my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Murahnya.....dan sos cili nasi ayam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Waktu pagi biasa ke pasar besar KK. Kebetulan hari ni pb kena masak untuk potluck cikgu sekolah hubby. Masak nasi ayam untuk 24 orang cikgu. So pepagi kita orang dah dating tepi laut KK (pasar filipine). Ingatkan hari ni boleh le santai-santai, lepak-lepak sambil jahit pencil case. Rupanya ada keroje kena buat......

Pasar ni kan, kalau beli sikit, rugi. Kena beli lebih sebab harga murah sangat. Ada ke kat semenanjung harga cili merah RM4 sekilo? Carrot sekilo RM3. Buah tomato sekilo RM1.50 sen? Sayur toksah tanya, satu bundle baru RM3 dan banyak lagi yang murah.


ni pagi lagi.......6.30am, nampak tak lada benggala tu? murah sangat, pb selalu beli sebab suka lada ni..


rasanya ramai yang borong sayur disini dan jual dalam pasar besar KK, sebab kalau dah masuk dalam pasar, confirm jadi mahal.....


yang ni pb masak sos cili untuk nasi ayam, tadi beli banyak cili hidup.......

Cili hidup di mesin (ikut suka banyak mana nak buat)
Bawang putih 3/4 ulas
Sos tomato
Cili kering kisar (3-4 sudu)
Gula melaka
Garam
Gula pasir (gula melaka tak berapa manis, tambah la gula pasir kalau nak manis)

Caranya senang je, mesin cili hidup dan bawang putih. Tumiskan cili kering dan masukkan cili hidup yang dimesin tadi.
Masukkan sos tomato, gula melaka dan garam.
Kadang kala nak lagi pedas, pb tambah cili padi.
Boleh juga perahkan limau kasturi atau air asam jawa untuk gantikan sos tomato.

Di Sabah ni nasi ayam dia lain sikit. Jadi kalau nak makan nasi ayam cara semenanjung, kenalah rajinkan diri buat sosnya sebab di sini takde sos macam ni (kebanyakkan restoran takde)

waktu pagi sekitar pasar filiphine......tak pernah bergambar kat sini, ni pertama kali pb ambil...

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak Zana, murah bebeno sayur2an di pasar tu..utk brniaga untung la beli. nape nama dia pasar filipina pulak.. :)

    BalasPadam
  2. orang filipina ke yang meniaga? ke nama saje² je.. :P

    BalasPadam
  3. ehh ..Satu hari nanti teringin gak nak berjalan kat sana...waaaa

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)