. rose, tang tu kena tanya dgn mereka2 yg lebih arif. akak belajar pun dari intenet je...

    BalasPadam
  14. Mummyseri....ala...dekat pun susah nak jumpa, lagi la jauh.

    BalasPadam
  15. izahdaut...senang nak mkn, 3 kali ngap dah katam.

    BalasPadam
  16. Nuwairani....oh ye ke? saya tak tau pulak.

    BalasPadam
  17. CK...resipi simple mmg kena cuba.

    BalasPadam
  18. Min...betul la tu, buat sb min nak dtg rumah, hehe..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)