my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Fanatik Pahlawan Merah kat stadium

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Baru je habis buat laksam, tempahan dari teman hubby. Entry ni pun kira dah lewat. Ingat nak pos pagi tadi tp gambar yang nak di upload tah mana2 letaknya. Gambar dua beranak tu kat stadium. Pb ni kalau blutooth ke hape, memang agak sengal sikit. Tak reti eh.....

Malam tadi dua beranak tu tinggalkan kita sorang2 kat rumah. Pergi mana lagi kalau tak stadium Likas. Ada kesempatan tengok pasukan Kelantan bermain di Sabah, menang pulak tu......mereka balik dengan takde suara dah. Agaknya bersorak sakan kat stadium. Katanya orang boleh tahan ramai. Orang Kelantan apa lagi? Pb rasa sekitar KK dan yang berhampiran dengan stadium pasti turun.

Anak pb balik dengan wajah mengantok dan puas hati. Kata dia lagi best tengok kat sini daripada stadium Kelantan. Iya la tu.........masuk free, seronok ler.....tahun depan dah kena bayar tau.

Ibu yang ditinggalkan ni, langsong tak lelap mata walau mengantok sangat. Dari dapur sampai depan pb buka lampu. Berketik sikit je belakang rumah tu, dah terjengah2 kat tingkap. Handphone sentiasa ada kat tangan. Hubby banyak kali pujuk ikut dia tapi pb tolak. Tak minat ah......sudahnya macam menyesal juga bila takut sorang2 kat rumah.

Kejap2 talipon, tanya pukul berapa habis. Siap pesan, jangan singgah makan2 atau minum2, kena terus balik!! hehe....nasib baik kat fb ada aunty yang temankan sembang. Sebelum tu dah pujuk-pujuk juga anak jangan pergi, alasannya penat balik sekolah. Tapi bab bola ni, tak boleh nak larang. Penat pun pergi jugak tu.....

dengan pakcik Lani dia dan penyokong2 Kelantan, mafla tu beli juga, RM10.......sebab masuk free, ayah benarkan beli...hehe.....
hemm....'anak ayah', ayah sokong Liverpool, dia ikut sokong........ayah sokong Kelantan, dia pun sokong...


nota ku: ini entry tertunda hari Rabu kelmarin...

2 ulasan:

  1. Samerlah ngan anak kak gerau si kentang...pasal bola boleh gaduh ngan kak gerau...ki ki ki bapak sokong anak kemain kalau pasal bola.

    BalasPadam
  2. kak gerau kena join samma la..hehe..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)